Cerita Hari Ini

Friday, January 22, 2016


Assalamualaikum


Kenapa eh kebelakangan ni aku rajin sangat nak update blog? Dulu tak pernah pun macam ni.
Huh,hari ni macam biasalah tak ada apa yang 'special' berlaku haha. Nak cari kerja part time pun susah. Sampai bila lah aku nak dapat pengalaman bekerja ni hah.


Yesterday,alhamdulilah hadiah notebook dari Sofie dah sampai. Thank you for the gift!



Cute kan? 
Siap bagi bookmark lagi,hehe thank you again Sofie :)


Semalam keluar dengan family so aku pun pergilah terjah bookstore nak beli novel. Lama dah tak beli buku fixi. Adalah jugak manfaatnya aku duduk rumah ni. haha daripada aku layan korean drama lebih baik aku tambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca kan? sangat.


Seingat aku lah,selama 4 tahun setengah aku blogging ni rasanya aku tak pernah lagi post pasal makanan dalam blog ni. Ke ada? Tapi aku belek post yang dulu2 tak ada pulak. Selama ni kalau aku keluar pergi makan,selalu je ingatkan diri ambik gambar makanan tu dulu sebelum melantak. Tapi apakan daya hahaha nafsu mengawal diri so sebab tu lah aku tak pernah lagi post pasal makanan ni. hahaha





Novel the fault in our stars tu sengaja nak beli versi malay. almaklumlah english aku ni so so je hehe


31 january ni kawan sekolah menengah aku tu dulu nak nikah. Wah cepatnya haha sorang dah bertunang,sorang ni lagi nak nikah. Aku bila lagi? Ilek ah baru 20 tahun kot. Belum cukup umur lagi aku ni. Nanti parents mengamuk pulak hahaha calon pun tak ada ye


Oleh kerana itulah,aku gelisah dok fikir nak guna pakaian apa nanti. adohai bab2 macam nilah aku tak berapa nak suka. Yelah tak kan lah aku nak guna tshirt dgn jeans je kot? hahaha memang gila lah


Conclusion nya beli online aje lah ni. Aku dah order jubah dari zalora. Kaler hitam. Kenapa hitam? So that aku tak nampak gemuk sangat. 



simple je tapi harga pun boleh tahan gak. 







k bai





7 comments

  1. wah layan fixi juga ke? hehehe lama da tak baca novel2..

    ReplyDelete
  2. akak lagi lah banyak layan Kdrama, waktu petang lepas Asar baru start bukak buku hehe

    ReplyDelete
  3. tertulis di bintang-bintang? comelnya tajuk tu in malay kihkih. em, lama tak baca buku fixi T_T

    ReplyDelete
  4. thanks sebab review and welcome sebab sudi terima hadiah kecil tu...
    ^_^

    ReplyDelete
  5. haha saya pun selalu mindset nak post gambar makanan tup tup makanan tu dah selamat lenyap dulu ke dalam perut hehehe

    ReplyDelete
  6. Terlayan juga buku2 fixi ni.. tp banyak yang blue sikit. mungkin yang saya baca sebab main ambik je buku apa2 ni..

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni nak cari kerja memang susahhh sangat sangat. Kena usaha lebih lagi tu Tashira huhuhu.

    ReplyDelete