21 Jun 2017

Mini Haul #1

Assalamualaikum


Hari jumaat minggu lepas keluar time petang. Nasib baik cuaca mendung tak adalah panas sangat,lagipun masa tu tak ada banyak sangat orang. Plan nak pergi cari baju raya lagi although sebelum ni dah pergi beli baju raya tapi tak puas hati sebab balik cuba tengok tak cantik pulak damn it 😅😭


Oh ya masa kitorang first beli baju raya tu kalau tak silap aku sebelum hari gawai kot,akak yang jual baju kat shopping mall tu ingatkan kitorang sambut gawai so dia suruh aku pilih seluar palazzo & blouse hahaha mula-mula tu aku heran jugak kitorang nak beli baju kurung kot apasal dia tunjuk benda lain,tapi last2 aku beli jugak sebab cantik sangat hahaha time keluar dari kedai tu diorang siap ucap selamat hari gawai lagi. Maybe sebab diorang dengar kitorang bercakap dalam bahasa bidayuh kot that's why. Family kitorang kat rumah memang bercakap dalam bidayuh,sebab keluarga my mom kristian bidayuh and kitorang dari dulu tinggal dengan grandparents sebelah my mom so dah terbiasa cakap dalam bahasa bidayuh. (rasa macam dah pernah bagitau je) Okay back to the topic


Dalam pukul 3 camtu kitorang gerak pergi shopping mall,unfortunately tak ada baju kurung -.- Baju melayu banyak pulak. So kitorang singgah kat kedai2 yang lain kejap, baju kurung nanti2 lah aku fikirkan hahaha


at that time bath & body works ada buat offer sempena raya,kalau tak silap offer 50% kot,so rasa macam rugi je tak beli apa-apa masa ni




masuk tu aku memang dah target nak beli candle je. so banyak jugaklah candle yang aku buka tapi ada yang bau macam ewww,terlampau kuat sangat,sakit pulak rasa hidung aku masa tu. First choice ialah vanilla bean.



masa kat kedai tu aku hidu macam wangi tapi balik hidu lagi ya allah kuat nya bauu vanilla 😅



yang lemon ni wangi jugak. bau lemon lah kan apalagi hahaha




this is my favorite so far. dah hampir 4 kali guna. Bau dia omg memang sweet sangat,bau tu sampai ke ruang tamu tau tak, bau dia ada sikit2 macam bau mango,hm idk how to explain this haha




victoria's secret masa tu pun ada buat offer gak. Tapi tak banyak sangatlah offer dia haha



yang ni memang favorite aku. aku tak faham kenapa orang selalu kata yang coconut passion tu wangi eww not my taste kot,pelik je bau dia bagi aku




lepas tu,continue cari baju kurung. Dah habis beli then round round cissss aku ternampak ada baju kurung yang lebih cantik lagi dari yang aku beli tadi aaaaaaaaaaaaaaaaaa



15 Jun 2017

Hari Raya Outfit!

Assalamualaikum


Lazada Blogger Contest


Few more days before hari raya wiwiwi 😍😀😀

Selain daripada stress fikir pasal macam mana nak hias rumah or pilih/buat biskut & kek,baju raya pun semestinya buat orang ramai stress jugak,kan? 


Sekarang ni ramai yang lebih suka beli baju raya secara online jer,tapi banyak jugak lah yang pergi hantar kat tukang jahit. Kalau aku,lebih prefer beli online sebab senang sikit kan. Dulu pernah gak pergi hantar kat tukang jahit tapi memang jarang sangat.


Okay. Tema contest lazada kali ni ialah Looking Good & Beautiful. Contest yang lepas tu aku tak sempat nak join >.<



a. What's your color theme for this Raya? 

Honestly tak ada, sebab baju raya yang aku beli kebanyakkan nya lain-lain color haha but most of it color pink T_T



b. Share your outfit details for this Raya.

Sekarang ni baju raya yang hot ialah baju kebaya kan? Aku tengok ramai je yang beli baju kebaya sekarang. Aku pun ada terfikir nak beli baju kebaya tapi terpaksa lupakan hasrat tu sebab body shape tak cantik hahaha cisss. So beli je lah yang macam peplum and baju kurung biasa.



c. What outfit/clothes would you like to buy on Lazada’s platform for this Raya? 



teringin nak beli lah pulak. huwaaaa 




seumur hidup aku belum pernah lagi beli baju raya color hijau hahaha memang tak pernah!




Oh ya jangan lupa pulak ada Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale yang akan diadakan sepanjang dari 19 may hingga 30 june! Diskaun sebanyak 90% okay!





yang belum join contest lazada minggu ni cepat2 join tau! lebih ramai lebih bagus hehe (https://www.lazada.com.my/blogger-contest/)

3 Jun 2017

Ostrolia Aku Datang | Book Review

Assalamualaikum



Aku ambil masa yang lama jugak nak habiskan buku ni. Asyik tertangguh je.



aku ingatkan buku ni baru diterbitkan tahun ni tapi bila aku check rupanya dah diterbitkan pada tahun lepas,tak lah lama sangat kan?


aku dah lama tak beli buku macam ni,sebelum ni asyik beli buku fixi je. Novel cinta pun aku dah jarang sangat beli,tak ada mood kot nak baca novel genre tu lagi haha dulu masa sekolah menengah boleh lah kan



honestly,bagi aku novel ni biasa-biasa je. Tapi yang bestnya sebab dapat baca banyak pengalaman L kat Ostrolia. Aku memang suka baca pengalaman2 orang macam ni. Bagi aku, L memang seorang yang berani. Selepas dapat biasiswa tu,L terus pergi ke ostrolia seorang diri untuk melanjutkan pelajaran. Jauh kot ostrolia tu. Lagi2 dia ada adik OKU and mak dia bekerja keras untuk mencari rezeki sebab parents dia dah lama tak bersama so nak tak nak mak dia yang tanggung diorang. 


Perwatakan L ni macam lelaki sikit. Berani. Aku tak dapat bayangkan kalau aku kat negara orang lain seorang diri hahaha 

banyak pengalaman L yang menakutkan berlaku bila dia melanjutkan pelajaran kat sana. Yelah,negara orang putih kan. Culture diorang berbeza sikit dari kita. Part yang aku tak suka bila L selalu terserempak dengan orang2 mabuk bila balik malam,allah orang mabuk ni bahaya tau tak. Tapi L ni berani although dia pun ada rasa takut sikit hahaha


and part yang paling menyampah bila kawan lelaki omputih tu ajak L makan bab*,dia memang tahu yang L ni Islam tak boleh makan bab* tapi makin galak pulak dia pujuk L. Last-last L berambus dari restoran tu. 


ada beberapa ayat yang suka dalam novel ni ;



and this ;



ada satu cerita yang buat aku tergelak and rasa tak percaya,kisah yang bertajuk Miss T kalau tak silap aku,jap. 


ha'ah, Miss T lah. Miss T ni kawan L jugak,dari Malaysia jugak. Tengah dalam proses ambil PHD,usia Miss T ni dalam 40-an tapi berlainan bangsa. Nak tergelak pun ada aku baca kisah ni hahaha terbayang-bayang pulak aku eh,umur dia dah tua kot tapi ada hati jugak eh nak buat perangai macam tu hahaha last2 L tak nak contact dia lagi. Aku tak nak bagitau pasal cerita ni,korang baca lah sendiri nanti 😀😀




4.0/5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...