Biji Mata Terkeluar Sebelah

Sunday, March 24, 2013


Assalamualaikum 

Actually dah lama sebenarnya aku nak buat entry pasal ni. But aku selalu lupa pulak.

Kisah ni berlaku cun cun time first day puasa tahun lepas. Memang tepat time hari puasa!


Ni ialah dua ekor kucing kesayangan my family. Hmm,yang berbintik hitam kat hidung tu dah lama meninggal . Kucing tu mati kat tengah jalan raya tak jauh dari rumah aku. Tapi kami tak tahu pulak macam mana kucing ni boleh mati secara tiba tiba,sebab time kami jumpa mayat kucing ni tak ada pulak badan dia cedera. Macam sihat je dia masa tu. So sekarang ni just tinggal kucing yang sorang tu haa. Nama kucing tu Thomas! hahaha


Aku masih ingat lagi hari kucing aku tu masuk ke rumah dengan biji mata terkeluar sebelah.
Hari Sabtu bersamaan first day hari raya puasa 2012,waktu tengah hari. Time tu aku tengah nak tidur. Ala biasa lah time puasa badan aku ni memang cepat lemah pun. Belum sempat lagi mata aku ni tutup tiba tiba je aku dengar my mum terjerit kat ruang tamu. Ya Allah masa tu aku memang terkejut gila! So aku keluar dari bilik and time tu jugak aku tengok adik aku dukung Thomas dengan biji mata dia sebelah terkeluar.

 Hampir menangis aku tengok


Nampak tak biji mata dia terkeluar sebelah? Banyak sangat darah and nanah yang keluar

Adik aku tu apa lagi,dah macam nak nangis dia masa tu. Aku memang geli sangat tengok . Setiap hari Thomas duduk dalam sangkar. Selalu jugak dia miaw miaw mintak keluar dari sangkar.  Thomas tak dapat makan because rahang dia terbelah jugaklah. 

Pernah sekali aku temankan Thomas minum,time tu dia tak nampak ada dinding yang menyekat jalan dia so dia redah je sampai terkena biji mata dia tu. Mata dia dah buta sebelah thats why

Adik aku jaga Thomas 24jam sehari. So hari demi hari biji mata Thomas dah semakin mengecil and Thomas dah semakin sembuh sekarang ni. Seriously aku tak sangka yang Thomas masih dapat bertahan walaupun setiap hari aku selalu tengok dia macam dah tak bernyawa je. 

 Sekarang ni Thomas dah boleh makan and merayau  macam selalu. Dah happy je aku tengok dia sekarang walaupun mata dia buta sebelah. Hahahaha. Semakin gemuk jugak dia sebab selalu sangat makan whiskas. Hampir sebulan kot mata dia tu terkeluar


Alhamdulilah sekarang ni dah sembuh. Setiap hari lepas makan confirm kerja dia tu tidur je. 



Gambar kat atas ni masa dia masih kecik lagi. 


Ni gambar selepas mata Thomas tu buta. Nampak tak mata dia yang sebelah tu?


Sampai sekarang aku tak tahu punca biji mata Thomas tu terkeluar. Nampak macam penderaan je or kena langgar



update 27/4/2016 - banyak jugak yang tanya aku macam mana kucing aku ni sembuh. Kitorang tak hantar kat klinik tapi jaga macam biasa je. Kitorang tak bagi dia keluar dari rumah,setiap hari kat sangkar je. Tapi kalau boleh bersihkan sangkar tu dulu,bagi makan & minum macam biasa. Aku tak berapa ingat apa yang kitorang bagi sampai dia sembuh macam tu. Sorry,dah lama sangat kejadian ni.

Biji mata dia tu lama2 mengecil. Haritu dia tergaru kot kat bahagian mata dia tu thats why boleh tertanggal. Kalau kucing korang tak sembuh2 lagi dalam 3 4 minggu,lebih baik hantar kat klinik haiwan. 




Kalau ada something nak tanya boleh email aku kat tashira445@gmail.com


7 comments

  1. handsome lah Thomas tu. hehe :D
    tapi kesian dia sebab terseksa. akak takde pet, takboleh bela.
    sedih T___T

    ReplyDelete
  2. @kak FD : Haha handsome kan? tapi sayang mata dia buta sebelah :( akak tak ada pet? laa. kenape pulak?

    ReplyDelete
  3. Kucing yang akan doakan tuannya senang :) tabah nya kucing awak.

    ReplyDelete
  4. terkejut tengok gambar. hmm. mesti sakit mata terkeluar tu. kesiannyyaaa

    ReplyDelete
  5. hello there.. hari nie ade kucing datang rumah aku, biji mate dye terkeluar.. jauh nak pegi vet. lagi pon aku takde bajet sangat.. aku dah cube bagi makan. tapi dye taknak.. aku ade bagi air milo susu.. bagi guna syringe.. tapi dye macam nak muntah.. so aku tak tau nak bagi makan camne.. any advice?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kalau tak silap kucing aku pun mcm tu gak. tak nak makan & minum . tapi lama2 dalam beberapa hari camtu baru ada selera sikit dia nak makan,tapi tu pun tak banyak,at least dia ada makan sikit2. try gak bagi je dia makan or minum,kalau dia taknak biarkan je dulu,lama2 nnti maybe dia akan makan jugak.

      Delete
  6. saya ada anak kucing yg baru 1 bulan lebih kurang umur dia. sy jumpa dekat kawasan rumah. mungkin ditinggalkan ibu dia. mata dia pun macam ni, sy bawak pegi vet trus esoknya, doc cakap infection. now tgh jaga dia keep letak ubat titis je. baru nak seminggu, alhamdulillah makin kurang bengkak tu. Harap anak kucing sy dapat sembuh mcm Thomas ensem ni 🤗

    ReplyDelete