Assalamualaikum
Don't worry,no spoiler i promise hahaha lol
Haritu aku beli 6 buah buku fixi yang baru kan [6 pack fixi],sekarang tinggal 3 buku je lagi belum dibaca. Actually boleh je habis baca semua buku tu tapi ilek-ilek ah slow slow dulu,nanti kalau dah habis baca bosan pulak aku. macam tak ada life je engkau ni hahahah well
Banyak jugak buku fixi yang aku dah baca tapi malas nak review . Seingat aku sekali je aku pernah review fixi. Trilogi Ngeri je hahahaha ingatkan pernah review gantung rupanya tak
Peminat buku fixi mesti kenal dengan Nadia Khan. Semua buku dia memang ohsem! Pernah jugak berangan-angan nak buat buku macam ni tapi otak aku tak sehebat Nadia Khan lah hahahaha
Antara koleksi buku Nadia Khan kat fixi ialah Gantung,Cerpen,Kelabu & Pakar. Aku jatuh cinta dengan fixi pun sebab aku baca Gantung. Tu novel fixi first yang aku baca okay . Cayalah memang terbaik!
Gantung,Cerpen,Pakar aku dah baca. Kelabu je belum. Tunggu lah dulu
Buku ni tak terlalu tebal,209 muka surat je.
Harga : RM15.20 (http://fixi.com.my/produk/pakar)
Ada dua jenis cerita dalam buku ni.
Cerita pertama - pakar pencuri jodoh
Cerita kedua - Pakar Sakit Hati
Cerita pertama ialah pasal sebuah agensi yang dibuka untuk tolong cari jodoh buat klien dia lah. Kira macam kau suka kat mamat sorang ni tapi masalahnya dia dah ada girlfriend so pergilah cari agensi ni,diorang akan tolong korang dapatkan mamat tu hahahaha dah nama dia pakar pencuri jodoh .
Dalam agensi ni ada pekerja-pekerja yang akan tolong. Kira macam diorang yang akan aturkan plan macam mana nak buat mamat tu jatuh cinta dengan klien diorang. Nama bos agensi ni Rouk. Ada dua orang pekerja terbaik dalam agensi iaitu Ben & Erin. Erin sebenarnya suka dengan Ben tapi dia pendam perasaan je selama ni. Lepas tu,hah korang bacalah sendiri. Tak nak jadi spoiler hahaha
Cerita yang kedua pula pasal Sandra & Max yang buka klinik like bagi kaunseling lah kat pasangan yang ada masalah rumahtangga. Diorang ni pakar psikologi. Serious akhir-akhir ni kan aku macam terpikat pulak nak tahu pasal dunia psikologi. hahaha macam best je xD
Anyway,cerita yang kedua ni susah sikit nak explain tapi aku lebih suka dengan cerita yang kedua ni sebab kita perlu fokus & lebih mencabar sikit untuk difahamkan. Get it? Psikologi kan .
Ada satu kisah pasal klien diorang ni,Nina. Ryan,suami dia dah meninggal tapi yang peliknya Nina rasa macam Ryan masih wujud dalam rumah tu like Nina selalu nampak stoking Ryan merata-rata sebab tu salah satu sikap Ryan yang tak dapat diubahkan & macam-macam lagi perkara yang membuatkan Nina rasa macam suami dia masih wujud dalam rumah tu. Suami dia ke? or hantu yang ganggu dia? Sorry, kena baca sendiri xD
aku bagi 4.5/5 untuk pakar. but still Gantung tetap nombor satu. xD
opi baru baca novel ni semalam. hehehe. gantung kelabu semua opi dah baca. best gileee T___T
ReplyDeletetapi opi baca kat play book je, yg sample. hahaha, tak habis .. sedihhh, opi suka baca cerita seram, like kacau :)
nice one!
kelabu sy belum baca lagi :') pakar tu pun first2 baca kat playbook tapi last2 beli je lah haha. seram sgt ke kacau? tak berani nak beli T_T tgk cover pun dah tak berani haha lol
Deleteboleh la tahan seram dia :D malam tidur mimpi macam macam :P
DeleteBest novel ni, macam banyak kena fikir untuk fahamkan plot dia sebenar.
ReplyDeletekan? especially cerita yang kedua tu :)
Deletebestnyaaa, dah lama xbeli buku fixi T__T
ReplyDeletesy pun suka nedo khan jgakk,semua dah baca except gantung ,,;D
ReplyDeleteGeram je baca kisah yang kedua tu.. Memang psiko betul.. kikiki
ReplyDeletememang best novel fixi Pakar ni. saya suka tapi mak saya tak berapa nak suka. mungkin taste berbeza kan haha. anyway, baca lah Kelabu. Serius best. lagi best dari Pakar ni in my opinion hehe.
ReplyDelete