Assalamualaikum
I'm not really the type yang suka cerita pasal masalah aku kat blog. I'm a shy person. Tahap keyakinan aku dulu dalam 10% je. I hate myself so freaking much. Bila aku dapat tawaran masuk U je aku dah gelabah semacam. In other words, terlampau overthinking. Aku overthinking sampai tengah baca novel pun boleh dok fikir pasal tu lagi. Siang malam aku berdoa agar dipermudahkan urusan sepanjang aku daftar kolej, cari kolej, hantar borang etc. Padahal nak hantar borang je guys -_-
And alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. Bila dapat kolej je tup tup dapat roommate yang sama course psychology! Aku tak pernah tinggal kat asrama, apatah lagi tinggal berjauhan dengan family. Jauh dari family tu aku tak kisah sangat (padahal 40 minit je dari rumah lmao) tapi aku takut dapat roommate or housemate yang tak baik je. But alhamdulilah again, diorang semua baik-baik! Aku ok je boleh sesuaikan diri dengan suasana yang baru, tapi setiap kali kalau jalan kat khalayak ramai tu aku jadi down teruk. Aku akan pandang bawah pastu sambil jalan sambil kata dalam kepala 'hodohnya kau alahai malunya jalan dekat tempat ramai orang ni, mesti diorang ingat aku ni selekeh yadayada'
aku masih macam tu sampai lah aku masuk semester yang ke-3. Aku perasan yang aku semakin berubah. Not entirely but adalah perubahan sikit-sikit. Ya i know i know, aku ambil psychology tapi kenapa aku masih tak berubah?? Aku masih belajar untuk ubahkan diri guys. Tak semestinya aku ambil psychology aku dah boleh berubah jadi orang baru yang positif 100% secepat tu kan? I need time.
Masuk U ni aku paling benci dengan presentation, sebab kena cakap depan orang ramai -_-. I have anxiety. First sem time presentation kena guna mic, tangan aku menggeletar. TERUK. Time semester 3 ni aku perasan dah hilang sikit rasa semua tu. Aku menjadi semakin bersemangat untuk tahu lebih mendalam pasal psychology, and lebih bersemangat belajar untuk dapat result yang lebih baik.
Masuk semester 4, TIAP-TIAP HARI ada presentation. Lecturer kitorang yang sorang ni jenis yang suka students bercakap kat depan so nak tak nak kena hadap jugak. Adalah perubahan sikit dari segi presentation tu kalau dibandingkan time semester 1. Aku dah berani nak ambil jawatan. Well, sebelum ni time sekolah menengah aku aktif gak tapi tak aci lah nak bandingkan sekolah menengah dengan Universiti kan?
And I make lots of friends too. Setiap kali kalau aku nak bercakap dengan strangers aku akan berpeluh-peluh pastu gagap sikit. Tapi yang ketara tu asyik berpeluh lah. Ada satu subjek tu kitorang kena berlakon atas pentas. Dikira macam presentation gak. I was so fvking nervous sampai tiap-tiap hari aku asyik fikir pasal tu jeeeee. Macam biasa, sebelum benda ni berlaku aku akan solat hajat selalu minta dipermudahkan urusan. Aku overthinking guys macam biasa. Dapat markah 9/10 untuk lakonan kitorang hahaha alhamdulilah eventho macam apa ntah aku berlakon atas pentas tu, dah lah ambik main character pulak tu cissss
Pastu, slowly aku try untuk tak overthinking sangat. Aku try untuk fikir positif, yakin and percaya dengan ketentuan Allah. Everything happens for a reason guys. Kau kena marah dengan lecturer pun ada hikmahnya so that kau dapat ambilkan semua tu sebagai pengajaran. And I try to spend lots of time with my friends too. Daripada tak kenal dari sem 1 terus jadi rapat time sem 4. Aku challenge diri sendiri untuk keluar daripada comfort zone. Try to do it slowly guys. Takyah rushing sangat. Benda ni ambil masa jugak.
Daripada takleh nak drive, sekarang aku dah jadi pro driving tiap-tiap hari (lmao) HAHAHA. My dad sakit terlantar kat hospital so takde siapa yang boleh diharapkan untuk driving since aku anak sulung so memang dah jadi tanggungjawab aku lah nampaknya. Dulu sebelum nak drive je aku asyik fikir 'macam mana kalau aku terlanggar orang? takutnya nak drive kat highway, takutnya nak masuk simpang etc' now aku baca bismillah je terus pecut macam pro HAHAHA sekarang aku dah berani nak potong jalan and suka bawak kereta. See?
aku mula bertudung masa semester 5 ni (bulan Oct lepas). Aku sebenarnya dah lamaaaaaa sangat nak bertudung. Alhamdulilah diberikan kesempatan untuk berubah. Tapi aku masih merangkak lagi dalam dunia bertudung ni guys, doakan lepas ni aku mula bertudung labuh and guna pakaian labuh jugak :')
dulu tak suka keluar, suka duduk sorang-sorang dalam bilik, sekarang ni dah berani pergi mcd and cafe sorang-sorang. Rasa macam puas hati sangat sebab dapat spend time alone kat tempat public. I am proud of myself even though benda ni nampak remeh je. Tahap keyakinan aku sekarang dah naik sampai 50%. But still, masih tak berapa yakin sangat. But its okay, let's do this slowly.
You can also do it guys. You will. Believe in yourself. Just focus dengan diri sendiri, takyah nak tengok orang lain. You do you. Change your mindset. Yang tengah struggle dengan depression, anxiety or any disorders tu you can do it! Doa banyak-banyak and please surround yourself with positive friends.
Kitorang ada lecturer yang memang pakar dalam bidang clinical psychology. Setiap kali kalau masuk kelas dia confirm ada je pengalaman and kata-kata semangat yang dia bagi kat kitorang. I really want to share it with you guys but let's see how lah ok hahaha. I really enjoy studying psychology. Sebab psychology ni belajar pasal manusia. Dalam banyak2 benda, belajar pasal manusia ni lah yang paling best. Psychologist tak boleh baca fikiran manusia ok guys, kitorang belajar pasal mind and behavior manusia. Nantilah aku buat post pasal ni.
hmm panjang pulak post kalini. Anyway, good luck and be strong guys! If I can do it, korang pun boleh jugak xoxo
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons