Showing posts with label craving. Show all posts
Showing posts with label craving. Show all posts
Assalamualaikum
before that,
have you ever heard about Shopback? Basically Shopback is an app yang akan bagi korang cashback setiap kali korang berbelanja online! As for now, aku dah berjaya kumpul RM132+ guys! Want to know more? You can read my previous post here 👉 Shopback | Review
______________________________________________________________________
last post untuk tajuk ni ialah tahun lepas guys! time ni aku masih dalam semester 3 lagi. hmmm cepatnya masa berlalu, macam tak percaya je dah nak habis tahun 2019 ni.
i don't know what to post soooo ..... let's just skip the intro shall we 😂
so what do you do bila ternampak food truck tersusun kat depan fakulti korang? Obviously korang akan rasa excited kan?! Ke aku je? Ni ais kacang Swee Kang. Kalau korang tanya orang local tempat makan yang best kat kuching sarawak ni, confirm Swee Kang Ais Kacang termasuk dalam list tu. Sebab SERIOUS SEDAP!
aku tak tahu kenapa aku suka sangat dengan ais kacang HAHAHA semester 4 ni aku banyak melantak ais kacang je. Ais kacang kat warung area kolej aku ni pun sedap jugak! Setiap kali makan sini memang order ais kacang je lah.
tengok gambar ni buat aku craving je lah huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa. fyi, location shopping mall ni ambik masa dalam 5 minit je dari kolej aku. kadang-kadang tu tak sampai 5 minit pun lol. so obviously, setiap kali lepas shopping groceries untuk topup barang asrama aku wajib singgah beli milk tea 😂 & aku order benda sama je! either hazelnut milk tea or dirty milk tea LARGE. aku tak pernah lagi order size small sebab orang tamak memang macam ni lmao. & hazelnut milk tea dia ya allah sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa
THIS!!! (abaikan ais kacang tu sebab tak sedap langsung ugh)
i cannot tahan nafsu kalau ternampak menu tomyam. Tomyam ni tak pernah mengecewakan guys! Isi ayam dalam tu pun umphhhh! HAHAHA ok aku tak tahu macam mana nak explain lagi tapi yang penting memang sedap. So siapa-siapa yang nak datang kuching sarawak tu boleh lah roger aku tanya tempat makan mana yang sedap kat sini lol
(credit to yani for this photo 👏😑)
masa ni memang teringin sangat nak makan churros although masa tu dah kenyang rasa nak muntah balik makanan dalam perut tapi aku gagahkan juga diri untuk makan ni hahaha
last month pergi sabah & masa tu teringin sangat nak kunyah something then ternampak orang ramai beratur beli aiskrim ni so why not try beli je. AND IT WAS SO GOOD!! tambah topping oreo lagi lah ughhhhh nak lagiiiiiiiiiii
yang ni aku dah review kat post tease by jases tea room | kuching hehe
again, my favorite cafe ni 💛 masa ni result kitorang akan keluar dalam pukul 12 tengah hari tau. So kitorang gerak ke cafe ni dalam pukul 11 pagi. Aku memang tak tenang dah masa ni sebab takut nak tengok result 😭 rasa takut dia tu lain macam ok hahaha. lepas habis makan tu kitorang stay kejap kat cafe tu try check result tapi obviously tak dapat sebab ramai sangat yang check dalam satu masa so memang hang lah website tu kan.
dah try dalam 10 kali gak masih jugak tak dapat so kitorang pun chau je lah pergi shopping mall. Dah sampai kat shopping mall pun masih takleh check jugak! Geram betul aku masa tu.
sambil jalan-jalan tu tiba-tiba kawan aku terjerit sambil tengok phone. dari expresi muka dia aku dah agak dia dapat result yang bagus so lagilahhhhhhhh aku nervous. Aku try check sekali lagi tapi masih tak boleh 💆💆 then tiba-tiba je website tu dah ok & guess what? kitorang berdua terjerit macam orang gila dalam shopping mall tu HAHAHA semua orang pandang tahu takkkkk omg malu gila but i dont care sebab alhamdulilah dekan & happy sangat-sangat tengok result! Tak sia-sia aku tak tidur buat assignment & asyik nangis sebab benda yang dibelajar tak masuk dalam otak lmao. Lepas berbalas whatsapp dengan family & kawan2, kitorang bergerak pergi karaoke pulak HAHAHA.
ok macam panjang pulak post ni. byeeeee
Assalamualaikum
yey! another review pasal cafeeee. i love cafeeeee! Kalau boleh satu hari nanti nak bukak either a cafe or bakery sendiri, inshaallah. Doakan pleasee 💛 pastu, nanti nak bukak klinik sendiri sebelah cafe/bakery tu hahaha. I really want to own a cafe/bakery, tapi setakat ni aku lebih nak fokus dengan career aku sebagai psychologist dulu. Hmmm kalau boleh nak dapat gelaran Dr jugak, inshaallah.
ok panjang sangat intro 💁
sooooooo,
i'm really glad aku ada kawan yang nak teman pergi lepak kat cafe ni (shout out to Daleela HAHAHA lmao), so lepas rancang punya rancang, kitorang nak pergi ke cafe ni je. Sebab baca reviews kat google semua kata sedap & berbaloi! Fyi, masih ada banyakkkkkk lagi cafe yang aku tak jejak kat Kuching ni. Sebab aku jenis yang suka tengok interior design cafe & of course sebab nak try coffee jugak! mana tahu dapat jugak ilmu or idea sikit2 untuk bukak cafe sendiri nanti (imaginasi je buat masa sekarang lol).
at first, kitorang ingatkan cafe ni tutup sebab nampak macam gelap semacam je dari luar. Rupanya diorang guna tinted windows. Selalunya ramai je orang hari ahad tapi entah kenapa takde sorang pun dalam cafe tu hahaha but bagus jugak sebab aku ada peluang nak ambil gambar sekitar cafe tu lol
ni antara menu dekat cafe tu. For me lah, harga makanan ni standard jugak kot sebab obviously kat cafe harga lebih mahal sikit. Aku tak berapa kisah sangat pasal harga tu tapi janji berbaloi je lah dengan rasa makanan dia. Kalau mahal tapi tak sedap tu dah kira membazir sangat tu haha
aku order asian grilled chicken salad, ice blended green tea mocha & basque burnt cheesecake. Kawan aku pulak order ice blended caramel & chicken chop.
aku paling tak suka kalau meja tu warna hitam hahaha sebab kalau nak ambil gambar nampak macam tak berapa sesuai & tak cantik sangat lmao.
bagi aku air ni not bad lah. sebab aku pernah rasa ice blended mocha yang lebih sedap lagi dari yang ni hahaha
harga satu dalam RM14.50. Idk tho, bagi aku yang ni tak berbaloi sikit haha
grilled salad ni sedapppppppppppppppp! salad dressing dia sedap gila! grilled chicken tu pun sedap pastu tambah lagi dengan rasa kuaci tu lagilahhhhhh sedap! hahaha ok enough with the 'sedap' word tho. Harga RM16 & it was worth it! sebelum ni aku ada gak order salad, tapi selalunya aku tak dapat nak habiskan sebab sayur je yang banyak, ayam dia sikit gila ughhh rasa macam jadi kambing pulak tiba2 kena makan sayur banyak sangat HAHA
basque burnt cheesecake (RM13.50)
bagi aku kek ni mahal sangat hahaha sebab slice kecik je. Selalunya range harga kek yang aku jumpa kat cafe dalam RM10-12 je plus slice besar. But, the cake was so good! kalau letak oreo kat atas lagilahhhhhhhhhhhhh sedap! idk tho kalau pergi cafe je mesti order either cheese cake oreo or mango crepe or any cake yang ada oreo 😋😋
yang chicken chop tu pulak kawan aku kata sedap jugak!
kalau bawak laptop duduk sini berjam jam pun best gak ni. hahaha acah2 tengah buat assignment lol
definitely gonna visit here again soon! sebab nak try makanan yang lain pulak hehe
Assalamualaikum
dah nak dekat sebulan rasanya aku tak blogwalking & comment kat blog korang ni. Kenapa dunia blog sekarang nampak macam makin sendu je eh? 😭😭 memang semua bloggers yang dulu2 dah tak bukak blog ke mcm mana ni? tsk tsk tsk
.
.
.
.
.
.
anyway,
actually aku tak berapa pasti whether nak upload post ni ke tak sebab aku tak snap banyak gambar pun untuk post ni. Yang tu nanti aku cerita.
so, setiap hari rabu aku ada kelas elektif (smart money management) & sepatutnya kelas ni 3 jam tau, tapi memang setiap minggu madam kitorang tu habiskan kelas dalam masa 1 jam je HAHAHAHA . aku lagi suka kalau kelas habis awal tapi masalahnya petang pukul 4 tu aku ada kelas koq pulak aigoo. Takkan lah aku nak balik asrama. Dahlah asrama aku jauh gila. So thats why setiap hari rabu lepas kelas elektif tu je aku dgn kawan2 aku pergi tengok wayang hahaha tapi minggu ni tak ada movie yang best so last2 pergi cafe ni je lah lepak.
AKU MEMANG DAH LAMA NAK PERGI CAFE NI SO I'M A LITTLE BIT EXCITED THAT DAY HAHAHA
nasib baik jumpa jugak cafe ni walaupun dah round satu tempat tu cari, rupanya cafe ni ada dalam mall tu je cisss
masuk je cafe, staff diorang dah bagi menu. Besar gila buku menu dia hahaha
oh ya, aku nak ambil gambar banyak2 sebenarnya tapi masa tu jugaklah staff dia pergi tutup langsir so lighting tak berapa cantik plus STAFF DIA ASYIK TENGOK2 JE OMG MACAM MANA AKU NAK AMBIL GAMBAR 💆💆💆
ni je gambar yang aku mampu ambil hahaha
bahagian entry cafe ni lagiiii cantik decor dia tapi tak sempat nak ambil gambar :'(
kalau nak tengok jugak boleh lah google hahaha
masa kitorang pergi ni tak berapa ramai sangat orang.
picture credit to wonderboom
aku tak tahu nak order apa, sebab banyak sangat menu diorang. tapi aku lapar sangat masa tu so aku order set lunch yang rocketman tu.
actually the main reason aku nak sangat pergi sini ialah sebab aku nak coba smoothie bowl!!
credit to wonderboom
ni menu yang aku order : rocketman lunch set, dragon breath smoothie bowl (yg gambar atas tu), kiwi berry, iced caffe mocha.
menu yang aku dapat : rocketman lunch set, hot peppermint, iced caffe mocha.
see? where is my smoothie bowl?! & bila masa pulak aku order air hot peppermint omaigad cuaca panas terik takdenya aku nak order air panas lagi hahahaha
aku bukan jenis yang tegur kalau dapat menu yang salah so whatever lah. Nasib baik yang set lunch tu ada free ice lemon tea. BUT aku nak sangat smoothie bowl tuuuuuuu. aku ingatkan diorang masih tengah buat tapi sampai kitorang dah habis makan pun dia tak bagi lagi gosh. Dahlah kat kuching ni susah nak cari smoothie bowl. pastu aku tengah craving teruk tapi malas nak buat sendiri hahaha
ok now jom tengok makanan yang aku order tu
sedappppppp! dalam ni ada mango and korean bbq sauce chicken (if i'm not mistaken). aku suka rasa ayam ni! and also mango tu jugak. rasa dia balance je bagi aku. portion dia boleh tahan banyak gak.
actually kawan aku dah kenyang sebab dia dah makan sebelum pergi cafe ni so memang aku lah yang habiskan set lunch rocketman tu, tapi ntah kenapa aku rasa tak kenyang sangat so aku pun panggil lah staff dia sebab nak order mee ni HAHAHAHA
aku lupa nama menu ni guys. kalau tak silap XO Noodle apa ntah. yang ni set lunch jugak.
rasa mee ni macam rasa mee + sambal HAHAHA tapi ayam dalam tu omaigadd sedap nak mampus. i dont know how to describe rasa ayam tu tapi rasa dia crunchy and rempah dia sedap gila! mee tu boleh tahan sedap jugak lah. benda kat tepi tu kitorang tak sentuh pun sebab takut nak rasa hahaha
air tu macam biasa lah kan ice lemon tea je pun, hot peppermint tu aku minum sikit je sebab obviously pahit and rasa macam ubat. Ice caffe mocha pulak kawan aku kata sedap.
bagi aku makanan kat sini boleh tahan mahal gak. set lunch tu bagi aku boleh lah murah. Tapi coffee dia semua mahal gosh hahaha
aku rasa aku akan pergi cafe ni lagi kot, sebab nak try smoothie bowl tu 😭😭😣
sorry tak banyak gambar. aku ni pemalu sikit so ni je lah hasilnya hahaha
overall, it was a good experience, except part yang salah order tu je lah hishhhh
ok bye!
Assalamualaikum
Sekarang ni dah masuk week 13 guys. Minggu2 akhir macam ni lah jerawat asyik tumbuh tak henti2. But alhamdulilah semalam presentation dah habis. Semalam kelas start dari pukul 8 pagi then habis sampai pukul 8 malam :') Non stop pulak tu kelas aku. Sempat nak solat je then zuppp terus masuk kelas. But alhamdulilah, it was worth it 💓
so..... i'm back with this post again. HAHAHA
since gallery dah penuh dengan gambar makanan lagi, so let's upload dalam blog ni jugak. At least aku update jugak blog ni ken :')
yang ni takde yang special sangat haha ok next
secret recipe's aglio olio. Masa ni aku lapar sangat, dan bila aku kata lapar, aku takkan order nasi guys. Sangat sangat jarang nak tengok aku order nasi bila makan kat luar. I don't know why, aku lebih prefer tengok menu bahagian mee je
hah masa ni aku order nasi goreng hahaha tu pun sebab kawan paksa. plus kitorang tengah craving tomyam :') nasib baik jumpa kedai jual tomyam yang sedap. Alhamdulilah hehe
this is chicken salad btw hahaha lighting diorang tak cantik so i have no other choice but to use camera huji ni je. Aku ingatkan sikit je tapi sekali datang ya allah besar nya portion dia. Ingat aku kambing ke? HAHAHA aku tak habis makan pun sebab makan sikit je dah kenyang.
Carbonara ni sedap sangat!! Ya allah teringat2 lah pulak 😭😭😭 carbonara dekat universiti kitorang ni tak sedap weiii, takde rasa hahaha. but this one omg it was totally worth it sebab harga boleh tahan mahal jugak hahaha. fyi, aku tinggal dekat asrama, takleh nak masak. So selalu craving makan carbonara. Balik rumah je lah baru dapat nak buat sendiri.
masa ni kitorang buat study group dekat cafe. Waffles tu so-so je. Tak berapa sedap, maybe sebab whipping cream tu kot. Tapi carbonara tu sedap jugak! Aku nak beli salad masa ni (nak diet konon) tapi menu tu dah takde so aku decide untuk melantak je lah hahaha
yang ni pulak aku dah buat review, so you can read it if you want to 💓
alright. that's it for this post. till we meet again in the next post hehe
Assalamualaikum 💗
let's just skip intro yang selalunya dimulakan dengan ayat "fuhh lamanya aku tak update blog ni" okay? hahaha
sementara tunggu result spss aku ni keluar (nak dekat 2 jam aku tunggu ni oi), so aku decide nak update blog. Time semester break ni nanti boleh lah aku update selalu,inshaallah.
so alkisahnya masa ni kitorang nak pergi site visit untuk assignment. so alang-alang masih awal lagi kitorang pergi lah vivacity dulu nak beli popcorn je hahaha . eh btw kat sini dah ada innisfree & etude house guys! hahaha tapi setiap kali aku lalu kedai ni aku pandang sebelah mata je sebab kalau tak habis pokai lah aku.
sebelum pergi troots ni, kitorang tengok wayang dulu and kitorang belum makan nasi lagi masa ni sebab dah kenyang makan popcorn.
kitorang guna waze pergi sini hahaha ingatkan jauh tapi rupanya bersebelahan dengan boulevard shopping mall je kurang asam ciss. Masa ni hujan lebat jugak so tak sempat nak ambil gambar depan kedai ni.
Troots cafe ni ada desserts macam bingsu, paoping, waffles etc. Actually kitorang macam salah timing pulak pergi time ni sebab dah lah sejuk sebab hujan pastu boleh pulak nak pergi makan bingsu hahahaha but nvm sebab kitorang memang dah lama gila teringin nak pergi sini.
i really love the interior! semua white marble je. tapi yang tak bestnya diorang tak banyak seat. I think dalam ni ada 8 meja je kalau tak silap.
aku suka gila meja yang white marble macam ni!

(picture credit to https://www.getteaspoon.com)
the menu 👆 i think the price is quite affordable lah kan? tak mahal sangat.
oleh kerana takut membazir, so kitorang berdua decide nak kongsi je. Alhamdulilah nasib baik tak tamak sangat masa tu hahaha sebab portion diorang boleh tahan besar jugak.
kitorang order oreo cheese cake bingsu .
Rating : 3.8/5
honestly kitorang tak berapa suka dengan cream putih tu so aku asingkan benda tu. at first, aku rasa macam mehhh tak ada lah sedap mana. Tapi lama-lama makan aihhhh kenapa tiba2 rasa sedap pulak HAHAHAHA maybe sebab aku dah asingkan cream tu kot,hmm. But i really like the dark chocolate yang square tu! Sedap gila! but i don't like yang cheese tu haha
chocolate waffle.
Rating : 4/5
and again, kitorang asingkan cream putih & ais-krim tu. Idk why kitorang berdua tak suka rasa dia. I don't know how to explain this. But waffle tu memang sedap! Nak kata manis tu takdelah manis mana. Cukup2 rasa je hehe
Overall memang puas hati lah. Next time kitorang nak try yang mango cheese cake bingsu tu pulak. And they do provide free lemonade drink kat tepi tu that's why kitorang tak order minuman.
Sorry guys sebab aku tak banyak ambil gambar masa ni sebab handphone dah low battery. So faham2 lah ye hahaha
till next time!
Assalamualaikum
Semester baru dah start dah guys! No more cuti T_T 3 bulan cuti rasa macam taknak balik asrama semula 😭😭😭 Siap sedialah dengan segala assignments & exams.
I haven't post about this entry sebab tak banyak gambar makanan yang aku ambil kebelakangan ni. Kadang-kadang rasa malas pulak nak ambil gambar sebab kalau rasa lapar tu dah menguasai diri handphone pun aku dah tak pandang dah hahaha. & selalunya aku keluar waktu malam so kebanyakkan gambar yang aku ambil tu lighting dia tak cantik so end up aku delete je lah gambar yang aku ambil tu
my favorite cafe! masa ni kawan aku ajak keluar tapi masalahnya esaimen aku belum siap,tinggal sikit je lagi so i end up bawak laptop & siapkan esaimen tu kat cafe ni. rasanya dah banyak gambar dari cafe ni aku upload dalam blog hahaha nampak sangat suka lepak kat cafe ni.
ya i know gambar ni tak nampak menyelerakan sangat,but trust me,everytime aku pergi sini memang aku akan order wanton fried mee ni je. EVERY SINGLE TIME. kalau kedai dia tak bukak ya allah boleh menangis aku taktau nak makan apa lagi HAHAHA K TU OVER SANGAT. It was so freaking good. time puasa haritu boleh pulak aku mengidam mee ni sampai rasa nak nangis je sebab teringin sangat T_T
nampak macam portion nasi ni sikit je kan? BUT aku tak habis makan pun sebab idk aku makan setengah je rasa macam dah kenyang gila masa tu. oh ya ni Nasi Ayam Goreng Special kat SCR & yes diorang serve dalam periuk kecik hahaha.
well masa ni aku tak expect sangat dengan Nasi Ayam Lemon ni cause i don't even know apa yang aku nak makan masa tu so end up aku order ni je. Nasib baik sedapppp. Ayam dia lembut je
ok yang ni semua orang tau apa kan hahaha nothing special about this. masa tu craving nak makan kfc so why not try menu baru diorang masa tu
green tea iced latte dia sedapp gilaaaaaaa aaaaaaa i can't. tapi kawan aku kata pahit hahaha masa ni dah kenyang so beli air ni je lah. Dah tak mampu nak makan kek lagi
i really really love spaghetti carbonara! kadang2 buat sendiri kat rumah sampai habis satu mangkuk besar tau tak. Ramai yang tak dapat nak habiskan carbonara sebab muak diorang kata,but idk kenapa aku boleh pulak telan benda ni banyak-banyak. Kalau pergi kat western restaurant,aku tak pandang pun chicken chop yang ada dalam menu tu hahaha
ok gambar ni lain sikit hehe. dah lama sebenarnya aku simpan resepi chocolate chip cookies yang kak Amy post kan ni,baru ada masa nak buat sebab masa tu craving sangat dengan cookies. Sorry gambar cookies yang dah siap takde pulak hahaha tapi sedap ok. Berjaya jugak aku buat ni. Thank you for the recipe kak Amy! 💓
okay guys,tu je lah gambar setakat ni. Line internet tak bagi kerjasama ni hah,asyik loading je bencinya.
📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌
oh ya, siapa-siapa kat sini yang minat kpop & selalu beli album diorang boleh lah singgah ke ig shop saya ni ehhh. Dijamin korang akan puas hati! Semua album kpop yang dijual ni FREE POSTAGE guys!
FREE POSTAGE!
If you are interested, you can go and check my ig shop below
👇
📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































Social Icons