Last Throwback #Tingkatan 6 (Part 3)

Saturday, April 02, 2016

Assalamualaikum


Akhirnya dapat jugak ambil masa nak update post ni. Okay ini last throwback although masih banyak lagi benda yang aku nak ceritakan sebenarnya.




Last aku cerita pasal result muet kan? Apa lagi eh? Hmmmm

Kalau tak silap aku result muet masa tu keluar bulan 3 kot,ke bulan 4? haha tak sure. Aktiviti-aktiviti berjalan macam biasalah. Belajar itu ini sampai lah masuk ke sem 3. Seingat aku,sepanjang aku masuk form 6 ni dua kali je kot aku dapat baucher buku ni. Eh yeke? Hmmm semua dah tak ingat ni hah.


Pertengahan tahun tu kitorang ada hari sukan sekolah. Macam biasa aku memang anti sangat dengan sukan ni. Especially kalau ramai sangat bebudak tengok kita bertanding. Hahaha not cool okay

Tapi alhamdulilah cikgu kitorang kata form 6 tak perlu join just tolong je apa yang patut. Kalau boleh aku memang tak nak datang selama 2 hari sukan tu tapi sekolah kitorang ni banyak sangat peraturan nya so terpaksa lah datang even tak buat apa-apa. Cehh


Lepas tu tiba pulak hari malaysia. Setiap tahun sekolah kitorang akan membenarkan pelajar guna pakaian tradisional time hari malaysia. Aku of course lah guna baju kurung je kan? Tak kanlah aku ni sewel sangat pergi guna cheongsam pulak hahahahaha 

masa tu lah banyak students yang guna baju warna warni like cheongsam,baju kurung,baju kebaya,baju bidayuh etc. Selalunya aku suka tengok budak chinese lelaki guna baju melayu hahahahahaha macam laki korea pulak aku tengok sebab putih sangat hahahaha aku tak tipu k.


Masa hari malaysia tu kelas kitorang ada buat steamboat partyy tapi sorry eh gambar dah hilang gara2 pendrive aku tu buat hal erhhh nak kena dera pendrive aku ni dahlah semua gambar aku save dalam tu


Then hari kemerdekaan pulak. Kelas kitorang decide nak kalahkan kelas sebelah which is kelas eko sebab kitorang nak rebut nombor 1 dalam pertandingan menghias kelas sempena hari merdeka lah kan. Budak chinese dalam kelas memang semangat kuat ah nak menang sampai tutup pintu sebab tak nak kelas sebelah tiru cara kitorang. Aku tengok je hahahaha tolong apa yang patut. Kadang2 stress jugak aku dengan diorang ni. Azam tinggi sangat hah. Tapi last2 dapat jugak kitorang grab nombor 1. hahaha tahu sebab apa? Diorang hias hallway menuju ke kelas kitorang tu dengan pokok christmas & lampu kelip2. Memang cantik,bukan nak puji okay. Korang bayangkan jelah macam mana rupa dia sebab gambar dah tak ada T_T deng it


Hadiah dapat ferrero rocher sekotak & keropok2. Cehhh mana cukup. susah payah kitorang hias -.-


Lepas habis je semua event2 ni kitorang teruskan 'hidup' dengan assignment & homework. Setiap hari melalui perkara yang sama. Stress tu tak payah cakap. Tak sah kalau tak stress masuk form 6 ni. Dengan terkejar2 masa sebab nak siapkan assigment & ujian lagi. Tak cukup masa lah.


Hujung tahun kitorang dah nak masuk final exam,sem 3 and paper repeat. Ya allah,rasa nak nangis sebab exam ni. Kitorang tak buat farewell party sebab dah macam alang-alang sangat. So say goodbye gitu2 jelah. Inshaallah tahun ni nak buat reunion party kot. Ntah lah. Masing2 dah sibuk bekerja part time sekarang.


Itu jelah pengalaman aku masuk form 6. Sebelum exam sem 3 dulu,bukan main bersemangat tau tak aku taip message panjang2 dalam english then send kat semua rakan sekelas. Yelah nak minta maaf sebelum exam kan. Hahaha emo sangat aku masa tu cehhh hahaha


Tapi semua ni akan tetap aku ingat sampai bila-bila. Inilah pengalaman yang paling berharga bagi aku. Alhamdulilah. Dulu kata tak suka form 6 kan? Now aku bangga kot jadi budak tingkatan 6. Jangan nak pandang rendah dengan kitorang aku tumbuk kang hahaha lol


Budak lepasan form 5 yang ragu-ragu nak masuk form 6 lepas ni harap korang fikir masak-masak lah eh. Tak rugi tau masuk form 6,tanya kat cikgu korang tu hah mesti diorang pun setuju jugak. Tapi kalau dah dapat tawaran upu tu,lebih baik terima je lah ye :) unless korang rasa korang memang rajin & dapat catch up dengan form 6 ni hah bolehlah masuk. Takpe,1 tahun setengah je lepas tu dah boleh sambung degree terus. Goodluck guys!

3 comments

  1. hahaha macam best baca story ni XD aik ada crush dekat classmate chinese ke? takdelah nak cakap saya pon sama teehee :D

    ReplyDelete
  2. hidup form six!

    hahahha. wish me. saya budak form six ;)

    ReplyDelete