Powered by Blogger.

Social Icons

// тняιℓℓɛяƨ.

Tag Answers | Part 3


Assalamualaikum

Thank you to blogger Mrs Naa for the tag :) 

btw yang bawah ni pulak ialah answer tag yang sebelum ni


Tag Answers | Part 1

Tag Answers | Part 2

Okay let's start with the questions.


1. Tell a little bit about yourself.

Okay intro. Nama boleh panggil Tashira. I'm 19 years old (2015) so tahun depan dah 20. Belum tua lagi ni. Masih cergas. I like kpop haha k itu takyah bagitau. I'm a shy person and kalau nak berkenalan haruslah tegur aku dulu baru aku layan kahkah


2. Advantage of being a blogger?

For me,aku bersyukur gila dapat jadi blogger yelah dalam ramai ramai kawan yang aku ada aku sorang je ada blog. Active gitu. Banyak faedah buat blog ni sebenarnya,kau dapat baca kisah orang lain,banyak info yang korang boleh dapat and yang penting dapat hadiah free je kalau menang giveaway hahaha


3. Disadvantage of being a blogger? 

Satu je kot. Which is aku takut family member aku baca blog aku ni. Tak kira lah cousin ke aunty ke parents ke semua aku tak nak bagitau link blog aku ni. Kalau boleh aku nak orang yang aku tak kenal je baca blog aku ni. Aman sikit hahaha


4. If you had a chance to go to a trip,which country you want to visit?
First,aku nak jelajah Malaysia dulu. Semua negeri di Malaysia. Lepas tu baru aku nak jejakkan kaki ke Korea . Kenapa nak ke Korea? Takyah cakap pun korang dah tahu. Cisss haha


5. Eating or sleeping? Which one do you prefer?

Both lah. Lepas makan boleh tidur


6. Phone or laptop? 
Yang ni pun both. Wajib ada ni kalau tak merana hidup haha


7. The most person you admire? Why?

Otak jam .............................. Ntah.


8. Do you love your blog?

Nope. Ada orang yang nak beli blog aku ni tak? K kidding


9. What is your hobbies?
Watching K-drama & k-variety shows,reading novels,spend my money,bukak blog


10. What is the best present you get on your birthday?

All of it. Sebab diorang dah susah payah nak belikan hadiah untuk aku. hehe




Finally habis haha thank you again yaaaa :)





































Wednesday, December 30, 2015

read more

Tag Answers | Part 2


Again,gambar Top :P


Assalamualaikum

Kali ni nak jawab soalan daripada Yoo pulak. Thanks for tag ya :)


1. Apakah impian anda yang paling anda nak?
Berjaya dalam hidup. Berjaya dari segala-galanya. haha
nak jadi seorang business woman. Inshaallah satu hari nanti kan.

2. Apakah perkara-perkara atau benda comel bagi anda?
Perkara-perkara? Kalau orang boleh tak? HAHAHA
Top,G-Dragon & Sehun. Dah start dah gila dia ni dgn kpop hahaha

3. 15 tahun kemudian,agak-agaknya macam mana keadaan anda ya?
Ntah lah. Tak terfikir pulak. Tiba-tiba rasa sedih je ni haha xD


4. Buku ataupun cerita yang membawa seribu makna dalam hidup anda?
Kalau buku tak ada kot. Jadikan sbg inspirasi maybe ada. Kalau cerita tu boleh termasuk drama kan? Drama Shut up Flower boy band & good friends. Try lah tengok. Both drama ni tentang persahabatan.

5. Alat muzik apa yang anda harap anda dapat mainkan?
Semuaaaaaaaaaaa. Especially piano,gitar & drum.


6. Apakah/siapakah yang memberi anda inspirasi untuk terus berblogging?

Kak Fatin Liyana :) hehe


7. Genres kegemaran anda?

Romantik komedi. 


8. Ceritakan pengalaman yang membanggakan diri anda?
Dapat sambungkan pelajaran ke tingkatan 6. Banyak sangat kenangan pahit & manisnya .


9. Adakah anda ada trauma/fobia kepada apa-apa?
Kalau fobia being alone tu adalah sikit-sikit haha. Aku tak biasa kalau ditinggalkan sorang-sorang. Even nak berjalan ke sesuatu tempat pun perlukan teman jugak. haha menyampah kan? lol


Baru perasan soalan ada 9 je. hehe

Anyway thanks for the tag! Harap jawapan saya ni dapat memuaskan hati awak. Sorry kalau jawapan saya ni banyak sangat merapunya. hahaha peace (Y)




























Saturday, December 26, 2015

read more

Tag Answers | Part 1



Assalamualaikum

Malam ni nak jawab soalan yang telah diberikan oleh Aishah . Thanks for the tag btw :)

Okay kite start dgn soalan daripada Aishah.


1. Apa movie kegemaran korang?
Kalau movie rasanya tak ada kot. Sebab jarang tengok tv haha if drama korea tu banyak. Tak dapat nak senaraikan. Nak tengok ke drama korea ni kalau aku listkan? hehe

2. Perangai org yang macam mana korang paling tak suka? Berikan 2 sebab.
 Busybody & sensitif. Of course semua org tak suka kan dgn org yg busybody ni. Org yg sensitif ni pulak jenis yg kita perlu sentiasa menjaga pertuturan kata so i dont like that. Sikit-sikit nak merajuk,nak marah erh menyampah haha

3. Warna kegemaran korang?
Pink & grey. Pink of course lah i ni kan feminin gitu haha pui. Tapi lately aku lebih tertarik dengan warna grey. I dont know why

4. Berapa org sahabat korang? 
Sahabat tu bestfriend@kawan sejati kan? haha confuse mak haha
Kalau bestfriend tak ada kot. Cause aku tak caya sangat dgn org skrg ni. Kawan biasa biasa tu adalah. Ramai.

5. Pernah bergaduh dgn adik-beradik? Sebab.
Mustahil tak pernah. Selalu,always,everytime,everyday! haha sebab bergaduh tu byk sgt yang tak masuk dek akal. Biasalah bergaduh kejap je nanti okaylah tu.

6. Nak masuk pintu syurga @ pintu neraka? Bagi 6 amalan yg korang buat untuk masuk pintu yg korang pilih.
Yang ni takyah tulis pun dah tahu nak pilih apa kan? Siapalah yg tak nak masuk syurga.
Amalan yang perlu dibuat utk masuk syurga ialah spt solat,berbakti kpd ibu bapa,jaga pegaulan dan lain-lain :D

7. Adakah korang suka bersenam untuk dapat badan yg sihat? Jenis senaman?
Yes. Memang nak sangat tengok badan sihat dgn melakukan senaman. Tapi selama ni tengok orang buat senaman jelah,nak tunggu diri sendiri ni buat entah bilalah tu kan hahaha 

8. Apa yang korang inginkan masa hari jadi korang?
Nak senaraikan semua ke? Boleh je haha
Money (like a lot), Iphone, Macbook, kereta, novels, shoes, money, money, money, money .
Alamak terlebih pulak money tu hahaha lol

9. Kalau korang nak disuruh sampaikan dakwah,siapakah yg korang nak dakwahkan dulu?
Tettttt. Otak blank kejap. Hmmm

10. Apa yang korang rasa kurang dalam blog aku ni?
Tak nampak apa2 yang kurang pun. Cantik je. Especially gambar mata tu. Cun gila. 



Thanks for the tag Aishah! hihi peaceeee ^^








































Friday, December 25, 2015

read more

NANO WHITE FRESH | Review

Assalamualaikum


Couple days ago aku ternampak my little cousin (not that little lah,dah form 4 skrg haha) guna product yang sangat menarik pada mata aku. i mean packaging dia comel gila kot. Terus je pergi serbu dia tanya guna product apa. Maklum lah aku ni jenis yang main hentam je nak guna apa janji muka tak berjerawat :P haha


Lepas dengar explanation dari dia aku plan nak try guna jugak. So the next day aku terus pergi beli kat watson. Setahu aku product ni dah lama kan? Aku je yang ketinggalan zaman sangat -.-



Untung jugak aku pergi beli haritu sebab ada promotion beli dalam satu pek terus. harga dalam RM28.90 kalau tak silap aku. Nampak tak betapa cutenyaaaaaaa product ni??

Dalam ni ada tiga benda :



Dark spot corrector 



Mattifying Moisturiser (diguna selepas pencuci muka)



Foam Cleanser



Anti Dullness Scrub ( diguna 2 kali dalam seminggu sahaja)

yang ni pulak tak termasuk dalam satu set tu aku beli separate which is dalam RM15.90 kot.

Nano white fresh mempunyai formula vitamin C, sea algea dan tea oil.




Setakat ni baru dalam beberapa hari try so tak tahu lagi whether berkesan ke tak tapi bila first time guna cleanser and scrub tu muka memang rasa macam licin & segar habis. Moisturiser dia pun tak berapa berminyak so not bad. Haha


Kalau nak tahu lebih lanjut cari je kat fb page diorang sebab aku tak pakar sangat haha

https://www.facebook.com/nanowhite/


*Update 23/2/2016
Aku dah guna produk ni for more than 1 month already. So nak share gak kesan selepas gunakannya.

First,the dark spot corrector. Nak kata berkesan tak jugak. But it takes like few weeks barulah dark spot aku ni hilang. Sometimes tak ada kesan langsung.

Second,foam cleanser & anti dullness scrub. Best! Bau wangi and it feels fresh selepas diguna especially lepas guna anti dullness scrub,rasa macam muka licin selicinnya. The foam cleanser pun sama gak.

Mattifying Moisturiser. I think this is my favorite moisturiser so far. Bila guna je muka tak berminyak cause moisturiser ni cepat meresap dalam kulit(?). Tak macam krim safi yang aku guna sebelum ni. Berminyak sangat tapi bau memang wangi lah.

So far,aku tak nampak perubahan sangat guna produk nano white fresh ni. Yang aku perasan muka aku dah kurang berminyak lah. Bagi aku bolehlah kalau korang nak try produk ni. Tak ada masalah. Its just that perlu tengok kulit korang jugak,kalau kulit korang makin teruk guna ni aku suggest korang stop guna for a while,maybe tak sesuai dengan kulit korang. Lain orang,lain kulit kan? (macam pelik je ayat aku ni. heh)

Lepas ni nak try product oxy pulak :)


* update 21/8/2019

hi guys. post ni dipublish pada tahun 2015. aku tengok nano white fresh ni pun dah ada keluarkan produk baru tapi aku tak try lagi so ada beberapa soalan yang aku tak dapat nak jawab. kalau nak try tengok review skincares yang aku guna sekarang, boleh baca post aku kat bawah ni hehe


skincare routine

read more

Angry Mom | Korean Drama


Assalamualaikum

I'm back with korean drama! Drama ni dah lama ditayangkan dalam bulan 3 tahun ni.
Pelakon nya ialah  Kim Hee-sun, Kim Yoo-jung, and Ji Hyun-woo.

What i can say is drama ni berkaitan dengan alam persekolahan and a little bit about politik. Bagi aku lah kan kebanyakkan drama korea yang aku tengok almost semua ada kaitan dengan politik & kuasa so dah tak heran sangat lah, hahaha





The plot :

Jo Kang-ja was once legendary for being the toughest, most feared troublemaker at her Busan high school. When she gets pregnant in her late teens, she drops out of school and tries to become a responsible mother to her daughter, Oh Ah-ran. Fast-forward to the present, and Kang-ja is now in her thirties and Ah-ran is a teenager. The two have a contentious relationship, with Ah-ran ashamed of her quick-tempered, foul-mouthed, sashimi knife-wielding mother for the latter's unrefined ajumma manners.
When Ah-ran befriends the class outcast, it makes her the target of the school bullies who make her life hell; yet she's too proud to tell her mother what's happening. When Kang-ja finds out that her daughter is getting bullied, she decides to take matters into her own hands. Unbeknownst to Ah-ran, she enrolls in her daughter's high school as an undercover student with the false name "Jo Bang-wool" to teach those bullies a lesson. But, she learns that there are bigger, darker problems within the educational system, and Kang-ja makes it her mission to put a stop to the school violence, with the help of Ah-ran and naive, idealistic homeroom teacher Park No-ah.


Aku memang recommend lah untuk tengok drama ni. Drama ni more to sifat seorang ibu yang ingin protect anaknya daripada dibuli. Tapi banyak sangat halangan. Funny scenes pun banyak jugak escpecially part student laki tu jatuh cinta dengan Jo Kang Ja  (mak Oh Ah Ran) & akhirnya kecewa selepas tahu Jo Kang Ja tu ahjumaa hahahaha. Memang the best lah. 

this guy hahaha
Part pasal kuasa tu agak menyampah sikit sebab tahu aje lah kan kalau dah kaya & mempunyai kedudukan yang tinggi semua benda pun boleh buat termasuk nak bunuh orang.

Ending drama ni happy ending so jangan risau. Haha ada jugak part yang sedih tapi kejap aje.

Saya bagi 9/10 star untuk drama ni. Ntah lah bagi aku drama ni memang best tapi maybe ada jugak setengah org yang tak berminat sangat ikut citarasa masing masing lah kan.

Kalau nak tengok boleh je pergi ke Dramafire.

Enjoy!

Thursday, December 24, 2015

read more

Oh My Ghostess | Korean Drama


Oh My Ghostess promotional poster.jpg

Assalamualaikum

Cuti ni memang k drama je lah kerja aku. Sebelum ni rasa bersalah pulak nak tengok sebab exam week -.-


I really recommend drama ni. MUST WATCH! Serious best. Hampir sama macam drama The Master's Sun. Hampir je lah. 

Park Bo Young dalam drama ni memang cute! Chemistry diorang memang cun hahaha

 Na Bong-sun (Park Bo-young) has an extremely timid personality and low self-esteem, doesn't have any close friends, and is constantly getting reprimanded at her job as an assistant chef at Sun Restaurant. She also occasionally sees ghosts, thanks to ashaman grandmother (Lee Jung-eun). One day, Bong-sun gets possessed by a lustful virgin ghost named Shin Soon-ae (Kim Seul-gie). To make up for the lack of romance in her short life and believing that only by losing her virginity will she be able to "resolve her grudge" and move on to the afterlife, Soon-ae is determined to seduce as many men as she can by possessing various women, and she finds the perfect vessel in Bong-sun.
Bong-sun's boss is arrogant star chef Kang Sun-woo (Jo Jung-suk), whom she secretly has a crush on. Sun-woo hasn't dated anyone since getting his heart broken by his college friend Lee So-hyung (Park Jung-ah), who's a TV producer. But when Bong-sun seemingly gets rid of her shyness and suddenly changes into a confident, dynamic woman, she finally catches his eye. Meanwhile, the mystery surrounding Soon-ae's death involves Sun-woo's brother-in-law, a kind police officer, Choi Sung-jae (Lim Ju-hwan), who may not be what he seems.




Drama ni ada ciri romance + mystery . Tak rugi korang tengok. So far sekarang ni aku tengok sampai episode 10 je. Rileks dulu . Haha
Tak nak cakap banyak korang tengok je lah sendiri.

Kalau nak tengok boleh je ke website Dramacool or Dramafire.





Saturday, December 05, 2015

read more

Tutorial Cara Download Drama Korea

Tutorial ni direquest oleh Diana. So harap-haraplah tutorial ni dapat membantu awak download drama korea ye? hehe\


Anyway,nak download ni senang je caranya tapi line internet tu mesti kuat lah ye. Satu episode drama korea adalah dalam 200 MB+. Kadang kadang 180/190 MB. Kalau yang HD tu memang besar lah tapi aku tak nak yang HD sebab besar & lambat nak download.


Kalau drama aku download kat website https://www12.watchasian.co (website ni selalu tukar url so pandai2 korang lah nak cari ok) 
__________________________________________________________
*update 29/7/17*

kadang2 aku memang geram dengan website dramacool ni,sebab ade je masalah so aku memang dah tak guna dah. Korang pergi ke website http://myasiantv.se je download. Cara macam biasalah. Tapi website dramafire masih okay lagi cuma line internet kena laju lah kalau tak memang asyik fail je lah download tu,quality video diorang pun memang terbaik.
____________________________________________________________


If variety shows like runningman pulak aku selalu download kat http://kshowonline.com. Yang ni rasanya ramai yang dah tahu kan?


1. So first, korang pergi ke website https://www12.watchasian.co .  Then search drama/movie yang korang nak





2. Kalau dah dapat klik kan drama tu and scroll down until you see this. yang warna biru bertulis "sub" tu maksudnya dah ada subtitle. kalau nampak warna kuning "raw" pulak maksudnya belum ada subs lagi. kena tunggu lah dulu sebab selalunya diorang akan update kemudian.



3. then, tekan butang download kat bawah . like this



lepas tu akan keluarlah page yang macam ni




4. The next thing you should do is just download it.



Tekan right click,save link as,cari folder korang and klik save! Aku download yang 360p ya. Kalau korang nak tengok HD boleh je tekan right click download 720p tu.

sometimes website diorang ada sedikit masalah so korang kena tunggu lah sampai diorang fix the problem.


Cara yang kedua pulak kat http://dramafire.com. Cara dia sama je korang search drama yang korang nak then tekan ep 1 then korang cari server that look like this (gambar). Sebab dalam satu ep tu ada tiga/dua server yang berlainan kan?

LINK DRAMAFIRE DAH TAK WUJUD LAGI GUYS,SO BOLEH LAH GUNA CARA KAT ATAS TU JE EH 👆


Klik "start video" . tunggu ads then klik arrow download (gambar)




Then just tekan download file.



Done! Korang cuma perlu tunggu sampai dah habis download je.
You can also use the first server to download,button download ada kat atas sebelah kanan video.


Easy right? Selalu macam ni lah cara aku download. Lama memang lama tapi demi nak tengok drama tu sanggup je tunggu hahahaha



Kalau tak faham tanya je kat cbox or komen okay?


Wednesday, December 02, 2015

read more

Holiday List!


Assalamualaikum



Alhamdulilah exam dah habissssssssssss! hiphiphoorayyyyy
Aku dah awal awal simpan semua buku dalam kotak kahkah tak nak tengok lagi nanti stress fikir pasal result pulak.


Lepas ni cuti panjang LAGI. Apalah nak jadi dengan aku lepas ni. Adohaii lepak dalam rumah jelah jawabnya.

Rutin harian time cuti.

Bangun pukul 9 - mandi - makan - menghadap laptop sampai malam - mandi again - korean drama - tidur lewat pukul 1 pagi then ulang balik buat benda yg sama. hahaha see?


Ni sengaja je nak buat checklist. Untuk peringatan buat diri sendiri.


First,i want to find a part time job and earn a lot of money. Aku belum mintak izin dari parents lagi ni. Kerja pun belum cari. Semangat pun tak ada. hahaha apa nak jadi dgn engkau ni tashira



duit tu tak penting sangat bagi aku (bulak ada jak haha) pengalaman tu yang penting hah.
Setakat ni aku belum pernah lagi bekerja. Mampus lah kalau tiba2 ada interview then tanya pasal ni adohai apalah yang aku nak jawab. Nak rasa sebenarnya pengalaman bekerja ni. Untuk kebaikan diri sendiri jugak.


Second,korean dramaaaaaaaa! Hah,yang ni memang wajib lah oi. Haha siap dah download semua drama dah sebelum habis exam hari tu. Nampak tak semangat aku ni kalau masuk bab2 yang tidak berfaedah? hahaha


Antara drama yang on going nak tengok

She was pretty
Hyde,Jekyll & I
Who are you - School 2015
King of high school
Orange Marmalade
Producer
Yong Pal
Oh my ghost
Birth of beauty
Girl who can sees smell
Sassy, go go

bhahahaha see?


Third,baca novel yang dah bertimbun dalam rak. Part ni pun aku suka. Novel remaja k bukan novel sastera hahahaha thats why lol

At least,adalah manfaatnya. Untuk menambah ilmu pengetahuan ni hahaha


Lastly, yang ni




hahahaa no wayyy akan tercapai



Selamat bercuti for those yang dah habis SPM & STPM.

k bai

Monday, November 30, 2015

read more

Gaya Selendang Terkini!

Assalamualaikum


Selendang atau lebih dikenali sebagai shawl. Well of course semua orang tahu pasal ni sebab dah jadi trend hangat sekarang ni.

Setiap kali kalau pergi shopping mall or mana mana je comfirm aku terpukau tengok gaya fesyen diorang guna shawl. Yeah i'm a little bit jealous sebab aku tak reti nak lilit benda gini. Hancur
Tabik gila kot sebab korang ingat nak lilit tudung ni senang sangat ke? Ingat dalam masa 5 minit dah siap ke? Kalau yang lilit biasa tu maybe lah tapi kalau aku ni huh pasrah je lah. I can't


Shawl boleh diguna dalam pelbagai cara dan dapat dipadankan dengan semua jenis pakaian. Sekarang ni banyak shawl yang antaranya diperbuat daripada fabrik cotton,chiffon,satin & crepe. Tak nak cakap banyak tengok je kat koleksi selendang terkini!

Semua orang ada taste & style masing masing kan? Kalau aku pulak suka style shawl macam Hana Tajima! Tak mungkin korang tak kenal cause dari dulu lagi beliau famous gara gara gaya pemakaian hijab beliau yang sangat kreatif & unik! Tengok ni.





Yang ni pulak ialah rekaan instant shawl yang mula dipopularkan oleh Neelofa! Cantik kan? Style tak?




Well of course Yuna pun termasuk gak. Gaya pemakaian turban Yuna ni dulu dapat banyak kritikan daripada orang ramai  tapi tengok sekarang ni ramai pulak yang ikut gaya beliau.





Lastly ialah gaya fesyen selendang gaya arab. Gaya ni simple je tapi nampak high class jugak.




Anyway ada banyak cara sebenarnya nak guna shwal ni. Ikut kreativiti korang je. Tapi contoh yang kat atas tu merupakan gaya selendang yang dah diikuti orang ramai sehingga sekarang. Lepas ni mungkin banyak lagi style yang boleh diikuti.


Korang pulak suka gaya yang macam mana? Kalau aku lebih prefer gaya hijab Hana Tajima. But yeah aku tak reti nak buat gaya yang macam tu so tsk tsk








Monday, November 16, 2015

read more

Pengalaman Memandu Selepas Dapat Lesen



Assalamualaikum

Teringat dengan pengalaman memandu dulu selepas baca entry ni.
It was like 2 years ago in 2013 masa ambil result SPM. bhahaha malu sehhh nak cerita ni
Cisss 


So nak dijadikan cerita waktu tu bapa aku tak ada kat rumah,outstation. And cun pulak haritu result SPM keluar so wajib lah nak pergi kan cause nak jumpa kawan selepas berbulan cuti panjang.


So i call my friend to pick me up. Actually kalau tak silap aku boyfriend dia yg drive masa tu. At first aku tak tahu dia drive kereta kancil cause she didnt even tell me and masa tu my other friend pun nak ikut tumpang. Bila dia sampai je depan rumah,baru aku perasan tak cukup tempat duduk. Memang full sebab her mom ikut sekali.


Aku of course lah rasa bersalah kan,tak kan nak tumpang juga kot? And she was like "engkau bukan dah dpt lesen ke? Apesal tak drive je?" Amboi senang je cakap eh aku masih ada rasa takut lagi nak drive especially manual gila nervous


So aku suruh je lah dia jalan dulu. Dah terpaksa so aku decide nak drive je kereta manual bapa aku.
My other friend yang nak tumpang sekali tu dah ternganga kot tengok aku sebab tak percaya aku akan drive. She already know that im sucks at driving even though aku dapat full mark time JPJ test hahahaha


So aku start kan enjin dengan bismillah and go. Aku berhenti kat tepi jalan kampung kejap sebab nak berdoa semoga semuanya berjalan dgn lancar sebelum nak masuk ke jalan besar. If you know what i mean here.


Dah habis doa aku teruskan perjalanan and tekan gear 1. Then gear 2 pulak. Everything is going fine until aku nak tukar ke gear 3. I dont know why but im like stuck. Aku tak tahu macam mana nak tukar direction ke gear 3.  Maybe sebab nervous. So aku ambil keputusan untuk guna gear 2 je.


And guess what? Start dari aku mulakan perjalanan dari rumah sampai lah ke sekolah aku just guna GEAR 2 je. Caya tak? Hahahahaha yes aku terpaksa slow kan speed and just focus on the road.


Alhamdulilah tak ada perkara buruk yang berlaku. Aku terpaksa okay? Bukan sengaja tu.
Everything was fine at the beginning tapi bila dah balik tu ya allah i dont know what to say. Tak ada accident tapi 'perkara tu' macam dah jadi trauma kat aku . Thats why sampai sekarang aku dah tak drive lagi. Lesen simpan macam tu je tak diguna. Useless. I dont know. Aku dah tak berani bawa kereta ke jalan besar lagi. Kalau kat kampung tu masih okay lagi. Haha lol

Saturday, November 14, 2015

read more

Yummy Crispy Choco Jar!

Assalamualaikum

Right now aku tengah cuti for about 1 week before exam ulangan. Well tak lama lagi habis lah ujian engkau ni tashira. Saba je lah. berapa hari je lagi
Ni intro je hahaha


So aku order crispy choco jar ni hari rabu minggu lepas and bank in duit the next day after order and hari ni dah sampai dah. Alhamdulilah 


Well i know benda ni dah lama famous a longggggg time ago and aku baru je nak merasa. Dont judge me please. Sebelum ni aku buat tak tahu je pasal chocolate dalam jar ni sebab masa tu aku tengah diet and i was like "engkau nak kurus ke gemuk? nak kena sindir oleh kawan lagi???" so thats why aku tak merasa lagi benda ni until aku dah berputus asa nak diet sebab sampai sekarang tak nampak hasilnya so beli je lah. Next year kite diet lagi. Challenge accepted! hahaha



please puji gambar ni sebab aku dah snap banyak kali and lastly gambar ni jugak yg aku pilih kahkah


Alhamdulilah senang nak berurusan dgn adik yang jual choco ni. Peramah je.
Nasib baik peramah and baik hati sebab kadang kadang susah nak cari yang peramah macam ni.
aku paling pantang lah nak berurusan dengan orang yang nak tak nak je layan,baik takyah jual




I know this picture looks a little bit disgusting hahaha
 forgive me for that


Sedap tak? Of course sedap gilaaaaa. rangup plus manis! rasa nak order lagi je tapi relax lah dulu. duit tak masuk lagi ni hah hahaha


Kalau korang nak order boleh je whatsapp adik humaira (017-3819855)

Big Jar - RM8
Small Jar - RM6






Tuesday, November 10, 2015

read more

Adakah anda khusyuk dalam solat?


Assalamualaikum

Artikel ni diambil dari blog aku islam. Tak salah kan kongsi benda yang baik & bermanfaat?


Tanyakan pada diri kita, bagaimana fikiran, perasaan dan rasa hati semasa mengerjakan solat? Adakah fokus kita tertumpu sepenuhnya kepada Allah? Atau hati masih liar, fikiran masih merawang dan perasaan masih kacau semasa mendirikan solat? 
Bagaimana pula soal penghayatannya? Adakah kita dapat merasai apa yang telah kita fahami itu? Semasa mengucapkan bacaan-bacaan dalam solat itu adakah kita lakukan dengan sedar? Atau hanya sekadar ucapan biasa yang tidak membawa apa-apa makna dan rasa?
“Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah al-Mu’minun 23: 1-2]

Apakah maksud khusyuk?


Solat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat. 
Semasa solat, seseorang itu berhubung secara langsung dengan Allah. Sepanjang mendirikan solat, seseorang hamba berdoa terus dihadapan-Nya. 
Hubungan dengan Allah ini akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di dalam hati yang kemudian membentuk hati itu akur, taat dan patuh kepada Allah. 
Langkah untuk khusyuk dalam solat (inshaallah dapat membantu)
1. MENCARI PENGERTIAN (faham)
Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan dalam solat.
Apabila mengucapkan takbiratulihram dan membaca surah al-Fatihah misalnya, makna setiap kalimahnya perlu diketahui satu per satu.
Jadi, belajarlah bahasa Arab sekurang-kurangnya untuk mengetahui makna bacaan-bacaan yang wajib dan sunat dalam solat.
2. FOKUSKAN FIKIRAN
Menghindarkan gangguan hal-hal lain, sehingga fikiran, perbuatan dan ucapannya seiring – yakni terfokus sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat.
Sekiranya seketika kita terfikir juga hal-hal lain, tapi ingatan dan fikiran tetap terikat pada tujuan solat (mengingati Allah), keadaan ini samalah seperti orang yang sedang memandu kereta.
Fikirannya tetap fokus kepada destinasi yang hendak dituju walaupun sekali – sekala ternampak juga objek-objek dan pemandangan di tepi-tepi jalan.
Semua itu tidak menggangu fokusnya.
Lain pula halnya jika dia “terlalai” dengan pemandangan-pemandangan di tepi jalan sehingga dia tidak sedar bahawa sudah terlajak jauh daripada destinasinya.
3. MEMBESARKAN ALLAH
Apabila orang yang kenal Allah mengucapkan kalimah “Allahuakbar” misalnya, dia bukan sahaja tahu maknanya (Allah Maha Besar) malah hatinya turut merasai betapa hebatnya kuasa Allah yang telah mencipta dirinya, alam semesta, akhirat dan segala makhluk.
Pada ketika itulah terpancarnya rasa-rasa yang seni dan indah dalam fikiran dan jiwa yang tidak mungkin terjadi diluar solat.
4. KAGUM DAN TAKUT AKAN KEAGUNGAN ALLAH 
Hasil daripada merasai kebesaran Allah, maka timbul pula rasa takut dan kagum kepada-Nya. Rasa takut dan kagum kepada Allah ini tidak sama dengan rasa takut dan kagum kepada perkara-perkara lain.
Kita takut kepada harimau kerana keganasannya, tetapi kita takut kepada Allah kerana kehebatan-Nya. Takut akan harimau, kita lari menjauhinya, tetapi takut akan Allah kita datang menghampirinya.
Rasa takut akan timbul apabila seseorang gerun akan kemurkaan Allah dan Neraka-Nya.
Rasa takut ini diterjemahkan dalam solat dengan perbuatan berdiri betul, menundukkan kepala, mata melihat ke tempat sujud (tidak berani mendongak), rukuk serta sujud.
5. RASA MENGHARAP KEPADA ALLAH
Rasa mengharap ialah pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah.
Jika rasa takut sahaja dibiarkan mendominasi jiwa, dikhuatiri akan timbul sangka buruk dan jahat sangka terhadap Allah.
Padahal dalam reality, Allah lebih suka mengampunkan dosa berbanding menyeksa hamba-Nya yang berdosa.
Oleh sebab itu, ulama berpesan dalam keadaan biasa seseorang hendaklah menyeimbangkan rasa  takut dan harapnya umpama dua sayap pada burung yang membolehkannya terbang dengan stabil dan selamat.
Jangan terlalu takut, nanti timbul sangka buruk kepada Allah. Jangan terlalu harap, nanti terjadi sikap sambil lewa serta “berangan-angan” akan keampunan Allah.
Rasa harap dalam solat ini adalah menerusi penghayatan ketika bacaan al-Fatihah (mengharapkan jalan yang lurus), bacaan qunut (mengharapkan hidayah, kesihatan dan lain-lain) dan bacaan ketika duduk diantara dua sujud (mengharap keampunan, belas kasihan, ditinggikan darjat, dan lain-lain)
Manakala melalui perbuatan duduk dalam tahiyat awal dan akhir, sujud serta rukuk – semuanya melambangkan rasa pengharapan seorang hamba yang sedang meminta-minta dan merayu-rayu.
6. RASA MALU DAN HINA DIRI DALAM SOLAT
Rasa malu dan hina diri ialah kemuncak segala rasa yang timbul sebelumnya. Oleh itu PERLU ditimbulkan rasa berdosa kepada Allah.
Apabila ada rasa berdosa maka barulah timbul rasa malu.
Cara untuk menimbulkan rasa berdosa ialah dengan menimbulkan kesedaran (insaf) akan kelalaian diri, lemah melaksanakan tanggungjawab, kurang ikhlas, banyak prasangka buruk, tidak sabar dan reda dengan takdir dan banyak “berhutang” kepada Allah.
Sewaktu sujud, kita meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa berada “di atas” (sentiasa dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat sujud).
7. MEMAKAI PAKAIAN YANG PALING SELESA DAN CANTIK KETIKA SOLAT
Nampak seperti remeh, namun ia juga adalah salah satu langkah yang boleh dipraktikkan untuk mencapai khusyuk di dalam solat.
Sebolehnya pilihlah pakaian yang paling selesa, suci dan khas untuk solat.
Pilih pakaian  yang diperbuat daripada material yang paling baik, yang tidak membuatkan kita berpeluh apabila panas, tidak longgar atau ketat sehingga mengganggu pergerakan solat.
Dan juga pilihlah yang paling cantik, sempurna dan dikhaskan untuk solat. Kerana solat kita adalah untuk menghadap Allah, Raja yang paling Agung dan Allah sangat sukakan kecantikkan.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
.
.

read more

Random Post #9 - Picture


Assalamualaikum

Lama dah tak buat random post. Tadi bukak gallery then terjumpa gambar-gambar yg pernah diambil sebelum ni. So daripada simpan dalam hp baik aku jadikan sebagai entry je kahkah



gambar ni aku baru ambil semalam sebab baru sampai lepas order about a week ago.  Button badge yang diorder kat prettylittleartsndesign. Its totally worth it! Aku bagi dekat kawan satu kelas plus cikgu sekali. Well last year kan haha



Yang ni dah lama. bulan 5 hahaha. Nothing special. Tapi happy sebab dah beli :)



Proses untuk mencantikkan notebook lepas sem 2 habis .
Lukisan tu dilukis hasil daripada godek pinterest.



postcard exo. finally dapat  jugak postcard ni lepas bertungkus-lumus cari kat shopping mall. haha sanggup gila.



terlebih rajin punya pasal :P



Lastly,hadiah birthday 3 hari lepas. Happy birthday to me.











Friday, October 23, 2015

read more
new posts old posts
Subscribe to: Posts (Atom)

OH, HI THERE ♡

Sunsets are proof that endings can be beautiful too ♡

tashira amran,

(bachelor's degree in psychology)

contact me at tashira445@gmail.com

Followers

Search

Labels

  • Korean Drama
  • Online Shop Review
  • Skincare
  • baking
  • beauty
  • book review
  • cafe hunting
  • craving
  • do it yourself
  • foods

Inspiration

  • Mazni Munawar
    Spring Raya : Niujie Street, syurga makanan halal di Beijing
    4 days ago
  • Her Little Guilty Pleasures
    When a Book Is About to Hit a Little Close to Home
    4 months ago
  • BudakVanilla's
    life update | second half of the year 2024
    5 months ago
  • PROUDDUCK
    untied shoelaces
    3 years ago
  • Aisyasakura
    The BTS Meal honest review | McDonald's X BTS
    4 years ago
  • Nadratul Syazwana
    Perkenalkan Anak Kucing Baru, si Koko
    5 years ago
  • Tqa London
    Cafe | Kula Cakes by Lila Wadi
    5 years ago

Featured Post

Musketeers by Nadia Khan | Review Fixi

History

  • ►  2021 (8)
    • ►  April (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2020 (16)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (24)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (7)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (10)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (43)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (6)
    • ►  January (6)
  • ▼  2015 (18)
    • ▼  December (7)
      • Tag Answers | Part 3
      • Tag Answers | Part 2
      • Tag Answers | Part 1
      • NANO WHITE FRESH | Review
      • Angry Mom | Korean Drama
      • Oh My Ghostess | Korean Drama
      • Tutorial Cara Download Drama Korea
    • ►  November (5)
      • Holiday List!
      • Gaya Selendang Terkini!
      • Pengalaman Memandu Selepas Dapat Lesen
      • Yummy Crispy Choco Jar!
      • Adakah anda khusyuk dalam solat?
    • ►  October (3)
      • Random Post #9 - Picture
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  March (3)

Get in touch!

© // тняιℓℓɛяƨ..
Theme by Eve.