Assalamualaikum
1 minggu yang lepas aku ada order photobook malaysia ni kat lazada. Ada promotion so beli je lah.
RM10 je ,original price is RM89. Softcover :)
Lepas dah settle payment,the next day diorang akan bagi voucher code kat email. So dah boleh start mula design your own photobook dah kat http://www.photobook.com.my/.
Serious lah aku cakap,kalau korang jenis yang otak tak kreatif macam aku ni memang perlukan masa sampai 3 hari nak fikir layout nak macam mana. 40 pages okay? Memang ada je yang dah tersedia layout,korang just tinggal nak letak gambar tapi bosan lah jugak tengok layout yang sama so kena lah perah otak fikir lagi. Last minute baru teringat nak search layout kat google. Jeezzzz
Aku stress oi buat benda ni,siap sakit tulang belakang lagi nak duduk hadap laptop. Nasib baik internet laju je kalau tak lagi terseksa aku.
Lepas settle je semua terus click order! Ingatkan tak ada benda lagi yang kena bayar tapi terlupa pulak dengan shipping price dia T_T rm12 kalau tak silap. So bayar lagi.
Dah selesai order tunggulah dalam 3/4 hari macam tu.
Finally :)
Yang ni aku guna layout depan yang dah tersedia ada .
Kalau kawan aku nampak ni habis aku -.-
Okay lah tu je gambar yang aku dapat sharekan. hahaha sorry.
Overall,memang cantik. Softcover kan . Oh ya yang aku beli ni size dia 8" x 6" small landscape.
Akhirnya,dapat jugak setelah aku berperang selama 3 jam edit semua ni. Fuhhhh
Hujung tahun ni nak buat photobook 2016 pulak. Takpe,kumpul je gambar banyak-banyak. Untuk kenangan kan .
p/s : cantik tak watermark? hahahaha thanks again Kak Bv.
Cute kan?
Siap bagi bookmark lagi,hehe thank you again Sofie :)
Semalam keluar dengan family so aku pun pergilah terjah bookstore nak beli novel. Lama dah tak beli buku fixi. Adalah jugak manfaatnya aku duduk rumah ni. haha daripada aku layan korean drama lebih baik aku tambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca kan? sangat.
Seingat aku lah,selama 4 tahun setengah aku blogging ni rasanya aku tak pernah lagi post pasal makanan dalam blog ni. Ke ada? Tapi aku belek post yang dulu2 tak ada pulak. Selama ni kalau aku keluar pergi makan,selalu je ingatkan diri ambik gambar makanan tu dulu sebelum melantak. Tapi apakan daya hahaha nafsu mengawal diri so sebab tu lah aku tak pernah lagi post pasal makanan ni. hahaha
Novel the fault in our stars tu sengaja nak beli versi malay. almaklumlah english aku ni so so je hehe
31 january ni kawan sekolah menengah aku tu dulu nak nikah. Wah cepatnya haha sorang dah bertunang,sorang ni lagi nak nikah. Aku bila lagi? Ilek ah baru 20 tahun kot. Belum cukup umur lagi aku ni. Nanti parents mengamuk pulak hahaha calon pun tak ada ye
Oleh kerana itulah,aku gelisah dok fikir nak guna pakaian apa nanti. adohai bab2 macam nilah aku tak berapa nak suka. Yelah tak kan lah aku nak guna tshirt dgn jeans je kot? hahaha memang gila lah
Conclusion nya beli online aje lah ni. Aku dah order jubah dari zalora. Kaler hitam. Kenapa hitam? So that aku tak nampak gemuk sangat.
simple je tapi harga pun boleh tahan gak.
k bai
and thank you to blogger "the sound music" sebab dah jadi follower yang ke-1600 blog ni!
click the header below untuk singgah.
pergh tak menyesal beli :D
Novel ni pulak dari Mommy Irra. Alhamdulilah. Thank you mommy :) hehe
Sampai sekarang belum baca,balutan pun belum buka lagi :P
Itu je lah hadiah yang aku dapat. Tak ada rezeki sangat nak menang giveaway sekarang ni. Dulu selalu jugak menang tapi sekarang dah tak ada peluang dah. hihi
Oh ya,after aku dah dapat barang dari zalora haritu,aku terus order lagi sekali. Kali ni guna cash on delivery je. Lebih senang dan cepat. Aku ingatkan barang tu sampai dalam 4/5 hari tapi tiba2 haritu gdex call aku tanya rumah kat mana. Aku apalagi memang panik gila sebab aku tengah outing dengan kawan so cepat cepat gi call adik balik. Aku beli beg untuk hadiah birthday my mom and satu lagi beg untuk diri sendiri lah ofcourse :)
Aku decide nak beli beg ni for my mom memandangkan aku selalu tengok dia guna beg yang macam ni pergi kerja. Boleh tahan besar jugak. Tapi bila bagi je, dia kata lepas ni nak beg yang kecik,taknak beg yang besar. Ughhhh whyyyyy?
And this is for me lah kan. For all this year aku memang tak suka bawak beg pegi mana2 even keluar dengan kawan. Bawak phone dgn dompet je senang. Tapi kalau dengan family aku bawak phone je haha sebab tak perlu keluarkan duit :P
Anyway,beg ni murah je k. RM29 kalau tak silap aku .
You know what? Aku menyesal gila beli awal buku ngeri tu sebab sekarang cover depan buku ni dah ditukar pffff
yang ni cover baru.
Tapi takpelah janji kandungan sama kan? Hahaha
Novel ngeri ni best sebab tak ada part yang "pelik-pelik" just pasal cara pembunuhan tu je yang seram sikit. Tragis sangat cara diorang bunuh tu sampai aku pun dok terbayang-bayang. Ending novel ngeri ni je yang buat aku tak tersangka yang Rehan pun bersubahat dalam semua pembunuhan tu. At first,Rehan rakam aje tapi lama lama dia pun macam ketagih nak rakam aksi pembunuhan tu,puas katanya. Erhhhh seram kot orang yang macam ni.
Sambungan yang kedua pulak. Baru je beli minggu lepas . Sambungan yang kedua ni adalah part yang tidak sepatutnya dibaca oleh budak umur bawah 18 tahun. Aku buat tak tahu je
At first aku fikir watak utama dalam novel ngeri yang first iaitu Samuel & Joanne ada dalam sambungan ni tapi rupanya sambungan yang ketiga (Obsesi) baru lah diorang muncul.
Sambungan yang kedua ni mengisahkan orang baru pulak iaitu Nazwan dan Natalia yang merupakan BFF & FWB. Tahu apa FWB? Friends With Benefit. Fahamkan je lah ye haha
Serious sambungan yang kedua ni lagiiiiiiiiiiiiiii lah seram,i mean pembunuhan dia. Dan korang tak akan percaya siapa watak Jo dalam novel ni ahahahaha kalau nak tahu baca lah ye?
Rehan tu semakin menjadi pulak obses dia nak rakam aksi pembunuhan. Aku tak dapat nak bayangkan kalau wujud orang yang macam ni.
Aku tak nak review dengan lebih detail sebab tak nak jadi spoiler hahaha
Sambungan yang ketiga ni aku belum beli so ......... to be continue dulu
See the difference between buku lama & baru? Huwaaaaaaaaaaaaaaaa you feel me?? Sakit hati aku
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons