Assalamuaikum
hai there.
aku start main game ni dari tahun 2015 kalau tak silap. banyak jugak game yang aku install tapi tak sampai seminggu dah uninstall balik. Pokemon Go pun ada gak aku main,tapi main dalam beberapa jam je lepas tu tak nak main dah,boring hahaha . my mom sampai sekarang main pokemon tu,ntah apa yang best aku pun tak tahu.
ada gak try main candy crush tapi aku mengaku kalah je lah sebab makin lama makin susah so no ✋
aku lebih prefer game yang tak pakai otak hahahaha macam game cafe tu. game yang main berlawan2 or yang ada kuasa aku tak main,tak berapa minat. aku tengok adik aku main ya allah pening kepala sebab dia buka volume kuat yang amat sampai sakit hati aku ni hah
satu je game yang tinggal dalam hp aku sekarang ni. The Sims Freeplay. hahaha
aku masih ingat lagi dulu-dulu,dalam tahun 2012 ke ntah,lain kot the sims ni. kalau tak silap masa tu main dari facebook. dulu aku masih ingat lagi kita perlu cabut semua rumput2 keliling rumah so that dapat bina rumah untuk diorang.
aku memang dah ketagih main game ni. setiap hari aku bukak and main. aku suka bila sims tu dah nak hampir mati,sebab bila diorang dah jadi tua,tak banyak hobby yang diorang dapat mainkan so annoying lah jugak,last2 aku 'matikan' je lah diorang. and aku suka bila ada new update,that means ada hobby or quest baru. tapi yang tak best nya lama gila tunggu nak habis update.
sekarang ni aku baru masuk level 51. banyak lagi bangunan yang aku belum bina,mahal gila kot haha jangan haraplah aku nak keluarkan duit hanya untuk game ni. tapi rasa macam nak main the sims 4 je,perlu bayar lah jugak 💢 siapa yang ada main tu share2 lah. hihi
mula-mula tu rasa macam best je dapat bina rumah&design sendiri,tapi lepas tu aku dah malas dah sebab nak beli furniture lagi,tanah lagi so sekarang ni aku lebih prefer beli rumah yang dah sedia ada hahaha. ada 2 buah rumah je lah yang aku design sendiri,tu pun lama gila nak habiskan.
siapa yang belum pernah main game ni,you should try it. tapi kalau korang jenis yang lebih suka main game berlawan tu tak yah je lah haha
what is your favorite game?
Assalamualaikum
Happy new year everyone! 🙌 😎
Sebenarnya aku malas nak buat post ni sebab malas nak ingat balik kejadian tu. Perangai aku ni pelik sikit,asal ada orang tegur/marah aku or bila ada kejadian yang tak diingini berlaku je aku akan rasa down yang sangat-sangat down and aku akan ambil masa hampir sebulan untuk lupakan semua tu.
aku dah catat dah benda ni dalam diary tapi ahhh teruskan je lah taip haha
i think i have write this somewhere in my previous post,
first trauma aku masa driving ialah pada tahun 2013. okay masa tuh baru mula nak drive tapi tak ada lah teruk sangat,yelah first time drive lepas dapat lesen kan so memang aku akan ingat sampai bila-bila lah. masa tu guna kereta manual so aku masih tak confident dengan clutch and masa nak pergi sekolah tu okay je tapi bila nak balik tu cun pulak stop dekat traffic light so aku tekan lah brake,entah macam mana kereta mula berundur ke belakang hahaha idiot,aku mulalah panik,lori kat belakang aku dah mula hon (for ur information,aku tak suka orang hon aku,kalau ada orang hon mulalah aku rasa gelabah yg semacam) aku tekan brake,dah lampu hijau lori tu overtake and alhamdulilah dapat jalan macam biasa although sepanjang jalan tu guna gear 2 je hahahahahaha puiii after that,aku stop driving selama 1 tahun
second trauma pulak,yang ni ya allah aku memang mengaku memang salah aku 100%. masa tu pergi ambil my mom (mac,2016),oleh kerana aku masih tak confident nak buat u-turn (masa ni dah guna kereta auto dah) so aku decide guna jalan lurus tu je. sebelum ni okay je aku guna jalan tu,tapi lepas kejadian ni berlaku aku dah tak guna jalan tu dah,guna u-turn je hahaha. macam biasa aku berhenti and tunggu line clear,dari jauh lagi aku nampak lori tu datang,aku tak perasan yang lori tu laju gila so aku pun masuk lah and tiba-tiba dengar bunyi hon yang tersangat lah kuat dari arah belakang,aku pusing stereng ke tepi,lori tu hampir2 nak langgar belakang kereta aku. tapi alhamdulilah pemandu lori tu tak tunjuk tangan tapi dia toleh belakang je lah hahaha . lepas tu aku diam,my mom pun diam. dalam hati aku ya allah rasa nak nangis je 😢 balik tu aku memang dah nangis dah , tangan pun bergetar je
third trauma,berlaku pada beberapa hari yang lepas. pagi tu aku pergi hantar my mom bekerja. masa otw tu tak ada apa sangat,bila nak balik tu hah. macam biasa lah aku perlu masuk ke lorong kampung aku sebelah kanan,dah nak sampai tu aku stop,banyak sangat kereta yang lalu,then aku ternampak satu kereta ni boleh tahan gak slow,lepas tu aku nampak lampu kereta dia macam berkelip-kelip,so aku apalagi jalan lah kan,bila dah hampir nak masuk dalam lorong tu aku terdengar bunyi hon. Apa pulak ni? bukan dia bagi aku jalan ke tadi? ya allah aku salah tengok ke tadi? masa dia hon tu aku memang tak tengok belakang sebab masa nak masuk lorong tu ada kereta kat depan so kena lah fokus kat depan kan. tapi adik aku cakap hampir nak terlanggar dah. damn it,i hate this. balik lepas hantar adik ke sekolah aku menangis hahahaha puii congek ah kau
conclusion nya, I hate myself. I hate driving.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons