Craving Satisfied #2

Tuesday, March 28, 2017

Assalamualaikum


ye aku memang jarang blogwalking & update blog. Mood nak berblog ni ntah dah terbang ke mana dah sekarang. 



👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩👩



if you haven't read my previous post, nah (craving satisfied #1)



lepas makan malam,alhamdulilah memang kenyang. Masuk dalam bilik,buka almari,damn it dah habis rupanya oreo aku. Cadbury, kit kat, dark chocolate,semuaaaaaa dah habis. 'Harta' aku dalam almari tu dah kosong dah hahahaha kena isi lagi ni


lepas tu bukak ig and search kek yang sedap2,yang ada buat cod lagi lah bagus. Then terjumpa satu gambar pavlova ni. Aigoo macam sedap je. Aku dah tertelan air liur dah padahal tadi baru je habis makan nasi T_T 


Tanya punya tanya okay hari sabtu dapat hantar. Okay deal! Cepat2 taip kat memo takut terlupa nanti.


Hari sabtu,orang tu kata nak hantar dalam pukul 1+ petang. Tunggu punya tunggu,aik lama jugak eh,kata dah masuk dalam lorong 8. Dah 30 minit berlalu,tak jugak sampai. Tak kan sesat kot? 


"sorry sangat-sangat. tadi tak sengaja terlanggar pavlova tu,dah penyek. Boleh tak saya hantar esok je?"


aku okay je,no problem. Tapi kecewa jugak lah sebab aku memang dah craving sangat hahahaha 


tapi tiba-tiba dia whatsapp kata dia akan hantar pavlova yang penyek tu tadi. Lepas tu esok dia akan hantar pavlova yang baru lagi. Aku pun okayyyyyyyy hahahaha alhamdulilah rezeki. 


Pavlova tu tak penyek sangat lah,just krim2 dia habis terkeluar tapi tetap 👍 kebabomm. The next day,dapat lagi pavlova free. Uwaa thank you so much 😋😋 harga satu pavlova RM45.






hari ahad tu pulak kek aku sampai. aku dah order kek ni sejak hari khamis so ahad baru dapat sebab diorang cod hari ahad je. Mula-mula aku tengok kek tu macam tak percaya je harga satu kek RM10. Size dalam 6 inci macam tu lah. Nampak macam sedap. At first ragu2 jugak lah nak beli takut tak sedap kan. Tapi oleh kerana parents kat KL so aku ambil kesempatan lah hahaha lagipun adik2 aku sama kepala dengan aku so aku pun order je lah. Order 2 kek terus haha




*gambar credit to the owner @sweetstation_official* 
dah ambil gambar sebelum ni tapi gambar tak cantik pfff  geram betul aku


Aku ambil kek oreo ni. Yes yang ada oreo memang wajib beli. Aku ingatkan krim tu tak sedap tapi rupanya sedap! Sedap guna fresh cream kan so bravo! hahaha 




*gambar credit to the owner @sweetstation_official


Although i really like oreo,but yang ni palingggg sedap! Perfect je! Rasa manis dia ngam ngam. Tak terlalu manis. Campur lagi dengan flavour kiwi,strawberry,orange kat atas tu pergh. 


Time kek ni sampai,aku dekat luar lagi hahaha baru je lepas makan kat luar balik terus makan kek ni lagi T_T nasib baik adik ada kat rumah.



this is not a sponsor post. saja nak letak gambar kek2 tu biar terliur hahaha 


k bye






7 comments

  1. aduhhh banyaknya dessert. serius jeles eh. hahhaha :D
    bait na juak org molah pavlova ya. sanggup polah baru sbb pavlova penyek sikit. rezeki ktk :D

    ReplyDelete
  2. Adula, lapar tengok ni 😭😭😭 kat sini ada biskut kering hahhahaa. Best kan makan kek, mcm x puas je 😆

    ReplyDelete
  3. yummy..yummy ..dah lama rasanya tak makan pavlova

    ReplyDelete
  4. Macam sedap ja semua kek-kek ni! huaaaaa sampai hati seksa pembaca dengan gambar yang sedap macmni haha. dah la tak makan lagi keh2

    ReplyDelete
  5. selalunya kalau tengok pavlova mesti penuh dgn warna merah(buah), tengok gambar ni pavlova dia lebihkan buah kaler hijau lak xD

    aaa lamanya tak makan kek, tetiba teringin lak. yang kek oreo tu nampak mcm sedap gila jee T__T

    ReplyDelete
  6. awww, kenapa nampak sodap sangat ni <3

    ReplyDelete