Assalamualaikum
[ Siapa yang belum join Pre-Loved fixi novel giveaway tu cepat-cepat lah join eh. Tinggal 8 hari je lagi hah]
Woot woot ... Ingat lagi tak dengan post [ bila nak beli ni?] Hah sekarang baru dapat beli. Aku order hari selasa 26/4 harini dah sampai. Berkali-kali bukak website poslaju tengok bila diorang nak hantar hahahahaha bengong betul
Actually aku kecewa sikit bila nampak abang poslaju tu bagi aku parcel ni. Sebenarnya aku berharap sangat fixi ni ada kotak sendiri like kotak yang aku dapat dari Hermo haritu. Kahkah
Tapi bila aku bukak je aku nampak ni
ada beg rupanya hahaha tarik balik lah rasa kecewa tu tadi hahahaha tapi apesal warna kuning? I cannot tau tengok warna kuning. Tak suka hahaha
6 pack fixi ni maksud dia korang boleh pilih 6 jenis buku fixi yang korang nak dengan harga RM84 sahaja! Tapi belum termasuk postage lah T_T Total aku beli ni termasuk postage RM99.90. Pokai -.-
Mula-mula memang excited buka laman web fixi tapi bila masuk je aku dah stress sebab tak tahu nak pilih novel apa. Lama jugak aku pilih,ingat senang ke? Ada sebanyak 298 buah buku tau! Hah try lah pilih hahahaha tapi campur lah ada penerbit dari buku fixi,lejen press etc.
Last-last aku pilih ni jelah
Aksara & Obsesi tu memang wajib aku beli sebab tu last sambungan dia kan.
aku ada buat review pasal Trilogi Ngeri . Sila klik kalau nak baca hehe
ASRAMA tu pulak dari tahun lepas lagi aku plan nak beli tak terbeli sebab tak berani nak baca hahahaha kalau novel seram aku memang tak boleh ah tapi terbeli jugak kan. No way aku nak baca waktu malam hahaha
KAMPUNG kalau tak silap,aku ada baca review dari blog siapa ntah dah lupa dah. Blogger tu kata best so awal-awal dah letak dalam wishlist
Aku beli PAKAR sebab penulis dia Nadia Khan,so memang wajib. Kelabu aku belum baca lagi.
Yang sebelah kiri atas sekali tu ialah AKSARA. Sambungan trilogi ajaib. The best! Ajaib & awan both memang terbaik lah so tak sabar nak baca aksara!
Sebenarnya aku taknak pilih novel PENTAS tu hah,nak pilih novel PATUNG tapi baca sinopsis seram nak mampus so aku beli je lah yang pentas tu hahaha
Tunggu aku habis khatam semua ni dulu barulah aku buat review okay haha bai
btw boleh tak recommend buku fixi yang best ?
Assalamualaikum
fuhh penat sangat sekarang ni,tambah lagi dengan cuaca panas ya allah. Malam lagi teruk kot rasa panas dia. Berpeluh-peluh je bila bangun tidur.
Seperti yang aku cakap kat post [After 2 Years],aku dah boleh tahan jugak berani bawak kereta sekarang,hahahahahahahahahaha >.<
Tadi plan dengan kawan nak pergi sekolah ambil sijil-sijil form six. 2 hari sebelum tu cikgu aku kata nak jumpa hari selasa (harini),so kitorang pun pergilah sebab cikgu tu dah pindah sekolah so kenalah tanya bila dia free kan. Sampai je kat sekolah terus call cikgu. Guess what? Perjumpaan dicancelkan. Ada je cikgu tu umumkan kat group facebook tapi aku mana main facebook lagi erhhhhhh. Panas jugak hati aku masa tu. Oleh kerana masa masih awal lagi tanyalah kawan2 aku tu nak pergi mana tapi dengan syarat belanja aku lah hahahaha tak guna hahahaha
Sekarang ni kan,kalau aku tak berapa nak comfirm jalan ke destinasi yang aku nak (macam pelik je ayat -.-) aku akan bukak waze. Tak kira lah dekat ke jauh. Aku ni jenis yang tak hafal jalan tau tak? Sedangkan nama jalan menuju ke sekolah aku pun aku tak berapa nak ingat. So guna waze je lah hahahaha buuuuuu tak malu >,<
Diorang suggest pergi makan aiskrim sunny hill. Jalan sesak sebab dekat dengan sekolah rendah & menengah. Cisss
Sampai je dah tak tahu nak parking mana sebab diorang ni parking sesuka hati je so aku pun ikut lah sekali hahaha. Oh ya aku masih lemah bab-bab nak parking ni. Punyalah lama nak adjust parking pastu tanya "cun tak? ke terlebih masuk ni?"
Lepas tu tengok ramai sangat orang beratur nak beli aiskrim. Perghhh tambah dengan cuaca panas terik. Aku nak ambil gambar tapi malas ah ramai sangat orang. Leceh pulak rasanya. Aiskrim kat situ memang popular jugak.
Banyak jenis aiskrim diorang ni. Cone,bread,cup. Aku makan satu mangkuk kecik ni je dah rasa kenyang,tak dapat nak telan dah sebab sejuk sangat hahahaha tadi panas lepas tu sejuk pulak. Tekak aku je yang sejuk k,badan panas membahang. Sorry tak banyak gambar sebab nak cepat-cepat,takut jalan jam pulak nanti.
Lepas tu kitorang pergi kat beberapa tempat untuk cari kerja part time. Asyik kena suruh isi borang je tapi callnya tidak cehhhh sebab tulah sampai sekarang aku tak dapat kerja T_T
Then singgah lah kejap kat shopping mall,plan nak makan tapi tengok jam dah nak dekat pukul 5 petang so balik jelah. Nasib baik jalan tak jam. Hujung bulan ni lah plan nak lepak sama2,bolehlah aku bodek minta duit kat parents hahahaha
Assalamualaikum
Aku kan setiap kali kalau dah habis marathon drama,aku akan catat kat buku nota drama yang aku dah tengok hahaha so that aku tak confuse whether dah tengok ke belum drama tu.
Aku kalau tengok drama memang aku fikir masak-masak dulu. I mean kalau drama tu terlalu banyak romance aku takkan tengok. Kalau episode 1 je dah boring aku memang delete terus ah. Tak nak tengok dah. Hahaha cita rasa aku ni lain sikit. I'm more to high school,comedy,crime & thriller dramas. Kalau 100% pasal romance/relationship aku memang takkan tengok. Kalau ada aku akan skip hahaha lol
Sekarang ni aku tengah tunggu diorang buat high school related k drama. Tapi belum ada lagi nampaknya. Yang pasal doctors,lawyers banyak pulak. Hmm
So here,must watch high school korean drama.
Oh ya,aku tak masukkan boys over flowers eh dalam ni. Sebab aku belum tengok lagi T_T
1. THE HEIRS
Yang memang obses dengan k drama memang tahu lah drama ni. Dah takyah nak cakap dah hahaha
Perghhh pelakon-pelakon dia semua mantap! I'm not a fan of Lee Min Ho actually. Aku tengok drama ni sebab Park Shin Hye & Kim Woo Bin.
2. Angry Mom
Must watch! You can read my review here [ANGRY MOM]
3. SHUT UP! FLOWER BOY BAND
Korang takkan dapat move on kalau dah tengok drama ni :') Trust me.
The best!
Drama ni more to friendship,loyalty & dreams maybe? Dah lama jugak drama ni,tahun 2012. Tapi rugi kalau tak tengok okay.
4. SCHOOL 2013
Hah drama ni tak ada scene romance sangat,around 2% je lah. Bromance maybe ada hahaha kim woo bin & lee jong suk. Kim Woo Bin ni memang sesuai ah jadi orang jahat. Selalu dapat watak jahat je dia ni. This drama more to pasal masalah sekolah & disiplin pelajar. Setiap episode ada je scene yang sedih-sedih :')
5. WHO ARE YOU,SCHOOL 2015
Tadi School 2013 kan? Sekarang school 2015 pulak. Nak kata sambungan tak jugak sebab dua-dua drama ni tak ada kaitan langsung. Tapi banyak scene kena buli. Biasalah sekolah kan. Geram memang geram tengok diorang kena buli tapi apa boleh buat kan diorang berlakon aje hahahaha
Malas pulak rasanya nak letak plot drama. Korang search je lah kat google,hehe
Memang tak rugi okay tengok drama ni. Tengok dulu,lepas tu barulah berterima kasih kat aku hahaha lol
Kalau korang dah tengok semua high school drama kat atas ni,boleh lah jugak try search drama lain like
Monstar (Beast,junhyung)
High school : Love On (Infinite woohyun & sungyeol)
Sassy Go Go (Apink,Eunji)
White Christmas (yang ni thriller & mystery,oh ya ada kim woo bin jugak haha lol)
Moorim School
Orange Marmalade (drama ni boleh lah,tak berapa nak faham sangat,hee).
Boleh recommend high school korean drama lagi tak?
Assalamualaikum
Makin jarang pulak rasanya aku bukak blog ni. Korang dah start ganti puasa ke? Aku kena ganti 7 hari ni. Tak lama lagi nak puasa lepas tu rayaaaaaaaa,hip hip hoorayyyyy! hahaha
Nak kata excited tak jugak ah,sebab takut raya nanti kena pakai baju size xxl,ya allah. Cepat lah kurus :)
Back to the topic.
Aku start ambik lesen memandu ni masa hujung tahun 2013,selepas spm. Awal tahun 2014 dah dapat lesen dah. Punyalah excited dapat lesen kan,kira dah bebas lah katanya tapi hampeh sebab last aku drive ni ialah pada bulan 3 (2014),time nak ambik result spm. Itu last okay. Trauma sebab dalam perjalanan nak balik tu ada kejadian tak diingini berlaku. Hampir kot nak accident,hampir je.
Lepas tu aku dah stop dah driving. Sanggup okay balik sekolah guna bas,kalau bapak aku busy lah.
Setiap kali kalau my mum bebel suruh bawak kereta,hah masa tu lah rasa macam tangan menggigil,jantung berdegup dengan kuat. hahahaha over tak? Tapi aku tak tipu k
selama 2 tahun aku tak driving. Terpaksalah pekak kan telinga kalau dengar family atau kawan-kawan membebel. Ada lesen tapi tak guna,katanya. Arhh lantaklah,janji aku happy hahahaha
So alkisahnya,my mum beli kereta baru,myvi je k tunggu aku kahwin dengan orang kaya nanti barulah aku beli bmw hahaha lol
So aku pun try lah drive. At first kekok gila ah. So aku bawak lah kereta tu jalan2 dekat area kampung. Mula-mula tu aku pelik dah kenapa asyik berbunyi je kereta ni. Seat belt aku dah guna,pintu pun semua dah tertutup rapat,apalagi yang tak kena ni? Lepas tu baru perasan handbrake tak diturunkan bhahahahahahahahahahaha deng it. Aku kalau guna kereta auto memang selalu macam ni ah. Sah2 kena bebel dengan orang sebelah cisss
Ingat senang ke nak drive balik selepas 2 tahun tak pernah pegang stereng kereta? hahaha
azam aku tahun depan ialah nak buang segala trauma drive ni. Inshaallah. Tahun ni tak dapat kot,sebab dah terlampau banyak sangat azam yang belum tercapai. so slow slow je dulu hihi
Assalamualaikum
Haritu aku dah janji kan nak review pasal product ni lepas aku beli online dari hermo.my.
Dalam post barang dari Hermo.my dah sampai!
Aku start guna product ni pada 8 march 2016. Dah hampir nak satu bulan lah kan. So far so good :)
Dalam post barang dari Hermo.my dah sampai!
Aku start guna product ni pada 8 march 2016. Dah hampir nak satu bulan lah kan. So far so good :)
Sorry gambar tak berapa nak clear. Malas nak edit sebenarnya.
Aloe Vera Cleansing Gel Foam
Price RM20.50 (Hermo.my). Korang tengok kat gambar macam kecik je kan? Masa mula-mula nak beli tu aku pun rasa macam kecik je,harga pun tak mahal sangat. Tapi bila sampai je barang ni tengok2 boleh tahan besar jugak. 150ml. Penuh,boleh tahan sampai 2/3 bulan ni.
Bau pun boleh tahan wangi jugak. Penggunaannya macam biasalah. Squeeze cleanser onto hand,gently massage on face and rinse thoroughly with warm water.
Okay next ialah Aloe Vera Gel Cream.
Yang ni a little bit pricey. RM35.90. The aloe cream containing 80% fresh aloe vera makes the skin smooth and silky by forming hydration film without leaving any sticky residue.
Aku cuci muka guna cleansing foam yang kat atas tu dulu then baru apply gel cream ni pada waktu malam. Yang paling aku suka ialah gel cream ni cepat meresap dalam kulit & the next day bila bangun dari tidur muka tak berapa nak berminyak.
Bau pun boleh tahan wangi jugak ^^
Untuk yang kulit biasa-biasa tu boleh kot try guna. Kulit aku pun dah rasa macam bersih sikit tapi liang pori kat muka tetap tak ada kesan lah T_T
Actually masa aku nak beli dua product ni haritu terfikir jugak nak beli toner dia sekali. Tapi last-last tak terbeli jugak sebab nak try yang dua ni dulu. So far best jugak guna :)
Anyway,siapa yang ada tips untuk kecilkan liang pori? Liang pori kat muka aku tak adalah besar sangat tapi stress pulak bila belek muka kat cermin hahahaha lol
Assalamualaikum
Akhirnya dapat jugak ambil masa nak update post ni. Okay ini last throwback although masih banyak lagi benda yang aku nak ceritakan sebenarnya.
Last aku cerita pasal result muet kan? Apa lagi eh? Hmmmm
Kalau tak silap aku result muet masa tu keluar bulan 3 kot,ke bulan 4? haha tak sure. Aktiviti-aktiviti berjalan macam biasalah. Belajar itu ini sampai lah masuk ke sem 3. Seingat aku,sepanjang aku masuk form 6 ni dua kali je kot aku dapat baucher buku ni. Eh yeke? Hmmm semua dah tak ingat ni hah.
Pertengahan tahun tu kitorang ada hari sukan sekolah. Macam biasa aku memang anti sangat dengan sukan ni. Especially kalau ramai sangat bebudak tengok kita bertanding. Hahaha not cool okay
Tapi alhamdulilah cikgu kitorang kata form 6 tak perlu join just tolong je apa yang patut. Kalau boleh aku memang tak nak datang selama 2 hari sukan tu tapi sekolah kitorang ni banyak sangat peraturan nya so terpaksa lah datang even tak buat apa-apa. Cehh
Lepas tu tiba pulak hari malaysia. Setiap tahun sekolah kitorang akan membenarkan pelajar guna pakaian tradisional time hari malaysia. Aku of course lah guna baju kurung je kan? Tak kanlah aku ni sewel sangat pergi guna cheongsam pulak hahahahaha
masa tu lah banyak students yang guna baju warna warni like cheongsam,baju kurung,baju kebaya,baju bidayuh etc. Selalunya aku suka tengok budak chinese lelaki guna baju melayu hahahahahaha macam laki korea pulak aku tengok sebab putih sangat hahahaha aku tak tipu k.
Masa hari malaysia tu kelas kitorang ada buat steamboat partyy tapi sorry eh gambar dah hilang gara2 pendrive aku tu buat hal erhhh nak kena dera pendrive aku ni dahlah semua gambar aku save dalam tu
Then hari kemerdekaan pulak. Kelas kitorang decide nak kalahkan kelas sebelah which is kelas eko sebab kitorang nak rebut nombor 1 dalam pertandingan menghias kelas sempena hari merdeka lah kan. Budak chinese dalam kelas memang semangat kuat ah nak menang sampai tutup pintu sebab tak nak kelas sebelah tiru cara kitorang. Aku tengok je hahahaha tolong apa yang patut. Kadang2 stress jugak aku dengan diorang ni. Azam tinggi sangat hah. Tapi last2 dapat jugak kitorang grab nombor 1. hahaha tahu sebab apa? Diorang hias hallway menuju ke kelas kitorang tu dengan pokok christmas & lampu kelip2. Memang cantik,bukan nak puji okay. Korang bayangkan jelah macam mana rupa dia sebab gambar dah tak ada T_T deng it
Hadiah dapat ferrero rocher sekotak & keropok2. Cehhh mana cukup. susah payah kitorang hias -.-
Lepas habis je semua event2 ni kitorang teruskan 'hidup' dengan assignment & homework. Setiap hari melalui perkara yang sama. Stress tu tak payah cakap. Tak sah kalau tak stress masuk form 6 ni. Dengan terkejar2 masa sebab nak siapkan assigment & ujian lagi. Tak cukup masa lah.
Hujung tahun kitorang dah nak masuk final exam,sem 3 and paper repeat. Ya allah,rasa nak nangis sebab exam ni. Kitorang tak buat farewell party sebab dah macam alang-alang sangat. So say goodbye gitu2 jelah. Inshaallah tahun ni nak buat reunion party kot. Ntah lah. Masing2 dah sibuk bekerja part time sekarang.
Itu jelah pengalaman aku masuk form 6. Sebelum exam sem 3 dulu,bukan main bersemangat tau tak aku taip message panjang2 dalam english then send kat semua rakan sekelas. Yelah nak minta maaf sebelum exam kan. Hahaha emo sangat aku masa tu cehhh hahaha
Tapi semua ni akan tetap aku ingat sampai bila-bila. Inilah pengalaman yang paling berharga bagi aku. Alhamdulilah. Dulu kata tak suka form 6 kan? Now aku bangga kot jadi budak tingkatan 6. Jangan nak pandang rendah dengan kitorang aku tumbuk kang hahaha lol
Budak lepasan form 5 yang ragu-ragu nak masuk form 6 lepas ni harap korang fikir masak-masak lah eh. Tak rugi tau masuk form 6,tanya kat cikgu korang tu hah mesti diorang pun setuju jugak. Tapi kalau dah dapat tawaran upu tu,lebih baik terima je lah ye :) unless korang rasa korang memang rajin & dapat catch up dengan form 6 ni hah bolehlah masuk. Takpe,1 tahun setengah je lepas tu dah boleh sambung degree terus. Goodluck guys!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons