Murahnya Nak Terbang Ke London!

Friday, May 17, 2019

Assalamualaikum


Tak lama lagi musim cuti sekolah ni. Aku pun akan cuti 3 bulan selepas habis exam minggu depan. Jyeahhh. Time cuti ni lah korang akan terbayang nak pergi melancong overseas kan? hahaha 
Well, tak salah pun ada imaginasi yang tinggi. Asalkan you continue to work hard untuk merealisasikan impian korang tu. Okay now, obviously semua orang mesti ada satu destinasi yang korang nakkkkk sangat pergi kan?


For me, kalau boleh aku nak pergi London guys 💪💪



 London adalah destinasi sepanjang tahun kita boleh pergi. Based on my research (macam nak buat research proposal je haha), cuaca di bandar ni tak melampau sangat & jarang sangat nak tengok cuaca kat sini terlampau panas or sejuk. Masa terbaik untuk melawat London bergantung kepada apa yang korang nak tengok dan buat ketika berada kat sana.



Selalunya time musim bunga pada bulan Mac sampai Mei suhu purata kat sana dalam 11-15 darjah Celcius. Daylight akan lebih lama untuk beberapa bulan ni, so korang akan ada banyak masa untuk jalan-jalan & tengok view kat London ni. Kalau boleh bawak payung sekali, mana tahu kot2 hujan ke masa tu. & Easter selalunya jatuh pada musim bunga so obviously ramai yang akan bercuti masa tu.


Kalau kat Traveloka korang boleh dapat book cheap flights to London online and of course siapa2 yang pernah beli tiket kat Traveloka tu tahu procedur diorang senang sangat-sangat. Kalau nak cari tiket murah, rajin-rajinkan lah diri untuk bukak website Traveloka so that korang tak TER-miss tiket murah nanti


Bulan Jun hingga Ogos adalah musim panas di London. Masa nilah paling sesuai untuk datang, tetapi cuaca boleh mencapai suhu purata 18-30 darjah Celsius. Bagaimanapun, ini adalah musim yang sempurna untuk buat aktiviti luar macam berjalan-jalan di taman awam dan menghadiri pameran outdoor dan festival muzik. Musim panas juga merupakan musim peak orang bercuti so pastikan korang menempah penerbangan dan penginapan terlebih dahulu. Bulan September hingga November pulak  adalah tempoh yang indah untuk melawat bandar dengan warna musim gugur yang menghiasi bandar raya dan cuaca sederhana dalam 11-15 darjah Celsius. Time ni lah ada banyak acara yang korang boleh experience macam perayaan Halloween dan Festival Totally Thames. 

Musim sejuk pulak jatuh pada bulan Disember hingga Februari & mencapai suhu dalam 2-6 darjah Celsius. Tapi sejuk macam mana pun korang tetap perlu keluar gak hahaha time ni paling meriah sebab mesti banyak aktiviti & hiasan untuk korang tengok sebab time ni musim Krismas! Masa ni lah pokok2 Krismas yang besar tu dihias kat shopping mall. Kalau keluar time malam ni confirm ada banyak hiasan lampu kat mana-mana.


Istana Buckingham adalah Ibu pejabat pentadbiran dan tempat kediaman Her Majesty di London, Ratu Elizabeth II. Masa lawatan korang boleh tengok penjaga istana bertukar di Istana Buckingham dan jugak korang boleh tengok traditional carpet. Menara London tu secara rasmi dikenali sebagai Istana Diraja dan Kubu Menara London, kompleks ini adalah istana bersejarah yang terletak betul-betul di sebelah Jambatan Menara yang ikonik. London Eye jugak dikenali sebagai Roda Millennium, ia terletak di South Bank of River Thames. Ia adalah roda Ferris giant, 443 kaki tinggi dan diameter 394 kaki, mempamerkan view indah bandar ketika korang mencapai puncak. Ia juga merupakan roda Ferris tertinggi di dunia dari tahun 1999 hingga 2006.


London ni ada beberapa pusat lapangan terbang. Lapangan Terbang London Heathrow merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di London dan lapangan terbang tersibuk di dunia oleh trafik penumpang antarabangsa. Lapangan terbang ni terletak 23 kilometer dari Central London. 

Kalau naik teksi dari lapangan terbang tu memang mahal gak harga dalam lingkungan RM603++ & ambil masa yang lama sangat kira-kira dalam 55 minit perjalanan. Kalau boleh try guna London Underground (RM33++) or Heathrow Express (RM121++).   Kereta api atau tiub akan memakan waktu lebih lama dengan waktu perjalanan hampir 2 jam tapi kalau guna Heathrow Express ke Stesen Paddington hanya akan ambil masa dalam 15 minit je. Ada beberapa syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Heathrow macam Malaysia Airlines, British Airways, Singapore Airlines, Korea Air dan ANA (All Nippon Airways).

Range harga kalau nak naik teksi dari pusat lapangan terbang ni ke pusat bandar adalah dalam RM192++ & akan ambil masa kira-kira dalam 22 minit. Syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang ini termasuk KLM, Lufthansa, SWISS, British Airways dan Alitalia. Kalau korang nak beli tiket flight boleh buat kat Emirates Airlines booking di Traveloka jugak.


Fuhhh ni kalau betul2 dapat jejak ke London memang best gila ni! Lagi2 kalau pergi time musim Krismas. Mesti meriah sangat 😍😍



Korang pulak macam mana? Ada yang jadikan London sebagai destinasi utama untuk melancong nanti ke? 



1 comment

  1. singgah sini klik klik ads smbil baca your new post. serious ray suke traveloka. pegi memana pun ray akan guna traveloka. even byk yg lain but dah terbiasa dengan traveloka. hehe

    ReplyDelete