Guardian Pore Strips | Review

Tuesday, May 10, 2016

Assalamualaikum


Haritu pergi giant teman my mom beli barang dapur then nampak guardian so masuk je lah. Actually tak ada benda nak beli sebab lotion,shampoo etc semua masih ada tapi yelah aku kalau masuk watson ke guardian ke mesti nak tengok face mask je. Kalau terjumpa face mask yang cute comfirm beli lepastu tak pernah pakai. haha


Pusing punya pusing ternampak pore strips. Dulu aku pernah beli pore strips jenama apa ntah tak ada kesan langsung. Banyak pulak tu aku beli huh buang duit je. Ntah kenapa tak ada kesan. Expired kot? Tapi tak mungkin.


Was-was jugak nak beli takut tak ada kesan nanti kan. Orang kata kalau was-was takyah beli tapi aku ambik jugak hahahaha 



Harga kalau tak silap aku RM9.90 each



Yang ni perisa(?) tea tree oil. Kaler putih.


sorry gambar tak berapa memuaskan sebab diambil pada waktu malam hehe
aku lebih suka yang ni daripada yang satu lagi.



Kaler hitam ni pulak perisa(?) charcoal . Ada bau herba sikit-sikit.
Ada sebanyak 10 strips dalam satu package.



Sebelum nak guna,basahkan & cucikan muka dahulu. Tapi jangan lap pulak. Lap tangan je. Lepas tu tempekkan pore strip ni kat bahagian hidung. Tekankan. Kalau hidung korang tu tak basah benda ni takkan berkesan. Nak tempek bahagian pipi or dahi pun tak ada masalah. Potong kan aje lepas tu basahkan muka & tempek. Biarkan selama 15 minit then baru cabutkan secara perlahan-lahan.


Lepas tu tengok banyak tak bulu-bulu or (apa nama benda putih tu) melekat? hahaha lupa pulak


Aku tak nak share sebab geli pulak tengok T_T Tapi tak banyak lah haha



3 comments

  1. wahh anis nak try jugak la lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah try lagi nose strips. mana better? tea tree ke charcoal?

    ReplyDelete
  3. nama tu whitehead ke? sy pernah guna mende ni, sy suka yang tea tree tu sebab nampak jelas berbanding ngan hitam tu. hehee. tapi, tak banyak yang keluar. hmm.. agaknya kene beli vietnam mask ni. habis tercabut bulu kening TT--TT sebab nak bagi whitehead kat dahi keluar. huhukk

    ReplyDelete