Cerita Hari Ini

| on
11:35

Assalamualaikum


Kenapa eh kebelakangan ni aku rajin sangat nak update blog? Dulu tak pernah pun macam ni.
Huh,hari ni macam biasalah tak ada apa yang 'special' berlaku haha. Nak cari kerja part time pun susah. Sampai bila lah aku nak dapat pengalaman bekerja ni hah.


Yesterday,alhamdulilah hadiah notebook dari Sofie dah sampai. Thank you for the gift!



Cute kan? 
Siap bagi bookmark lagi,hehe thank you again Sofie :)


Semalam keluar dengan family so aku pun pergilah terjah bookstore nak beli novel. Lama dah tak beli buku fixi. Adalah jugak manfaatnya aku duduk rumah ni. haha daripada aku layan korean drama lebih baik aku tambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca kan? sangat.


Seingat aku lah,selama 4 tahun setengah aku blogging ni rasanya aku tak pernah lagi post pasal makanan dalam blog ni. Ke ada? Tapi aku belek post yang dulu2 tak ada pulak. Selama ni kalau aku keluar pergi makan,selalu je ingatkan diri ambik gambar makanan tu dulu sebelum melantak. Tapi apakan daya hahaha nafsu mengawal diri so sebab tu lah aku tak pernah lagi post pasal makanan ni. hahaha





Novel the fault in our stars tu sengaja nak beli versi malay. almaklumlah english aku ni so so je hehe


31 january ni kawan sekolah menengah aku tu dulu nak nikah. Wah cepatnya haha sorang dah bertunang,sorang ni lagi nak nikah. Aku bila lagi? Ilek ah baru 20 tahun kot. Belum cukup umur lagi aku ni. Nanti parents mengamuk pulak hahaha calon pun tak ada ye


Oleh kerana itulah,aku gelisah dok fikir nak guna pakaian apa nanti. adohai bab2 macam nilah aku tak berapa nak suka. Yelah tak kan lah aku nak guna tshirt dgn jeans je kot? hahaha memang gila lah


Conclusion nya beli online aje lah ni. Aku dah order jubah dari zalora. Kaler hitam. Kenapa hitam? So that aku tak nampak gemuk sangat. 



simple je tapi harga pun boleh tahan gak. 







k bai





Before & After

| on
16:26

Assalamualaikum


Ye aku tahu blog aku ni dah lama bertukar wajah tapi baru sekarang nak officially bagitau
 hahahaha

Tak cantik mana pun blog sekarang tapi still berpuas hati sebab at last aku reti jugak nak edit blog sendiri. Dari dulu aku memang selalu tempah dari blogger untuk edit blog aku ni. Ingat senang ke nak main dengan coding?


Aku dah lama simpan niat nak tukar wajah blog sebab dulu aku guna blogskin. Blogskin ni cantik tapi yelah banyak jugak yang tak bestnya. Ingat nak mintak tempahan je kat blogger yang handal tapi no money no talk. hahaha 


So one day tu aku try gak edit kat second blog aku and hasilnya boleh lah. Second blog aku tu khas untuk giveaway je so aku malas nak hias cantik cantik kahkah

Thank to mr google & tutorial dari bloggers sekalian,akhirnya dapatlah jugak blog aku ni merasa guna baju baru pada tahun baru ni. 

Before.




After.



As you can see,aku masih kekalkan tema burung hantu kat header blog. hehe 
Kali ni aku nak kekalkan warna putih kat background blog. Biarlah,malas nak matching kan lagi


Oh ya,header tu bukan hasil tangan aku eh. Bab buat header ni aku tak reti lagi,otak tak kreatif so conclusion nya tempah dengan akak BV. Senang sikit. lagipun kak bv ni tangan berseni so tak ragu2 nak tempah dari dia. Hee thanks kakkkk!



Anyway,alhamdulilah followers blog dah cecah 1600. Thank you for those yang sudi follow blog aku ni. 





and thank you to blogger "the sound music" sebab dah jadi follower yang ke-1600 blog ni!
click the header below untuk singgah.



again,thank you :)

Rezeki Blog #6

| on
10:30

Assalamualaikum


Alhamdulilah masih ada rezeki nak menang giveaway. Tak banyak yang aku menang although dah join giveaway banyak mana pun kalau tak ada rezeki memang tak dapatlah jawabnya



Adalah dalam 3/4 hadiah lagi belum dapat. Actually dah lama aku draft kan entry ni sebab aku tak suka nak buat satu satu,nak gabung terus je senang lagi. Tapi takpelah publish kan je


Few months ago aku dapat email dari pihak zalora. Invitation utk collaborate dengan diorang. Bloggers semua tahu pasal ni kan? Ramai je yang dah dapat. At first aku teragak2 nak reply sebab tak sure nak ke tak tapi last2 reply je lah rezeki kan :)


Gaya Selendang Terkini


Dah dapat voucher RM100 tu aku terus grab dua benda. Tshirt dengan sandal. Aku dah tak tahu nak beli apa so hentam je lah hahaha






pergh tak menyesal beli :D



Novel ni pulak dari Mommy Irra. Alhamdulilah. Thank you mommy :) hehe
Sampai sekarang belum baca,balutan pun belum buka lagi :P


Itu je lah hadiah yang aku dapat. Tak ada rezeki sangat nak menang giveaway sekarang ni. Dulu selalu jugak menang tapi sekarang dah tak ada peluang dah. hihi


Oh ya,after aku dah dapat barang dari zalora haritu,aku terus order lagi sekali. Kali ni guna cash on delivery je. Lebih senang dan cepat. Aku ingatkan barang tu sampai dalam 4/5 hari tapi tiba2 haritu gdex call aku tanya rumah kat mana. Aku apalagi memang panik gila sebab aku tengah outing dengan kawan so cepat cepat gi call adik balik. Aku beli beg untuk hadiah birthday my mom and satu lagi beg untuk diri sendiri lah ofcourse :)



Aku decide nak beli beg ni for my mom memandangkan aku selalu tengok dia guna beg yang macam ni pergi kerja. Boleh tahan besar jugak. Tapi bila bagi je, dia kata lepas ni nak beg yang kecik,taknak beg yang besar. Ughhhh whyyyyy?



And this is for me lah kan. For all this year aku memang tak suka bawak beg pegi mana2 even keluar dengan kawan. Bawak phone dgn dompet je senang. Tapi kalau dengan family aku bawak phone je haha sebab tak perlu keluarkan duit :P 

Anyway,beg ni murah je k. RM29 kalau tak silap aku .