Save Me 2 | Korean Drama

| on
20:46
Assalamualaikum


Well hello there 


sekarang ni ada banyak drama korea baru yang keluar. Tapi banyak jugak yang aku terpaksa drop. Drama yang cliche tu aku memang taknak tengok dah, buang data je nak download tapi last2 tak jugak tengok haha


Siapa yang pernah tengok Save Me season 1 sebelum ni? ✋ 

don't worry, yang season 2 ni takde kena mengena dengan season 1, pelakon pun semua tak sama (kecuali ada sorang kalau xsilap). Tapi rata-rata komen kata season 1 lagi best plus pelakon2 pun semua hebat bawak watak. Obviously, sebab season 1 tu ada Taecyeon kot 😍😍 

Kalau korang curious jugak hah pegi lah tengok yang season 1 tu dulu. Sebab jalan cerita hampir sama tapi tak semua sama lah sebab bagi aku season 2 ni lagiiii saspen dari season 1. But aku bagitau awal-awal lah, dalam season 2 ni ada banyak scenes yang akan buat korang rasa frust & sakit hati. Aku sebenarnya takleh tengok drama macam ni, habis segala benda aku rasa nak pecah & rasa macam nak masuk je dalam video tu pastu tampar sorang2 sebab bengap sangat perangai diorang dalam drama ni HAHAHAHA


Image result for SAVE ME 2 POSTER

ni yang season 1. Gosh look at him tho 😍😍 k bagi chance nak fangirling jap hahaha

boleh click link ni kalau nak tengok 👇


aku taknak review yang season 1 ni so tengok lah sendiri ok hahaha



Image result for SAVE ME 2 POSTER

honestly aku tak berapa kenal dengan main lead lelaki dalam drama ni sebab dia selalu muncul dalam movies je. BUT I LOVE HIS VOICE OMAIGADDD HAHAHA suara dia serak-serak basah plus dia jadi macam gangster  & tough sikit dalam drama ni lagi lah aku sukaaaa lol


Residents in a small town fall into a state of chaos due to the presence of a false religious group.
Kim Min-Cheol (Um Tae-Goo) was once a promising judo athlete in his high school days, but, due to his personality with a strong sense of justice, he went in and out of prison. One day, he hears that his hometown of Wolchoori is designated as a an area to be submerged and residents will receive compensation. Kim Min-Cheol goes back to Wolchoori. He sees strangers in the town and feels something weird.
Choi Kyung-Seok (Cheon Ho-Jin) comes to Wolchoori. He looks like a nice man with a smile on his face. The residents don't trust him at first, but he helps them receive compensation and they begin to trust him. Choi Kyung-Seok then tries to set up a religious organization.
Kim Young-Sun (Esom) is the younger sister of Kim Min-Cheol. Her life at home is bleak. She is studying nursing and hopes to leave Wolchoori as soon as possible. Her brother Kim Min-Cheol returns home, but her life is still bleak as usual. At that time pastor Sung Cheol-Woo (Kim Young-Min) approaches her.


yang dah pernah tengok season 1 mesti dah tahu jalan cerita macam mana kan? Drama ni pasal false religious group yang coba untuk pengaruh penduduk kampung Wolchoori. Ketua scammer dalam drama ni Choi Kyung Seok (yang guna cermin mata dalam poster tu). mula-mula tengok drama ni aku tak baca sinopsis or tengok poster tu pun, so aku ingatkan Choi Kyung Seok ni orang baik tapi rupanya dia lah scammer dalam drama ni perghhh memang menjadi lah watak yang dia bawak sampai aku pun boleh terpengaruh HAHA 


reason dia scam penduduk kampung tu sebab dia nak ambil compensation duit dari penduduk kampung tu. Kampung Wolchoori sepatutnya akan diroboh oleh kerajaan so kerajaan bagi duit pampasan yang banyak untuk setiap penduduk kampung kat situ. 


Choi Kyung Seok ni berpura-pura jadi professor dari sebuah university pastu dia kata dia quit sebab nak jadi pastor kononnya. Dia kata dia nak mendalami agama kristian pastu dengan cara ni lah dia hasut penduduk kampung tu, macam penunggang agama. Dia memang dari awal lagi dah plan dari A sampai Z untuk ambil duit diorang. Memang mantap lah strategi dia bagi aku hahaha


Kim Min Cheol ni pulak bekas banduan sebab dia tak sengaja terbunuh ayah dia. Ayah dia ni kaki mabuk pastu suka dera mak & adik dia. Penduduk kampung memang tak suka dengan dia ni. Lagi-lagi adik perempuan dia tu. Cisss aku paling geram ah tengok watak adik dia ni. Ada satu scene time Min Cheol pergi selamatkan dia dari scammer tu, boleh pulak dia pergi pukul kepala abang dia then selamatkan pastor yang dia baru kenal?! Fuhh padahal abang dia sayang kot dengan dia, just dia tak tunjuk je. Lagipun dia pun tahu jugak yang abang dia tak sengaja terbunuh ayah diorang. 


 Kim Min Cheol dapat agak yang Choi Kyung Seok tu scammer & jahat so dia buat plan nak hantar laki tu ke lokap. Tapi siapa je yang percaya dengan bekas banduan kan? Kalau aku pun tak percaya gak hahaha. Kesian gila dia dalam drama ni. Semua penduduk kampung tu dok pakat kata dia tu syaitan konon sebab terpengaruh dengan kata-kata scammer tu. Perghhh scenes ni lah yang paling aku benci. 


Ada sorang penduduk kampung ni isteri dia ada penyakit kanser tahap kritikal dah. So dia minta tolong dari scammer tu tadi untuk buat air hasil dari doa seorang pastor ni. Oh ya, dalam drama ni ada sorang pastor yang asli & dia ni macam dipergunakan oleh scammer tu lah untuk raih kepercayaan daripada penduduk kampung tu. Pastor ni pun dah terpengaruh gak hahaha. Lepas lelaki tu ambil air dari scammer tu tiba-tiba isteri dia ni macam bertenaga & dah takde rasa sakit-sakit dah. So start dari sini dia asyik beli air tu dengan scammer tu tadi. Padahal dalam air tu ada dadah kot thats why isteri dia tiba-tiba boleh jadi macam orang sihat balik.


drama ni masih tinggal 4 episode je lagi. Season 1 ending dia boleh tahan memuaskan gak. Semua penjenayah tu dah kena tangkap. So I expect yang season 2 ni macam tu jugak.


Sebenarnya kes-kes macam ni ada je berlaku kat dunia ni. Orang yang naif memang banyak lah yang kena. Macam-macam je cara orang sekarang untuk dapatkan duit eh. Rajin betul diorang ni, tapi nak cari duit secara halal & bagus tak tahu pulak. Tak faham betul aku hahaha




walaupun drama ni tak habis lagi, tapi aku tetap bagi rating besar gak sebab action scenes dalam drama ni mantap, pastu scenes yang buat saspen pun best! Pelakon semua pandai bawak watak masing-masing so thumbs up! Tak rugi tengok guys hehe


18 comments on "Save Me 2 | Korean Drama"
  1. Nampak menarik. Tapi kenapa la tak sedar kewujudanya. Terimakasih sbb habaq! Boleh nanti tgk.

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/06/book-review-pemusnah-cinta-by-siti.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yg season 1 punya ramai yg tahu tapi yg season 2 ni xsangat. hehe sama-sama ^^

      Delete
  2. Nice review. macam best je drama ni. tapi fiqa sekarang malas betul nak tengok kdrama. rajin layan filem je. sebab takde banyak episod nak tengok. sekarang pun tak habis lagi cerita goblin (baru nak tengok) hahaha. itu pun dari sebelum puasa haritu sampai sekarang tak habis lagi -__-'

    Rajin tashira tengok kdrama. nanti bila ada banyak masa bolehlah try drama ni pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. best drama ni fieyqa! please lah tgkkkkk hahaha. ha'ah kdg2 best lagi tgk filem drpd drama sbb tak byk episode. alaaa goblin tu takde lah best mana hahaha lol

      tgh bosan ni sebab tu rajin nak layan drama hehe

      Delete
  3. omg serious tak tau ada season 2! baru tau bila baca post sis ni..sya dah tengok dah save me season 1! ala ingatkan pelakon akan sama je season 2 haha.
    Going to watch this!

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tahu pun dari soompi gak. kalau xbaca soompi mmg tak tahu drama ni ada season 2! ha'ah xsama pelakon but trust me, season 2 ni pun sama best gak dgn season 1 hehe

      Delete
  4. uuuuuu macam best. thanks for review it

    ReplyDelete
  5. ray x smpt nak tgk lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe nanti kalau ada masa ray boleh tgk niii. jgn tak tgk tau :P hehe

      Delete
  6. Mcm menarik je citer ni... 1st time datang sini, jemput singgah blog sis. jika sudi follow sis akan followback juga.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thank you sebab singgah :) lepas ni sy follow ^^

      Delete
  7. hai there! i'm blogwalking here^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi backkk! thank youuu. gonna blogwalking to your blog too ^^

      Delete
  8. macam best baca review ni.
    nak tgk la

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestttt hah please tgk sekarang jugak :PP hehe

      Delete
  9. Suka Save Me Season 1 thought the ending was quite a let down. Save Me Season 2 ni macam susah sikit nak masuk. Hari tu tengok sampai episode 4 je kot. Lepas tu drop sebab rasa macam tak berapa nak menarik. Maybe I'll give this drama another try later.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang season 2 ni permulaan drama dia agak slow sikit & ramai gak yang kata tak berapa best. tapi dah nak masok pertengahan episode tu best! ending dia pun boleh tahan best gak drpd season 1 punya hehe

      Delete