17 Mar 2017

What Happens To My Family | Korean Drama

Assalamualaikum


yey i'm back with more korean dramas. oh ya siapa yang ada layan drama age of youth? good news,tahun ni ada season yang kedua! The new season is set to air in late-August. Kalau nak tahu lebih lanjut,boleh baca dekat soompi.


and yes i know drama what happens to my family ni dah lamaaaaa gila;2014 okay. 
tahun 2014 aku tak berapa sangat layan k dramas so i don't even know about this drama sampailah aku try search 'best family korean dramas' kat google and terjumpa banyak orang yang recommend drama ni. But still,for me the best family korean drama so far is Reply 1988


sebelum ni dah terbiasa tengok drama sampai episode 20,tapi drama ni ada 53 episode okay?!! 
first time ni tengok drama sampai 50+ episode. tapi sebelum ni tengok cerita indon kat tv sampai 100+ episode boleh jeee hahaha tu zaman dulu2 suka dengan cerita indon 😁


satu je yang aku nak bagitau,kalau korang decide nak tengok drama ni jugak,please lah sediakan tissue banyak2. aku dah bagi warning okay? jangan kata aku tak bagitau pulak. hihi


Image result for what happens to my family


Cha Soon-bong is a widower who has devoted his life to his three children, loving them despite their self-centred selfishness and disrespect. However, when he discovers that he has terminal cancer, he decides to use the time he has left to ensure their happiness when he is gone.

Cha Soon Bong ni memang sayang gila2 kat anak dia. Dia ada tiga orang anak,yang paling tua perempuan ; Cha Kang Shim , kedua ; Cha Kang Jae, maknae ; Cha Dal Bong.


Anak perempuan paling tua,after a failed relationship,dia ambil keputusan untuk tidak berkahwin & hidup seorang. Dia ni seorang secretary yang memang hebat,semua benda dia buat dengan cepat & teliti,kira macam memang orang respect dia lah kat pejabat. Tapi satu je masalah,dia lebih pentingkan boss dia daripada bapa sendiri. Dalam first or second episode kalau tak silap,dia beli kek untuk birthday chairman company dia tapi birthday bapa dia boleh pulak tak ingat padahal sama je tarikh birthday dia dengan chairman tu -.- Dia memang hebat bila masuk bab kerja tapi fail sebagai seorang anak.


Anak kedua,Cha Kang Jae. Dia ni susah nak explain. Berapa kali dah aku rasa macam nak hentak laptop bila nampak scene dia gaduh dengan bapa dia eeee geram sangat aku hahaha please,harap2 lah korang dapat bertahan tengok perangai dia dalam drama ni. Kang Jae ni doktor,dia paling pandai dalam family tu. Tapi tak guna jugak pandai macam tu kalau derhaka kat bapa sendiri kan? hahaha terlebih pulak kau ni T_T dalam permulaan episode memang perangai dia annoying gila especially lepas dia kahwin dengan anak perempuan director hospital tu,huwaa memang sakit hati gila. Tapi bila dia dapat tahu bapa dia ada cancer,hah scene yang ni kena prepare tissue siap2. Dia nangis melutut depan bapa dia 😢😢 siapa yang congek tu comfirm akan menangis teresak-esak hahahaha macam aku TT ; i'm like TT,just like TT



Anak ketiga. Dia ni penganggur,selalu buat masalah,selalu menyusahkan bapa dia tapi at least dia ada rasa prihatin sikit dengan bapa dia. And dia banyak berubah selepas berjumpa dengan Seo Wool,gadis dari kampung yang tiba2 datang ke rumah kata nak kahwin dengan dia hahahaha scene ni paling lawak. Habis panik bapa dia lepas tahu pasal ni sebab Dal Bong tu bukannya ada kerja tapi tiba2 ada sorang pompuan kata diorang pernah buat janji nak berkahwin bila dah besar hahaha


selepas bapa dia dapat tahu dia ada penyakit cancer,dia ambil keputusan untuk saman ketiga2 orang anak dia tu. Diorang ingatkan bapa dia nak kan duit je tapi sebenarnya bapa dia nak diorang ni sedar bahawa duit bukanlah segala-galanya ; tapi family yang paling utama. Kalau diorang nak cancel kan saman tu,diorang kena ikut syarat yang bapa diorang dah buat.


 First daughter kena pergi blind date sepuluh kali (sebab bapa dia nak dia kahwin sebenarnya), Kang Jae pulak kena tinggal kat rumah bapa dia selama 3 bulan bersama dengan isteri dia. Si Dal Bong tu pulak kena bagi gaji berapa ntah kat bapa dia selama 3 bulan. Start daripada episode ni banyak sangat scene yang sedih-sedih

dalam rumah tu ada mak saudara diorang jugak,adik kepada bapa diorang tu lah. Plus cousin and suami dia. Diorang ni selalu jugaklah bergaduh. Asyik berkumpul kat ruang tamu jee hahaha kalau tak kat ruang tamu,confirm kat chicken shop depan rumah diorang tu.


Last episode palingggggg sedih hahahaha yang ni aku tak nak explain banyak2 korang tengok lah sendiri. Yang pasti,anak2 diorang ni semuanya dah berubah 100%,especially Kang Jae tu. Drama ni ada banyak scene yang lawak,sedih,geram,semuaanya ada. Banyak benda yang kita dapat belajar pasal family ecehhh hahahaha



aku bagi 5/5 bintang untuk drama ni. Wajib tengok tau :P



7 comments:

  1. hahaha saya tengok what happens to my fam ni sampai ep 30++ je dulu pastu tak larat dah nak sambung. tapi tak dapat dinafikanlah memang best. saya suka drama family camni. suka cha dalbong. hmm maybe kena consider sambung tengok pasni.

    tak sabar nak tunggu age of youth s2 pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes pls sambung tgk lagi haha mula2 saya pun tak larat gak nak tgk sampai habis,tapi byk sgt scene yg buat saya curious last2 habis jugak tgk T.T haha

      yessss,saya pun tak sabar rasanya!

      Delete
  2. Hebat juga pengetahuan awak pasal korean ni hehehe.
    Kenapalah syed tak tengok, tak dapat nak komen lebih pasal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dah selalu tgk korean dramas adalah tahu sikit2 hehe
      lepas ni perlu tgk :D hehe

      Delete
  3. Dah lama tak tengok korean drama. rating 5/5 tuuu. Cambest je 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. uwaaaaa terkejut nampak komen akak :')))))

      best drama ni kak hehe try lah tengok :D

      Delete
  4. mok nangga juak. tapi part episode sampey 50 ya. adehhh. hahahhaha
    kmk sikberapa suka nangga cerita sedih2 tk. tapi mun part ada happy2, lawak2 ya best :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...