Age Of Youth 2 | Korean Drama

Friday, October 06, 2017

Assalamualaikum


fuhh fuhh fuhh blog ni dah berdebu dah haha


aku pernah review age of youth season 1 so boleh lah klik kalau nak baca hokay.
kalau korang belum tengok yang season 1 please lah tengok sekarang sebab tak rugi korang tengok.


ni nak review yang season 2 pulak. Aku memang tak sabar-sabar tunggu drama ni tau tak,sekarang baru keluar episode 12,padahal yang episode 13 dah keluar pun cuma subs tu aje yang lambat aihhh nak buat macam mana kan bersyukur je lah ada orang tolong subs kan hahaha


Age of Youth Season 2-P1.jpg

3 orang yang sebelah kanan tu cast lama,yang dua orang sebelah kiri tu pulak cast baru. Yang guna gaun hijau tu ganti watak Eun Jae. Yang tinggi tu pulak housemate baru diorang. Kang Yi Na dah tak termasuk dalam cast ni,mungkin sebab kontroversi pasal T-ara tu kot. Tapi episode 1 dia ada muncul lah.


First episode perghhhh memang best gua cakap 👍👍👍 part yang Kang Yi Na bawak kereta tu memang aku faham sangat hahaha sampai tergelak-gelak aku tengok part tu. And yang tak boleh blah boleh pulak diorang escape dari perompak tu hahaha tak masuk akal sungguh haha


setiap episode tu aku memang perhati watak pompuan yang ganti Eun Jae tu,and unfortunately aku lebih suka pompuan yang sebelum ni. Ntah lah aku tak berapa suka dengan expression muka dia 😂😂
yang watak Ye Eun tu pulak aku suka kali ni haha yelah sebab dia dah putus kan dengan ex boyfriend dia tu. Dia sekarang masih trauma lah dengan kejadian2 yang berlaku dulu so aku perhati setiap kali dia pergi kelas dia guna pakaian serba hitam tau tak hahaha dulu2 dia selalu guna skirt or dress tapi sekarang watak dia dah lain sikit.


season kali ni lebih fokus kepada watak Song Ji Won. WEI AKU SUKA LAH TENGOK DIA DENGAN SUNG MIN 💕💕 seingat aku Sung Min memang dah suka dengan Ji Won dari season 1 tu lagi kan? Cuma Ji Won tu je yang tak perasan. Ehem nak jugak lah boyfriend macam Sung Min hahaha dia sanggup gila layan kerenah Ji Won yang aneh + pelik tu. Setiap kali muncul scene diorang berdua ni confirm aku senyum sorang2 hahahaha cisss

eh lupa pulak nak share plot drama ni haha


Set one year after season 1 of "Age of Youth." Jin-Myung (Han Ye-Ri) successfully found a job after she returned from China. Ye-Eun (Han Seung-Yeon) took a year off from school due to the aftereffects of her abusive ex-boyfriend. She is now returning to her university. Ji-Won (Park Eun-Bin) has yet to find a boyfriend. Eun-Jae (Ji-Woo) broke up with her first love and she is in emotional pain. The girls have a new housemate Jo Eun (Choi A-Ra) at their sharehouse. She stays in the room previously occupied by Yi-Na (Ryu Hwa-Young).

okay macam ni. Selepas Kang Yi Na pergi,datanglah sorang lagi housemate baru diorang iaitu Jo Eun. Tapi tujuan dia nak tinggal kat rumah tu sebab dia terjumpa sepucuk surat dalam kedai buku lama. Surat tu macam surat ugut. Aku taktau macam mana nak explain so korang tengok sendiri hahaha.

Watak Eun Jae dalam season ni bagi aku annoying sikit hahaha . Dia dah break dengan boyfriend dia tapi yelah laki tu first boyfriend dia kan so dia macam tak boleh terima lah diorang dah break. Aku sakit hati je tengok dia sebab kalau masih suka cakap ajelah kat laki tu hahaha geram jugak lah aku. okay skip part dia ni hahaha

hmm Jin Myung tu pulak macam biasalah kisah dia. Tak banyak yang berubah just dia dah jumpa kerja tetap je kat company besar. Housemate diorang yang baru tu pulak boleh lah. Tinggi gila dia wei hahaha dia ada love line dengan Seo Jang Hoon tapi macam tak cun lah sebab pompuan tu tinggi lampai,laki tu pulak pendek hahaha but whatever.


plot dia kali ni lebih saspen sikit. terbaik lah penulis drama ni hahaha lagipun drama ni popular jugak sekarang. Ramai yang kata best. 

Aku tak sabar nak habis tengok drama ni. Sekarang ni aku rasa macam bersalah wei nak tengok drama sebab assignment,proposal semua belum siap,rasa nak nangis je hahaha





6 comments

  1. Dah baca banyak reviews pasal Age of Youth ni. Semua kata best tapi belum dapat mood lagi nak tengok. Hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best hehe tak rugi tgk kedua2 season ni

      Delete
  2. sadly, semua cast ni saya tak kenal.. nampak sgt dah jarang tengok kdrama x'D
    boleh save cite ni nanti, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe mazni,download je dulu,nanti kalau ada masa barulah tgk hehe

      Delete
  3. Tashira!!!! kamek dah nangga dua jjak dari season tok. sik sampe hati mok habiskan layan crita yang paling soulful tok...aish! memang kena cri mood n masa yg benar2 sesuia utk sengih kedirik. tok musim lambakan assignment dah start tok, sik boleh mok layan gik...
    this drama really unbeatable!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakkk! aok eh kmk pun rasa sedih jak mok habiskan drama tok ya kmk sikmaok ngga dolok.
      aok eh assignment bertimbun jak blum ndak siap,nang rasa bersalah jak mok ngga cerita tok dipolah nya T_T klak2 baruk lah dapat layan sikit haha

      Delete