Assalamualaikum
Baru pergi renew license tadi. Erhh yang buat aku tak puas hati ni diorang guna gambar IC aku pulak. Dengg it. Sampai sekarang aku belum tukar ic tau tak? Terpaksa lah guna gambar ic aku masa darjah 6. T_T gila muka aku nampak hitam pulak tu
Tapi alhamdulilah nasib baik aku perasan lesen aku nak tamat tempoh. Yelah walaupun aku dah tak berani nak drive lagi kan T_T
Assalamualaikum
So here we goooo
De rules
1. Create a new post + insert the theme picture above.2. List 25 things that make you happy most of the time (it can be any language that you want)3. Mention the blog that have tagged you (of course it can be more than a blog)4. Tag at least other 5 bloggers & make sure they know they've been tagged!5. You might also share your favorite quote of the week! (if none,then it's okay)
______________________________________________________
- of course have a lot of money $$$$$ kaching kaching haha
- working at a bookstore (just imagine betapa bestnya dikelilingi dgn buku) gila haha
- pergi concert my favorite idols
- dikelilingi dengan chocolateeeeee (it feels so good haha)
- rainy days
- creative ideas yang muncul secara tiba2
- new experiences
- baking (although i haven't bake in my entirely life)
- good friends,not the fake ones
- new post from my favorite bloggers
- 9 hours of sleeping
- delicious foods
- korean dramas of course
- staring at G-dragon cute face
- online shopping
- bila poslaju datang rumah, "barang aku dah sampai!" kihkih
- a family vacation
- cute babies (i love to make them cry T_T)
- followers blog cecah 6k
- day dreaming
- slim body (please lah lemak)
- ariana grande's songs
- driving (although aku masih trauma,i just can't >.<)
- result gempak
- sambung belajar (amin)
As for favorite quotes,buat masa sekarang tak ada lah.
Assalamualaikum
I think aku pernah buat post pasal diary ni. Ahh lantaklah.
Masih ada ke yang tulis diari zaman sekarang ni? ramai jugaklah kan yang jadikan blog sebagai diari harian.
Aku ni jenis yang tak suka sangat ceritakan benda personal kat public. Even nak letak gambar sendiri dalam blog pun rasa macam taknak je. Malu kot hahahaha. Sekarang ni aku nak elakkan create terlampau banyak account sosial media like twitter,facebook,instgram etc. Facebook aku dah 3 tahun kot deactive. Tak pernah dah bukak. Even gambar,status semua aku dah kosongkan. Banyak sebab sebenarnya aku tutup akaun facebook aku ni hahaha
Okay back to the topic. Aku start tulis diari ni pada hujung tahun 2014. Tapi,almost semua benda yang aku tulis tahun 2014 tu aku dah koyakkan. hahaha childish sangat kot. Merepek je banyak.
So aku start balik dengan wishlist for 2015. Nak kata aku tulis banyak tu tak ah. Sebab hidup aku ni boring sikit so tak banyak cerita sangat lol
I try to find buku yang blank tapi susah gilaaaaaaaaa . Kalau ada pun yang blank semuanya tak berapa nak tebal plus tak menarik. Aku tak berapa suka dengan buku nota yang bergaris. Macam nak tulis karangan je. At least kalau blank dapat jugak aku nak lukis2.
At the back page buku ni aku catatkan wishlist (2016),my weight (setiap bulan haha lol),my social media account and etc. Sorry tak nak ambil gambar sebab personal haha
Buku ni masih tebal lagi. I have write about 43 pages aje kot. hahaha kau bayangkan dari tahun 2015 sampai sekarang baru 43 muka surat je? Oh my life T_T
Tempat paling safe aku nak letak diari ni ialah dalam almari yang berkunci. I try to find a book with a padlock too but satu pun tak cantik. Aku tak tahulah family aku ada ke tak try baca diari aku ni. Aku tulis dalam bahasa english tau tak bhahahahahahahaha ayat pun macam sampah je hahahahahaaaaaaaaa
Aku harap sangatlah dapat guna diari ni sampai tahun 2018 maybe. Tak nak guna banyak sangat buku. Leceh
Dulu2 aku ada gak try nak buat journal. Jealous tengok journal orang lain yang dah tebal plus cantik lagi tu. Creative betul eh diorang ni. Nak pinjam otak tu kejap boleh? aku baru buat satu page dah putus asa dah hahahaha
Ada sesiapa yang buat journal tak? Bagi link kalau ada buat post pasal journal tu. hahaha nak baca gak xD
Assalamualaikum
Few days ago my mom bought this tea untuk aku kuruskan badan. Kahkah
Actually sebelum ni aku pernah bagitau dia nak beli Dr Burn sebab tengok banyak sangat testimonial kata berkesan. So nak jugak ah try. Tapi harga pun boleh tahan RM80+,belum termasuk postage lagi tu . Thats why i ask my mom to buy it for me cause yeah aku penggangur sekarang ni.
Tapi haritu tiba-tiba dia dah terbeli D'lite Tea ni pulak. So try jelah daripada tak ada kan. Harga RM70+. Beli kat Cosway kalau tak silap aku.
The taste not bad lah. Tak pahit. Tapi bau herba kuat gila. Terpaksa tutup hidung sambil minum. Erh nak kuruskan? So sacrifice sikit.
1 uncang tu boleh ulang guna sebanyak 3 kali. Takyah membazir.
First day minum tu belum ada apa2 lagi sebab aku minum pada waktu malam. So the next day barulah sakit dia datang. Pagilah. Kau bayangkan aku dok ulang-alik masuk tandas 5 kali dalam sehari. Serious. Perut rasa tak selesa sangat so berlari lah masuk dalam tandas.
But trust me,once kau keluar dari tandas tu memang lega gila rasanya. hahahaha yelah perut rasa ringan sikit selepas membuang kan? Tapi aku suggestlah kalau korang dah plan nak keluar the next day tu baik jangan minum. Kang ulang-alik masuk tandas dalam shopping mall. hahaha
Hari khamis lepas aku plan nak pergi bank sebab nak beli pin upu & pin ulangan so aku tak minum benda ni. Nasib baiklah perut tak buat hal. Dahlah duduk kat bank bukan main lama lagi -.-
Tapi kena ingat,jangan lupa nak bersenam & jaga pemakanan lah. Tak ada hasilnya kalau korang dok minum air ni tapi masih lagi melantak semua makanan. hahaha
Overall,best kot minum ni. At least aku tiap2 hari "membuang" kan daripada sebelum ni memang jarang aku nak membuang. Boleh dikatakan 2 kali je dalam seminggu.
anyway,wish me luck untuk turunkan berat badan k! That is one of my wishlist for this year T_T
Assalamualaikum
Okay ni sambung ke part 2 pulak .
Part 1
Kalau tak silap aku result sem 1 keluar bulan march 2015 kot. Okay wait baru ingat aku ada buat post pasal result sem 1 T_T hahaha | result penggal 1
Alhamdulilah result okay except sejarah. macam biasalah aku ni memang bod*h sikit kalau masuk bab sejarah2 ni. Maaf. Masuk tahun 2015,semester 2 bermula. Kitorang dah ada bangunan baru khas untuk budak form 6 dalam sekolah tu. Asssaaaaaa!
First day sekolah tu awkward sikit,yelah bangunan baru kan. And seperti biasa guru kelas kitorang tanya siapa yang nak volunteer jadi ketua & penolong kelas. Aku diam je masa tu sebab terpukau sikit tengok guru kelas kitorang. Chinese tapi masuk islam,macam model tau tak? Gila tak terpukau
Anyway,kawan aku kata dia teringin sangat nak jadi ketua kelas (actually saja je sebab nak sijil -.-) so aku pun bagitau lah cikgu tapi malangnya aku pun terkena sekali so terpaksa lah setuju jadi penolong ketua kelas. Sah banyak sangat kerja nak kena buat T_T
Sekarang dah ada kelas sendiri so apa lagi,memang aku dah plan awal nak balut & hias meja aku bhahahaha benda macam ni aku memang excited
Nak tau aku duduk kat mana? Tuuu kat belakang sekaliiiiii hahahaha dari awal lagi aku memang target nak duduk belakang. Tapi kan sejauh mana pun aku duduk,aku tetap jadi mangsa cikgu -.- kuat sangat berangan dalam kelas. "Tashira,dah sampai ke mana sekarang? korea?" hahahaha i wish i can lol
Start masuk sem 2 ni aku terpaksa biasakan diri bangun pukul 3 pagi. Allah,stress gila tau tak buat kerja kursus,especially sejarah & PA. Selalu sangat tak cukup tidur so ambil lah kesempatan tidur dalam kelas.
Aku start rasa malas nak belajar bila masuk sem 2 ni. I don't know why. Sem 1 dulu malas jugak tapi setiap kali kalau exam aku akan prepare 1 minggu lebih awal dari tarikh exam. But sem 2 ni aku banyak main je rasanya. Asal balik dari sekolah je rasa macam tak ada satu ilmu pun yang masuk dalam otak. Thats why result sem 2 aku menurun dengan teruk sekali.
Teringat dengan kata2 cikgu pp , "tashira,perangai tu kena ubah. Ingat tu." Although kata2 cikgu tu taklah sepower mana tapi cara cikgu tu tengok aku lain macam sikit. Like kecewa & dah putus asa nak ubahkan aku. Hmmm
Now that kitorang dah ada kelas,aku selalu beli & bawa makanan banyak2 pastu simpan bawah meja untuk dijadikan sebagai stok bila lapar. Kau bayangkan aku makan nasi lemak 3 kali dalam satu hari! Gila,memang gila, Stok keropok tu takyah cakaplah,memang banyak. Tak terkira. Dulu form 5 dalam 57kg,now dah naik 68kg. Speechless T_T
Muet test aku dapat band 3 je. 6 markah lagi nak dapat band 4. Dengg it. Aku paling tak suka ah dengan listening test. Kalau speaker kuat & clear takpe lah,ni tak. Dahlah aku ni memang sah pekak lagilah tak dapat dengar sebab buat ujian dalam dewan sekolah. Arghhhhh
K sambung part 3 nanti hahaha bai
Assalamualaikum
Mesti yang peminat tegar drama korea dah tahu pasal drama ni kan? Drama ni sekarang boleh tahan popular tau tak. Aku baru sekarang nak tengok. Biasanya kalau aku dah habis khatam mana2 drama korea,aku akan rehat selama 3/4 hari untuk menerima kenyataan yang drama kesukaan aku dah habis T_T you guys know how its feel right?
Sinopsis drama .
In 1988, Duk-Sun (Hyeri), Jung-Hwan (Ryoo Joon-Yeol), Sun-Woo (Ko Gyung-Pyo) and Dong-Ryong (Lee Dong-Hwi) are high school students and Taek (Park Bo-Gum) is a go player. These five people have been friends since they were little kids. They all grew up together and are neighbors to this day. Their families are also very close to each other. They always hang around Taek's room and spend time together.Duk-Sun’s family is poor and they live in a semi-basement house. Duk-Sun's father Dong-Il (Sung Dong-Il) lost money due to guaranteeing someone else's debt. Nevertheless, Duk-Sun has a bright personality and enjoys singing and dancing. She always gets into fights with her older sister Bo-Ra (Ryoo Hye-Young).Jung-Hwan’s family became rich overnight. Jung-Hwan is crazy about soccer.Sun-Woo is a model student at school, good son and good brother at home. Sun-Woo’s mother has raised Sun-Woo and his younger sister alone after Sun-Woo’s father passed away.Dong-Ryong likes dancing and hanging out with his 4 friends. He gives up going to a university due to his poor academic score.Taek is a famous go player known as God. Since he dropped out of school, Duk-Sun, Jung-Hwan, Sun-Woo and Dong-Ryong are his only friends.
credit to asianwiki.
First episode je dah best. Hahaha drama ni boleh tahan lawak. Tak rugi korang tengok. Aku memang peminat Girls Day,so bila tahu Hyeri berlakon dalam drama ni lagilah excited nak tengok.
Dalam drama ni bagi aku Choi Taek (Park Bo Gum) je yang handsome. Ah no,i mean cute. kahkah
Yang lain tu boleh lah. Tidak menepati citarasa aku hahahaha kidding. Sekarang ni baru je sampai episode 6 okay? Rasa lama pulak aku tengok drama ni. Selalunya dalam satu hari aku boleh habiskan dalam 5 episode tapi drama ni susah sikit. Tak boleh skip-skip sebab nanti terlepas nak tengok scene yang lawak.
Aku tak dapat nak review banyak sebab baru je start tengok tapi overall memang recommed lah drama ni. Although segala benda dalam drama ni dalam tahun 1988,tapi tidak membosankan. Drama ni lebih ke arah relationship dengan family & kawan. You will learn a lot from this drama.
oh ya,setiap kali kalau ada scene yang lawak,setiap kali tu jugaklah ada suara kambing "mengembek" kat background sound drama ni hahahaha i cant stop laughing if suara tu muncul hahaha lol
Download & watch
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons