Assalamualaikum
Oleh kerana entry ni dah lama tersimpan dalam draft so harini nak publish kan aje lah lagipun tak ada idea nak buat post baru.
Aku tak berapa ingat dari mana aku dapat tahu pasal buku ni,tapi kalau tak silap aku dari post sorang blogger jugaklah tapi tak ingat pulak siapa. Thanks ya :)
Haritu pergi bookstore then masuk je terus nampak buku ni so aku grab lah satu sebab buku ni termasuk dalam wishlist buku yang aku nak.
Setiap muka surat dalam buku ni buat aku tersentap tau tak. Meh aku share kan sikit kandungan dalam buku ni.
Yang ni memang sokong sangat! hahaha mesti ramai yang sentap ni.
Ada satu ayat yang buat aku teringat sampai sekarang.
At least,kalau kita masih ada rasa bersalah,bersyukur lah.
Itu tanda Allah masih sayang kepada kita. Allah lahirkan rasa bersalah dalam diri kita apabila kita melakukan dosa. Tak semua orang dapat rasa perasaan ini.
Banyak lagi ayat-ayat yang best. Baca berulang kali pun tak akan leju,trust me :) Tak rugi korang baca buku ni.
Yang selalu beli novel tu apa kata korang try baca buku ni jugak? Harga kalau tak silap aku dalam RM19 je.
Assalamualaikum
Maaf. Terlampau buruk lukisan aku ni. Sekali lagi maaf hahaha
Ingat lagi dulu2 aku suka selongkar beg adik adik aku. Satu hari tu terjumpalah projek yang diorang buat kat sekolah. Kalau tak silap aku pasal biodata keluarga. Kat situ adik aku tulis lah biodata parents & adik2 lain.
Hobi mak,memasak. Tu perkara biasa kot. Tapi bila aku tengok part aku tu ya ampun hahaha. Hobi kakak,tidur. Hampeh punya adik. Mentang2 aku suka tidur T_T
Memalukan aku je T_T letak lah suka melukis ke belajar ke hah kan best kalau orang lain baca like wah,rajinnya kakak kau. Terer nya kakak kau hahahaha ni tak tidur k tidur
Assalamualaikum
Makin hari makin malas pulak rasanya nak bukak blog ni hah. Kepala masih berdenyut-denyut lagi ni .
Hmm okay back to the topic. Aku rasa korang kenal kan dengan blogger kak farah? I stalk her blog everyday hahaha . Tiap2 hari aku berharap diorang (my inspiration bloglist,kat sidebar) ni update blog tapi yelah diorang busy,tak macam aku ni 24 hours menghadap laptop sebab aku tak ada life hahahahaha lol :')
Haritu terbaca kat blog kak Farah kata nak bagi free postcard. So aku pun dengan lajunya pergi hantar email.
Next pulak ialah dari giveaway by cik akak. Aku menang rossy cream.
Rossy cream ni ialah multipurpose moisturizer. Boleh letak kat muka & bibir. Bau pun wangi. Cream ni boleh kecutkan jerawat & buat makeup tahan lama. dan yang bestnya cream ni kaler pink k hahaha
Kalau nak tau lebih lanjut boleh tengok kat feedback pengguna rossy cream ni. Dan kalau berminat or nak tau lebih lanjut boleh visit facebook page diorang. Banyak lagi produk yang diorang jual like floral spray,bird nest bb cream etc. Harga berpatutan don't worry. hehe
Alhamdulilah rezeki :)
Assalamualaikum
fuhh lega sikit exam dah habis. Lepas ni freedom again. hahaha dua hari je exam. Paper sejarah & bm.
oh ya nak bagitau aku dah buat account instagram T_T Sakai hahaha
dulu beria kan tak nak buat ig tapi kali ni terpaksa k sebab nak stalk life g-dragon & sehun. kahkahkah dah lama dah buat acc ni,about 3 weeks ago maybe? Jom follow :) hahaha
https://www.instagram.com/de.bubblegum/ (wajib follow k? haha)
anyway,back to the main topic. Aku sebenarnya dah lama aim nak beli product kat hermo ni. Sebab product yang dijual 100% original. Most of the products made in korea okay? Wajib beli. haha
Antara produk yang terkenal ialah like nature republic,innisfree,banila.co,etude house etc. Banyak lagi lah. At first aku tak nak beli banyak2 sebab takut produk tak ngam dengan kulit muka aku so aku decide nak order produk dari nature republic je dulu.
Semalam dah sampai ^^
Nature Republic - Cleansing Gel Foam
Besar gila kot hahaha 150ml. guna 2 bulan pun takkan habis ni
Nature Republic - Aloe Vera Gel Cream
Sekarang ni aku lebih suka guna product yang 1 set. Tak macam dulu2 pencuci muka guna safi,krim pulak guna nano white fresh hahaha
Cleasing gel foam tu wangi gilaaaaa. Picit sikit je tapi bila gosok banyak buih so taklah membazir guna banyak2. Yang gel cream tu pun wangi,tapi aku tak suka cream yang jenis tak cepat meresap. You know what i mean? Aku lebih suka cream dari nano white fresh sebab sekejap je cream tu meresap dalam muka so muka tak nampak oily sangat.
Buat masa ni aku nak try dulu guna dua-dua product ni. Harap-harap ada perubahan lah haha . Tunggu dalam 1 bulan kot baru aku akan update lagi hahaha cehhh macam lah ada orang yang nak baca T_T
Kalau korang nak jugak try bolehlah godek website hermo ni (Hermo.my). Don't worry ini bukan iklan berbayar T_T hahaha saja je nak review.
Bye!
Assalamualaikum
Dalam dua hari lepas ni asyik post giveaway je yang keluar hahaha . tak ada idea nak update blog sebenarnya. lagipun dalam minggu ni rasa macam stress yang teramat & kepala ayik berdenyut je ntah kenapa. migrain kah aku? ya allah,harap taklah.
Anyway,jangan tanya result aku macam mana sebab aku masih ada 2 paper utk direpeat so result sebenar belum tahu lagi :) (although aku dah tau result aku buat masa sekarang :")
Okay back to the topic. Kalau dikira kira kan banyak jugak giveaway yang aku join selama ni tapi menangnya cuma dua tiga kali je. Tak ada rezeki kan. Tapi alhamdulilah asalkan ada je.
First,aku dapat postcard dari kak Sally. Dah lama dapat,baru harini nak update :')
thanks kak! semoga dimurahkan rezeki selalu :)
hadiah yang terakhir pulak dari giveaway tahun impian kita yang dianjurkan oleh kak kin. perghh tak percaya boleh menang tau tak? Impian aku tu ntah macam ape2 je hahaha tak tau lah boleh tercapai ke tak. Tapi inshaallah dapat kalau aku berusaha :)
guess what? aku dapat crispy choco jar! (sorry gambar tak berapa nak cantik hahaha)
nampak tak pecah tu? abang poslaju tu hah,tak berhati-hati sangat sampai pecah container :') it's okay rasa dia masih sedapppppppp. gila ah ni second time aku makan crispy choco jar ni . First time dulu aku ada sharekan kat post yummy crispy choco jar. Memang terbaik k? Kalau makan tiap2 hari boleh jadi badak dah aku ni hahahahaha lol
Rasa nak buat sendiri je tapi tak ada masa sangat nak pergi beli bahan dia plus aku tak suka nak mencari barang sangat kang benda lain pulak yang aku beli >.<
Kalau nak order boleh tengok kat instagram diorang >>>> dcoklat_dessa
harga memang berbaloi ! aku tak tipu T_T
anyway,terima kasih kepada penganjur giveaway sebab pilih aku sebagai pemenang. Lain kali nak lagi boleh? hahahaha :P
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons