A Little Update

Thursday, May 25, 2017

Assalamualaikum


nak dekat 30 minit jugak aku fikir tajuk post ni haha,nampak sangat dah lama tak update blog. Post sebelum ni asyik pasal giveaway je.


So hello semua. Dah nak puasa dah,baju raya takyah fikir dulu sebab aku plan nak beli yang dah siap je terus,tahun lepas dah beli yang jahit punya so tahun ni lain lah. Lagipun malas doh nak pergi cari kain,erhhh. Rasa macam nak beli baju color peach je,tahun lepas color hitam okay hahahaha 


haritu lepas ambil bapak dari airport,malam plan nak keluar makan,actually aku malas nak keluar,adik2 aku semua dah besar (yang bongsu tahun enam) so semua malas nak ikut jugak.

 Kenapa eh semakin besar rasa macam malas je nak ikut parents keluar,dulu masa kecik2 rajin pulak siap merengek lagi sebab nak ikut hahaha . my mom memang marah kalau kitorang tak ikut,ya allah boleh tahan sakit jugak telinga dengar dia marah tau tak. 


masa makan aku dok fikir2 nak beli novel ke tak eh,sebab nampak banner kat depan shopping mall tu kata semua barang 50% discount. Tapi rasa macam buang duit je,sebab guna duit sendiri of course lah kena fikir banyak kali hahaha ye tak? Lagipun G-Dragon nak comeback weiii,melayang lah duit aku nak beli album dia nanti T.T



Fikir punya fikir ah beli je lah. Tapi malangnya promosi 50% discount tu start hari jumaat ni T.T damn it.


adalah dalam 3 buah novel jugak aku beli. Pompuan tu kata kalau beli 3 buah ada 30% discount so why not?




aku dah siap listkan buku2 yang aku nak dalam memo tapi kebanyakannya tak ada dalam bookstore ni. 

Ostrolia Aku Datang | aku beli sebab haritu kak bv ada post dalam blog dia hahaha plus suka tengok cover buku ni.


Lari & Gelap | Aku selalu tengok website fixi and baca sinopsis buku2 yang ada,kalau best memang aku letak dalam wishlist. Harap2 best lah. Ada siapa2 yang dah pernah baca tak? Jangan kata tak best pulak adoi nanti menyesal pulak aku beli ni hah macam buku fixi Pentas aku beli dulu tu,boring sangat -_-


kalau aku dah habis baca nanti baru review,itupun kalau tak malas lah.


then,ternampak sticker-sticker comel kat situ so ambil lah.






 

satu ni je RM5.20



tapi aku lebih suka yang ni,cute sikit lah kan haha (RM4.50)


Beli pun sebab nak guna untuk diary. Tak lah nampak boring sangat diary aku tu nanti.





k bai

4 comments

  1. Comelnya stickers tu semua Tashira! Comel comel soft je.

    ReplyDelete
  2. haha kalau saya nampak benda discount 50% pun mmng saya beli punya XD
    comelnya sticker tu semuaaa

    ReplyDelete
  3. Wah.. Rajin ya baca novel.. Kalau saya sekarang ni dah malas dah nak membaca novel. Dulu memang hantu novel, sekarang malas sokmo! Haha.. Apa2pon stickers tu semua memang comel! Kalau saya dulu2 suka lekat sticker2 tu merata tempat. Hihi..XD

    ReplyDelete