End Of Semester 4! ♥

Sunday, June 09, 2019

Assalamualaikum


Selamat Hari Raya gaisssss. dah boleh stop makan rendang & lemang dah kalau tak nak berat badan makin naik macam aku ni HAHAHA dah terlambat dah nak menyesal bagai 😓😓

anywayyy


aku tengah cuti sem selama 3 bulan so lepas ni nak aktif buat post plus blogwalking jugak! hihi so kalau lepas ni tengok aku banyak tinggalkan komen kat blog korang hah maknanya aku tengah rajin lah tu hehe


semester 4 dah habis! Like finally!! Another 4 semester to goooo 👀👀
Bagi aku, semester 4 ni paling stress, belum fyp lagi ni sis hmmm sem depan baru fyp so pleaseeee pray for me 😭😭 aku ni jenis yang cepat stress, taktau lah macam mana nak hilangkan habit ni


I'm gonna put lots of pictures in this post tho. 



ok tipu je >.< hahaha sem ni palinggggg banyak tengok wayang! setiap hari rabu je pergi tengok wayang sebab gap untuk the next class tu sampai 4 jam fuhhh. Class tu sepatutnya habis 3 jam tapi lecturer tu selalu ajar dalam sejam je pastu boleh balik so kitorang gunakan kesempatan ni untuk tengok wayang @.@ 



masa tengah isi minyak kereta tiba2 ternampak signboard Costa Coffee. Sem ni aku dah jarang minum coffee. Sangat2 jarang. Sem lepas kalau boleh memang setiap masa nak minum coffee je. Bila ternampak signboard tu why not try je beli dulu, mana tahu sedap kan? And it was SO GOOD. I should have take the photo of the coffee machine but basically kita kena handle machine tu sendiri. Ada section untuk coffee sejuk & panas. I really like the bitter taste of the coffee. Segar je mata lepas minum hahaha



time ni lepas habis hiking untuk koq haritu muka aku sunburn teruk 😭😭 so lepas balik je dari hiking aku tidur sekejap then malam tu terus pergi watson beli toner untuk buat face mask. 



kalau sem2 lepas aku tak berani nak pergi beli barang sorang2 sebab nampak lonely gila kalau jalan kat shopping mall tanpa kawan HAHA but now alhamdulilah i can do it alone! Syabasss Tashira 👏👏 hahaha 



time ni tengah cari cactus untuk hari koq sebab aku ketua bahagian hadiah so haruslah rajinkan diri lol



dah hampir 2 tahun belajar dekat Unimas, ni pertama kali aku jejakkan kaki ke pusat sukan Unimas HAHAHAHA lol. Aku rasa kalau ada orang tengah berenang dalam pool masa ni confirm kulit orang tu terbakar sebab panassssssss 



my everyday view setiap kali balik rumah 😹



ni pulak my everyday view kat asrama 😵😵 nak muntah aku tengok gambar ni balik hahaha sebab time ni aku tengah struggled dengan assignments yang tak pernah nak habissss
sometimes, dari pukul 9 pagi sampai 1 pagi aku duduk depan laptop je tanpa bergerak 💆💆



oh time ni lepas pergi BBW kat kuching. Aku beli dua buah buku je. Satu tu untuk adik. Buku2 kat situ macam banyak yang tak berapa menarik sangat plus duit pun tak berapa cukup masa tu so mampu tengok je lah dulu hahaha


gambar makanan aku buat kat next post je lah. The worst thing yang berlaku kat aku sem ni ialah smartphone aku kena curi 😭 for the second time! Aku cuai sangat masa tu, terlupa nak ambil hp dari fitting room. Tapi tak sampai 5 minit aku patah balik tengok dah hilang dah. HMMM yang tak bestnya notes, whatsapp, gambar obviously hilang jugak takleh nak buat apa. 


Selebihnya alhamdulilah sem ni banyak belajar benda baru & dapat banyak pengalaman baru jugak ♥
first time pergi hiking & trust me i'm not gonna do that again HAHAHA sebab badan tak fit cisss




anywayy, selamat hari raya kepada semua yang meraikan. Maaf zahir & batin 🙏






24 comments

  1. Selamat bercuti! Heh, kemas gila meja belajar ._.

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy holiday jugak! hehe kadang2 je kemas meja tu haha

      Delete
  2. Selamat Hari Raya.
    Selamat bercuti juga ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya & selamat bercuti! hehe ^^

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Selamat bercuti & ready utk sem 5 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugakk :)

      tak ready lagiiii utk sem 5 :'((

      Delete
  4. wahhh seronoknya tinggal 4 sem je lagi. saya baru nak final minggu depan. doakan saya agar boleh jawab dengan jayanya. jemput singgah ke blog saya https://nurulnajihah38.blogspot.com/2019/05/have-we-say-alhamdulillah-today.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha good luck utk final! inshaallah boleh je jwab nanti hehe fighting!

      Delete
  5. Bestnya unimas ada swimming pool 😃
    Selamat bercuti 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi xpernah try berenang lagi kat swimming pool tu haha lol

      thank you :))

      Delete
  6. Hiii Tashiraaa! Yayyy sama lah kita baru nak active balik hahah. Dah berapa bulan lost motivation, now baru rajin nak blogwalking semua. Kalau cuti sem lagi syok kan. Selamat Hari Raya Tashira! <33

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kak nadddd! kan? skrg baru rasa rajin sikit nak blogwalking! Setakat ni rasa syok sikit lah cuti hahaha eid mubarak to you too kakkk ♥

      Delete
  7. i like that everyday view sbb ade cat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalau kucing tu dduk diam xpe gak tapi asyik kacau org study je hahaha

      Delete
  8. congrats dah habis semester 4! banyak masa free ya 3 bulan, nang blogwalking puas2 la lepas tk nak XD jangan stress2, semoga dipermudahkan segalanya!

    selamat hari raya maaf zahir dan batinnn :D
    raya kannn sebulan :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok ehhh. 3 bulan gik ya cuti nang gasak jak lah mala dudok depan laptop jak2 hahaha thank you kakkkk!

      selamat hari raya juak kakkk. maksehh selalu singgah blog kmk hehe
      maaf zahir & batin ^^

      Delete
  9. tashira unimas eh.. tengok loker tu ingatkan uitm tadi. tetiba teringat loker masa study dulu. hahaha. goodluck untuk lagi 4 semester. all the best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah unimas fieyqa hehehe. thank you dear! ^^

      Delete
  10. i know its quite late but happy eid mubarak tashira ^^ totally can relate your student life haha. i hope everything that relates to your fyp is gonna bw fine. keep working hard! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy eid mubarak too dear ^^ hahaha inshaallah aminn. thank you so much sis!

      Delete
  11. hai tashira :) tetibe k.ana rindu zaman study dulu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kakkk :)) hehe zaman study paling best kan kak? hehe

      Delete