Assalamualaikum
Yey i'm back lol
Memandangkan sekarang ni tengah cuti sem (obviously nak raya kot lol), so aku pun nak luangkan masa aku dengan baca buku fixi hoho. Sebelum cuti tu lagi aku dah plan nak beli 6 pack fixi macam dulu tu but then hmm TER-nampak baju raya yang lawa gilos kat ig so i changed my mind HAHAHA
pastu boleh pulak eh aku pergi baca preview untuk novel ni. AND I DON'T EVEN KNOW YANG NADIA KHAN ADA KELUARKAN BUKU BARU. Damn it, nampak sangat assignment yang berlambak tu buat aku hilang arah jap. Ni Nadia Khan kot, come on lah memang taklah aku nak sabar ni.
Kalau nak beli buku fixi tu dalam minggu ni obviously buku tu akan sampai selepas raya, so aku buat keputusan untuk beli e-book je (setelah difikir masak2 ok). Sebab aku tak berapa suka baca dari hp or laptop. Tak ada feel gitu. Lagi best baca dari buku tu sendiri plus nanti dapatlah jugak susun buku tu atas rak. BUT, aku sejenis yang tak sabar so whatever beli je lah e-book. Lagipun kalau beli e-book lebih murah sikit gais. Jimat RM10 HAHAHA lol
oh btw, aku beli e-book tu dari https://www.kakibuku.my. Korang download je apps KakiBuku ni dari google apps.
Harga : RM8.71 murah kan?
Sinopsis
“Apa main gabung-gabung nama macam ni? Kamu tahu tak, ini dikira zina nama! Haram buat macam ni!” Ustazah Suhaila menempik di dalam kelas ketika ternampak Kina sedang khayal menulis namanya dan nama Nik berulang-ulang dalam pelbagai corak di atas kertas contengan – NIKINA, NIKINA, NIKINA... Kata orang cinta monyet takkan berkekalan. Tapi bagaimana kalau cinta monyet kita berjaya berevolusi menjadi cinta manusia?
ok i know sinopsis buku ni nampak cliche sikit. Macam sinopsis novel cinta2 alaf 21 tu pun ada gak hahaha.
Watak utama dalam novel ni ialah Kina & Nik. Diorang ni bercinta sejak sekolah menengah lagi. Dah habis SPM tu diorang decide nak kahwin. Kahwin lari. Kina ni anak orang kaya, Nik pula anak orang sederhana. Dua2 ada masalah dengan family, i mean, dua2 tak rapat sangat dengan parents diorang so diorang nak kahwin lari je.
Kina ni jenis yang bersikap jujur & lantang sikit, whereas Nik pulak jenis yang calm. Ngam lah tu kan hahaha. Diorang mendirikan rumah tangga dari bawah, maksudnya diorang cari duit sendiri, tak bergantung dengan parents, hmm obviously lah kan dah namanya kahwin lari lol
diorang ni boleh tahan romantik gak, buat aku jeles je HAHAHA biasalah orang yang forever single memang gini hahaha
ada dua watak sampingan dalam novel ni, Din (partner kerja Kina) & Huda (adik perempuan Nik). Watak diorang ni korang baca sendiri lah nanti hahaha
rumahtangga Kina & Nik bahagia je sampai lah munculnya orang yang ketiga. Ok part ni buat aku saspen sikit sebab dalam permulaan jalan cerita tu tak diterangkan sangat siapa & kenapa orang ketiga ni tiba2 muncul.
Sampai lah munculnya watak Kak Normah hah masa ni aku try teka jalan cerita tu sendiri. Sebab dari segi gosip yang diceritakan oleh Kak Normah ni buat aku saspek yang kemungkinan besar Kina ni lesbian. Gosip pasal apa tu? Hah yang ni korang baca sendiri gak >.<
Banyak lagi yang aku try teka sebab well novel Nadia Khan semua plot twist dia boleh tahan buat aku terkejut gak hahaha
but you know what?
For the first time, semua tekaan aku tu salah HAHAHAH (cehh macam hebat je tekaan kau selama ni :P)
Rupa-rupanya Kina & Nik ni ............
k fine aku taknak bagi spoiler.
Banyak jugak benda yang aku belajar dalam novel ni. Nama-nama penyakit dalam ni pun aku tak pernah dengar lagi but now dah tahu dah hehe
aku baca reviews dekat goodreads ramai yang kecewa dengan novel Nadia Khan ni. I don't know why tho. Yes, memang lah novel ni tak sehebat novel Gantung but you know what? I like this novel! Bagi aku jalan cerita novel ni santai je plus romantic (let's not skip that haha sebab memang romantik pun). Sekali-sekala nak tulis novel yang santai macam ni tak salah kan? Sebab ada gak plot twist dalam novel ni, just plot twist tu tak 'besar' sangat lah.
But well done Kak Nadia Khan! You never disappoint me! 😻😻
alright, tu je yang aku nak review kan hahaha sebab tak banyak yang perlu diceritakan takut nanti terbagi spoiler pulak.
If korang nak lebih banyak plot twist then korang boleh try baca novel Pakar by Nadia Khan jugak.
aku bagi 4/5 bintang untuk novel ni 💋
Assalamualaikum
Tak lama lagi musim cuti sekolah ni. Aku pun akan cuti 3 bulan selepas habis exam minggu depan. Jyeahhh. Time cuti ni lah korang akan terbayang nak pergi melancong overseas kan? hahaha
Well, tak salah pun ada imaginasi yang tinggi. Asalkan you continue to work hard untuk merealisasikan impian korang tu. Okay now, obviously semua orang mesti ada satu destinasi yang korang nakkkkk sangat pergi kan?
For me, kalau boleh aku nak pergi London guys 💪💪
London adalah destinasi sepanjang tahun kita boleh pergi. Based on my research (macam nak buat research proposal je haha), cuaca di bandar ni tak melampau sangat & jarang sangat nak tengok cuaca kat sini terlampau panas or sejuk. Masa terbaik untuk melawat London bergantung kepada apa yang korang nak tengok dan buat ketika berada kat sana.
Selalunya time musim bunga pada bulan Mac sampai Mei suhu purata kat sana dalam 11-15 darjah Celcius. Daylight akan lebih lama untuk beberapa bulan ni, so korang akan ada banyak masa untuk jalan-jalan & tengok view kat London ni. Kalau boleh bawak payung sekali, mana tahu kot2 hujan ke masa tu. & Easter selalunya jatuh pada musim bunga so obviously ramai yang akan bercuti masa tu.
Kalau kat Traveloka korang boleh dapat book cheap flights to London online and of course siapa2 yang pernah beli tiket kat Traveloka tu tahu procedur diorang senang sangat-sangat. Kalau nak cari tiket murah, rajin-rajinkan lah diri untuk bukak website Traveloka so that korang tak TER-miss tiket murah nanti
Bulan Jun hingga Ogos adalah musim panas di London. Masa nilah paling sesuai untuk datang, tetapi cuaca boleh mencapai suhu purata 18-30 darjah Celsius. Bagaimanapun, ini adalah musim yang sempurna untuk buat aktiviti luar macam berjalan-jalan di taman awam dan menghadiri pameran outdoor dan festival muzik. Musim panas juga merupakan musim peak orang bercuti so pastikan korang menempah penerbangan dan penginapan terlebih dahulu. Bulan September hingga November pulak adalah tempoh yang indah untuk melawat bandar dengan warna musim gugur yang menghiasi bandar raya dan cuaca sederhana dalam 11-15 darjah Celsius. Time ni lah ada banyak acara yang korang boleh experience macam perayaan Halloween dan Festival Totally Thames.
Musim sejuk pulak jatuh pada bulan Disember hingga Februari & mencapai suhu dalam 2-6 darjah Celsius. Tapi sejuk macam mana pun korang tetap perlu keluar gak hahaha time ni paling meriah sebab mesti banyak aktiviti & hiasan untuk korang tengok sebab time ni musim Krismas! Masa ni lah pokok2 Krismas yang besar tu dihias kat shopping mall. Kalau keluar time malam ni confirm ada banyak hiasan lampu kat mana-mana.
Istana Buckingham adalah Ibu pejabat pentadbiran dan tempat kediaman Her Majesty di London, Ratu Elizabeth II. Masa lawatan korang boleh tengok penjaga istana bertukar di Istana Buckingham dan jugak korang boleh tengok traditional carpet. Menara London tu secara rasmi dikenali sebagai Istana Diraja dan Kubu Menara London, kompleks ini adalah istana bersejarah yang terletak betul-betul di sebelah Jambatan Menara yang ikonik. London Eye jugak dikenali sebagai Roda Millennium, ia terletak di South Bank of River Thames. Ia adalah roda Ferris giant, 443 kaki tinggi dan diameter 394 kaki, mempamerkan view indah bandar ketika korang mencapai puncak. Ia juga merupakan roda Ferris tertinggi di dunia dari tahun 1999 hingga 2006.
London ni ada beberapa pusat lapangan terbang. Lapangan Terbang London Heathrow merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di London dan lapangan terbang tersibuk di dunia oleh trafik penumpang antarabangsa. Lapangan terbang ni terletak 23 kilometer dari Central London.
Kalau naik teksi dari lapangan terbang tu memang mahal gak harga dalam lingkungan RM603++ & ambil masa yang lama sangat kira-kira dalam 55 minit perjalanan. Kalau boleh try guna London Underground (RM33++) or Heathrow Express (RM121++). Kereta api atau tiub akan memakan waktu lebih lama dengan waktu perjalanan hampir 2 jam tapi kalau guna Heathrow Express ke Stesen Paddington hanya akan ambil masa dalam 15 minit je. Ada beberapa syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Heathrow macam Malaysia Airlines, British Airways, Singapore Airlines, Korea Air dan ANA (All Nippon Airways).
Range harga kalau nak naik teksi dari pusat lapangan terbang ni ke pusat bandar adalah dalam RM192++ & akan ambil masa kira-kira dalam 22 minit. Syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang ini termasuk KLM, Lufthansa, SWISS, British Airways dan Alitalia. Kalau korang nak beli tiket flight boleh buat kat Emirates Airlines booking di Traveloka jugak.
Fuhhh ni kalau betul2 dapat jejak ke London memang best gila ni! Lagi2 kalau pergi time musim Krismas. Mesti meriah sangat 😍😍
Korang pulak macam mana? Ada yang jadikan London sebagai destinasi utama untuk melancong nanti ke?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons