Assalamualaikum
Fuhh makin terabai blog kesayangan aku ni heh
anyways ni hah aku sediakan resepi oreo cookies yang simple as abc. Semalam dah try buat,kalau fail memang tak ah aku nak share kat blog hahaha
Resepi credit to sedapnya resepi ini. Do check their page sebab banyak resepi yang diorang sharekan.
Kalau nak tunggu aku buat resepi sendiri memang sampai 10 tahun akan datang pun tak akan jadi hahaha
Oleh kerana my mom tak ada kat rumah so haruslah paksa adik2 tolong kakak dia ni menjalankan misi nak buat cookies. Sebab tulah aku sediakan kertas a4 kat atas meja so that senang nak kemas nanti. Nak letak newspaper tapi buruk sangat nak ambil gambar T_T
1. Oreo - 1 pack besar (dipatah-patahkan)
2. Oreo - 1 pack kecik (actually tak guna semua,sikit je lepas tu buangkan cream putih & kisarkan dalam blender)
3. 2 cawan besar tepung gandum
4. Susu tepung setengah cawan (aku guna oat yang dah dikisar sebab lupa beli susu tepung -.- )
5. Gula castor setengah cawan
6. Esen vanila
7. 1 buku buttercup
Okay now,next step.
Kacaukan 1 buku buttercup tu tadi .
Masukkan gula castor setengah cawan then kacau. Kalau boleh rasa dulu mana tau terlebih manis ke.
Then masukkan esen vanilla setengah sudu teh yang kecik & gaulkan.
Pastu masukkan tepung gandum 2 cawan tadi & gaul sekali lagi.
Masukkan secara berperingkat lah ye.
Masukkan susu tepung (aku guna oat) & gaul.
Lastly,masukkan oreo yang dah dipatah-patahkan tu tadi & gaul sampai jadi macam gambar kat bawah ni
Alright dah siap! Sekarang korang hanya perlu bulat-bulatkan adunan macam gambar kat atas ni hah. Then susunkan dalam loyang macam gambar bawah ni
Jangan lupa sapukan margerin kat loyang tu dulu. Tak kisah lah korang nak buat bulat tu size kecik or besar ikut citarasa korang nak macam mana. Lepas tu korang tekankan sikit adunan tu guna sudu so that nampak macam cookies sikit.
Ingat lagi tak oreo yang dah dikisar tu tadi? Hah taburkan sikit2 kat atas adunan tu. Sorry tak ada gambar.
Lepas tu bakar pada suhu 150c (20-25 minit).
Okay nak buat pengakuan sikit hahaha actually cookies aku ni memang dah berjaya dah cuma rupa dia buruk sikit je. Dah try dah pelbagai cara nak cantikkan gambar cookies ni tapi tak menjadi. So conclusion nya aku tak nak ah letak gambar cookies aku tu hahahaha
Credit kepada owner
Rupa cookies memang macam yang kat atas ni tapi buruk sikit je lah haha takpe first try kan.
Don't worry memang sedap okay. Aku suka sebab ada campur oreo kan haha
Assalamualaikum
Nampaknya aku hanya boleh bukak blog setiap hujung minggu jelah ni. Tapi bila bukak blog rasa macam malas pulak nak taip & blogwalking hehh parah dah ni.
Lagipun nak siap kan beberapa list sebelum hari raya nanti hehe eleh puasa baru 13 hari dah fikir raya T_T
Rasa macam nak update juadah buka puasa tapi heh malas lah. Tak sempat nak snap gambar makanan tengok dah licin so takyah lah. Tunggu aku update biskut & kek raya je nanti. hihi
Okay stop. Aku postpone entry ni dah lama dah sebab aku taksuka nak buat post ni banyak kali so lepas dapat semua hadiah giveaway haritu aku terus decide nak buat post ni. Although tak semua hadiah giveaway aku sampai tapi malas dah nak pedulik ah biarkan je tak ada rezeki kan.
First,hadiah dari Kak Sally. Jap tak ingat pulak contest yang mana satu. Tapi yang aku ingat antara hadiah dia haritu ialah nature republic & simplysiti. Sebenarnya aku menang product nature republic tapi ada sedikit kesilapan so dapatlah barang simplysiti. hehe
Thank you kak sally :)
Lepastu dapat cash RM20 from giveaway yang dianjurkan oleh Kak Nad. Alhamdulilah thanks kak.
Lastly ialah dari giveaway Kak Dylla. Dapat tafsir Al-Quran. Alhamdulilah thanks kak.
Alhamdulilah rezeki :) Thank youuuu so much.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons