10 Nov 2016

Craving Satisfied!

Assalamualaikum


woot woot

siapa suka oreo angkat tangan! haha boleh dikatakan aku memang gila oreo. kat malaysia ni ada jugak kan oreo daripada jack n jill. cream-o nama dia kalau aku tak silap. tapi jujur aku lebih prefer oreo yang original tu. cream-o tu pulak aku tak suka cream putih dia,rasa macam susu tepung baby (aku tak suka minum susu haha). kalau yang selalu makan oreo comfirm tahu kan perbezaan rasa antara oreo ori & cream-o? 


ok stop.


aku ni selalu craving benda yang manis je. kalau makanan lain aku memang akan cepat lupa tapi kalau benda manis ni sampai bila-bila pun aku rasa macam nak makan sekarang jugak! no excuse.


beberapa hari yang lepas ntah macam mana aku tiba-tiba rasa macam nak makan brownies. boleh je try buat sendiri tapi ya allah rasa malas gila nak pergi supermarket cari bahan hahahaha so lebih baik aku beli. aku try gak cari yang ada buat cod area kuching sarawak,nasib baik jumpa sebab sekarang ni aku lebih prefer beli barang secara cod. 


oh ya ni bukan review berbayar ke apa eh. lama sangat blog ni tak diupdate sebab tu muncul post ni haha


gambar ni credit kepada owner yang jual tu hahaha dah habis makan baru teringat nak ambil gambar T.T

aku lupa sebenarnya bagitau nak brownies kedut . aku beli size kecik je takut tak habis makan pulak sebab manis kan



mini cheese tart. alang-alang tempah brownies so beli lah sekali cheese tart ni. flavor blueberry & chocolate. yes memang sedap. harga rm7. tak mahal sangat kan?


3 hari lepas tu aku craving nak makan chocolate chip cookies pulak,dah macam orang tengah pregnant pulak rasanya -.- actually nak makan famous amos cookies,but again aku malas nak keluar hahaha pergi shopping mall just nak beli famous amos baik takyah. sebelum ni aku pernah spend almost rm100+ dekat famous amos sebab sedap gila wei. telan air liur je lah.


aku mintak tolong kat kawan aku carikan orang yang ada buat cod cookies hahaha alhamdulilah ada sebab aku dok scroll dekat ig semua tak ada,hampir putus asa jugak aku masa tu >.<




okay ni sedap gila. rangup + rasa memang sebiji macam cookies dari famous amos. yang ni aku beli banyak sampai 3 botol(?) sebab boleh tahan murah jugak. thumbs up!




hari sabtu tu adalah jugak rasa nak makan big apple donut but honestly aku tak berapa suka dengan donut tapi dah ada depan mata so makan je lah hahaha


kau rasa kan dengan semua makanan ni aku dapat kurus tak? 
(takyah jawab sebab aku dah tau jawapannya lol)




12 comments:

  1. alamak ni yang buat anis teringin jugak ni , tambah tambah donut tu aihh tak leh tengok ni :3 btw , cream o tu tak best makan sbb dia rasa lagi manis drpd orea ori , pastu terus rsa dahaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe >.< kan? lain maciam je rasa yg jnis cream o tu.

      Delete
  2. aduhhhh nyaman na eh. kmk suka juak benda manis2 camtk. hehehehe :D
    boleh jak kurus mun makan benda camtk kadang2. iboh selalu gilak. XD

    ReplyDelete
  3. Ya Allah! sedapnya!!! nakkkkk hahahahhaha ni yang buat craving jugak nih...haish...kena cari pasni.

    murahnya mini tart cheese tu...

    ReplyDelete
  4. Cherish the food while you can. Haha.

    ReplyDelete
  5. Nyaman eh. Wuuuuuuuuuuu. Makan jak, buh pikir badan berat ka sik. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Yg best nya bila terbaca soalan terakhir.

    "kau rasa kan dengan semua makanan ni aku dapat kurus tak?
    (takyah jawab sebab aku dah tau jawapannya lol)"

    ReplyDelete
  7. sedap sedapp.. drooling dah ni hehe
    http://mellyacrayola.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa lah! hahaha tengok gambar2 ni terus buat syed craving sama haih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...