Assalamualaikum
Now that segala assignment & final year project aku dah siap, finally aku ada masa nak baca buku hehe. Sebelum ni nak baca tapi rasa bersalah pulak sebab assignment aku berlambak tak siap lagi. Aku still ada 4 papers untuk final exams, but since kitorang buat online exam soooo bolehlah relax sikit sebab boleh bukak buku kan 😂😂
macam yang aku cakap dalam my previous review untuk nikina by nadia khan, aku dah start baca buku fixi dari e-book kaki buku! Buku lain dalam tu aku tak baca, aku baca buku fixi je hehe
and guess what?!!! AKU JUMPA LEBIH DARI 5 BUAH E-BOOK (FIXI) FREEEE! Cepat-cepat aku masukkan dalam library hahaha. Teruja + tekejut gak sebab diorang bagi free. Tapi kalau dapat free hardcopy mesti lagi best HAHAHAHA tapi bersyukur lah please 😂😂
thank you kaki buku!
" Diorang kata, hidup ni kena sabar. Diorang kata orang yang tak sabar dalam hidup ni orang yang lemah, tak cukup pegangan agama, iman tak kuat. Agak senang untuk diorang kata begitu, kan?"
Aku tak tahu lah kalau dari ayat ni korang dapat agak tak novel Penumpang ni pasal apa? Sebelum baca buku ni, I was having a hard time. I don't know how to explain this, tapi aku dalam keadaan sedih memanjang je. Mood sedih, negative thoughts aku tu semua datang balik lepas aku habiskan segala esaimen aku. Maybe sebab otak aku dah tak stress fikir pasal esaimen so bila otak aku jadi relax, then semua negative thoughts tu datang balik. But I'm okay now.
So bila baca je bab 1 dalam novel ni aku dah dapat agak novel ni pasal apa (aku tak baca sinopsis sebab terlupa nak baca hahaha). Sebelum tu, penulis novel ni orang Kuching Sarawak so aku macam dapat imagine tempat-tempat yang penulis ni senaraikan hahaha
Kalau korang tak nak baca spoiler, then you may leave now 😂😂 sebab aku terpaksa bagi spoiler sikit in order for me to explain dengan jelas jalan cerita dalam novel ni.
Novel ni bermula dengan tulisan journal dari Eddie. Lepas tu kita akan diperkenalkan dengan watak Jai pulak. Jai ni main character. Ada orang bagi Jai journal Eddie, dan dalam journal tu Eddie describe betapa bestnya dia menaiki bas awam tiap-tiap hari. Eddie kata dia suka jadi penumpang. Dia suka tengok penumpang lain dalam bas, belajar dari diorang, tengok macam mana diorang renung ke luar tingkap dengan pandangan yang membawa seribu erti.
Jai nak cuba fahamkan macam mana perasaan Eddie ketika menaiki bas. Sebab apa? Sebab Eddie dah meninggal, bunuh diri.
Sebelum Eddie bunuh diri, Jai tak sempat nak luangkan masa dengan Eddie, tak sempat nak jumpa Eddie buat terakhir kalinya, dan tak sempat nak tolong Eddie walaupun Jai tahu yang Eddie sebenarnya dah lama menderita sebab kemurungan.
At first, aku ingatkan penulis just nak ceritakan macam mana seseorang itu menghadapi depression. Tapi rupanya ada cerita lagi di sebalik kematian Eddie. Bila aku dapat tahu sebab Eddie bunuh diri, aku rasa macam nak meraung sebab marah sangat. Aku tahu manusia macam Nina memang wujud. Banyak sebenarnya.
Masih ada yang anggap depression is a joke. Masih ada yang anggap orang yang ada mental illness ni sebagai orang gila. Aku paling tak suka kalau orang labelkan mental illness sebagai orang gila. If you have time to scroll your socmed, then please I'm begging you pergilah luangkan masa bukak Google and cari apa maksud depression, hopelessness, mental illness etc. Tapi aku rasa dalam socmed sekarang ni pun banyak je info pasal mental illness, tapi masih ramai jugak yang buat endah tak endah.
Ok back to the topic. Kalau nak tahu sebab Eddie mati bunuh diri korang kena baca sendiri lah ye. Sebab kalau part macam ni aku tak nak bagi spoiler sebab aku nak korang pergi baca jugak buku ni hahaha. Sorry not sorry. Aku suka semua adult characters dalam ni. Walaupun diorang tak dapat nak tolong Eddie (even mak Eddie sendiri pun tak tolong Eddie), tapi diorang try sedaya upaya untuk tolong Jai sebab diorang taknak Jai jadi macam Eddie. Aku tengok character Jai dalam ni dia memang ada simptom kemurungan. But I'm glad yang dia akhirnya putus asa and mintak tolong dari orang lain, walaupun aku tak berapa suka dengan ending novel ni. Tapi sebenarnya aku dah agak Jai akan jadi macam ni. In the end, he can't control his negative thoughts and he also tried to kill himself.
Aku kagum yang semua pak cik pemandu bas dalam ni kenal Eddie. Small acts such as people remembering you, ask how are you that day, or even when others give you a bright smile will make that person who is depressed/hopeless happy. Aku sedih sebenarnya sebab takde siapa yang tolong Eddie. Eddie dipulau dekat universiti sebab orang ingat dia gila. He has no friends, kecuali Jai.
" Ramai yang memujinya sebagai insan yang baik ketika masih hidup. Ramai yang tulis kata-kata sedih berserta ayat-ayat yang menyentuh hati tentang nilai persahabatan. Aku yang membaca pulak, secara diam-diam mempersoalkan tindakan mereka. Ketika rakan itu masih hidup, benarkah mereka berkawan dengannya? Ketika masih hidup, benarkah dia seorang yang baik seperti yang digambarkan? Adakah kita perlu menunggu kematian baru dapat memuji kebaikan seseorang? Ketika hayatnya, pernahkah kita menghargainya dengan kata-kata yang kita tinggalkan di profil fb nya itu? "
Tapi profil fb Eddie kosong. Takde ayat-ayat kebaikan serta menyentuh hati yang ditinggalkan di profilnya. Entah kenapa bila baca ni aku jadi macam sedih sangat. Sedih sebab kesian dekat Eddie. I know Eddie tu hanya sebuah watak dalam novel, but trust me, watak macam ni wujud di dunia realiti jugak. Ending novel ni hmmm, I don't know what should I say about this. Aku kecewa sebenarnya walaupun dah agak ending dia akan jadi macam tu. Maybe aku tak puas hati sebab Jai semakin tak boleh kembali menjadi 'normal'. But this is just my opinion.
Aku tahu aku tak cerita banyak sangat pasal jalan cerita novel ni, but basically semua yang aku nyatakan kat atas tu ada kaitan dengan jalan cerita novel ni. If you have time, pergilah baca novel ni. Lagipun free je takyah beli pun.
If any of you ada masalah, I'm begging you, please don't ever pendam perasaan and jangan try untuk selesaikan masalah itu sendiri. Reach out for help. You are not alone. Or you can email me then I will give you my number and listen to your problems. I'm a good listener guys (sebab ramai je yang kata I'm a good listener hehehe).
Aku doakan yang terbaik untuk korang, inshaallah everything will be okay :)
Assalamualaikum
ada siapa-siapa yang masih tak biasa dengan interface baru blog ni tak? Ke aku sorang je? 😂😂 al-maklumlah dah lama tak bukak blog. Aku sebenarnya tak tahu nak update apa so ni memang post spontan lah lepas godek gallery aku hahaha sebab dah lama sangat tak post apa-apa.
Hmmm rasanya ni minggu yang ke-14 untuk sem 6 aku. Lepas habis presentation FYP je aku dok relax tengok drama sampai sekarang hahaha. FYP tak siap lagi ni. Tinggal nak edit gitu-gitu je tapi itulah, bila duduk rumah makin menjadi pulak tahap malas aku ni. Kalau duduk kat kolej ok lagi sebab semangat nak siapkan kerja tu berkobar-kobar. Ahh gituuuu hahahaha lmao.
Kes covid-19 semakin meningkat pulak dekat kuching, sarawak ni. Dah masuk red zone rasanya. Orang kampung aku dah ada sorang yang disahkan positif. Hmmm ingatkan bolehlah kembali ke rutin asal, nampaknya terpaksa lah terperap dalam rumah lagi. Stay safe everyone!
Sepanjang PKP aku rasa macam banyak je aktiviti yang aku dah buat 😂 I have a lot of things yang aku nak update dalam blog ni tapi apakan daya, aku lebih tertarik buangkan masa aku dengan layan korean drama sekarang hehe
sorry kalau gambar tak helok, malas dah nak edit 😂😅 sepanjang pkp (sampai sekarang actually) aku asyik bukak grab food je. Dulu grab food takleh nak hantar sampai ke rumah sebab jauh sangat, tapi lepas pkp tiba-tiba berlambak pulak restoran/cafe yang available. Fuhhh nafsu sis tak kuat. Lagi-lagi aku asyik craving iced vanilla latte 😢😢 so setiap kali kalau lapar je memang grab food je lah senang!
tu je gambar yang aku dapat share sebab mostly aku ambik boomerang je 😪😪
and obviously I cook a lot sampai dah tak tahu nak masak apa :'( boring & penat gak asyik ulang alik masuk dapur je haihhh.
Butter prawn & salmon goreng. Yang ikan salmon tu belum letak lemon butter sauce lagi 😂😂
my favorite, spaghetti carbonara! percaya atau tidak, aku dapat habiskan 2 pinggan ni sorang-sorang hahahaha. but don't worry, aku tak setamak gitu ye.
hmmmmm
sepanjang pkp korang buat apa je? Semua ok ke? honestly, tipulah kalau aku kata aku okay je sepanjang pkp tu. Aku rasa down sangat-sangat. Pernah dalam seminggu tu aku asyik baring je takde tenaga & mood nak buat apa-apa. Aku taktau nak explain macam mana tapi memang teruk gak apa yang aku rasa masa tu. Taktau lah sebab apa, maybe sebab asyik ulang buat benda sama je kot pastu asyik terperap dalam bilik je so masa itulah segala negative thoughts tu asyik bermain dalam kepala.
But then again, kita kena teruskan jugak hidup ni. Aku taknak sedih lama-lama.
Alhamdulilah, for the past few weeks Allah dah banyak permudahkan urusan aku & rezeki semakin bertambah-tambah :) If you're feeling sad, you are not alone guys! Setiap orang ada masalah masing-masing, but its up to you nak handle rasa sedih tu macam mana. Aku tak kata tak boleh rasa sedih, of course you can cry, you can lay in your bed all day. But, jangan sedih terlalu lama. You will never be truly happy if you continuously hold onto the things that make you sad. We can get through this!
hmmm macam mana boleh masuk ke topik ni pulak eh? hehehe
anywayyy, sampai sini je lah untuk post kalini hahaha. Thank you sangat-sangat sebab masih ada lagi yang baca post aku yang merepek ni. Sekejap masuk topik pasal makanan, sekejap pasal universiti, pastu tiba-tiba masuk topik sedih pulak alahaiiii
apa-apa pun stay safe everyone! Jangan lupa pakai mask! Semoga virus ni cepat-cepat pergi so that kita boleh keluar tanpa rasa takut lagi hehehe
adiós mi amor 💛💛💛
Assalamualaikum
Saya tak pasti kalau anda kenal dengan Senang Pindah. Sebelum anda klick butang 'x', anda harus baca artikel ini sebelum anda terlepas peluang untuk dapatkan perkhidmatan lori daripada mereka!
Pertama sekali, syarikat servis lori ini hanya ada di sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor, dan seluruh Semenanjung Malaysia sahaja. Perkhidmatan lori ni ada pelbagai saiz dari 1 tan hingga lah ke lori 40 kaki!
Perkhidmatan pengangkutan trak ni termasuk :
- Pengendalian kargo import dan eksport
- Perkhidmatan pengangkutan barang komersial
- Pengangkutan logistik (contohnya untuk roadshow atau ekspo)
- Perkhidmatan pemindahan rumah atau pejabat
- Perkhidmatan penghantaran barang peribadi atau syarikat
- Perkhidmatan pelupusan barang dan perabot lama
Kos perkhidmatan lori pula bergantung kepada faktor berikut :
- Jarak km dari tempat pickup ke destinasi
- Saiz lori (1 tan, 3 tan, atau 5 tan)
- Bilangan pekerja-pekerja yang diperlukan untuk tolong memunggah barangan
- Bilangan trip perjalanan yang diperlukan
Servis sewa lori 3 tan (saiz 14 kaki) selalunya paling kerap digunakan oleh pelanggan untuk menampung barangan dan perabot untuk satu rumah (jenis yang ada 1 atau 2 bilik tidur), atau untuk memindahkan barangan syarikat. Perkhidmatan ini juga menyediakan pelbagai pilihan bahan pembungkusan seperti balutan gelembung, kotak kadbod untuk melindungi barangan anda semasa dalam proses pengangkutan.
Servis sewa lori 5 tan (17 kaki) pula hanya available di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Kalau lori 5 tan ni pula selalunya dilanggani oleh kilang-kilang perindustrian, gudang, dan syarikat-syarikat besar yang ingin memindahkan barangan pejabat ke lokasi lain dan untuk jarak perjalanan yang jauh.
Kalau berminat nak sewa lori, anda boleh menghubungi syarikat Senang Pindah melalui telefon atau emel untuk mendapatkan senarai harga lori sewa 1 tan atau lori sewa bersaiz lain.
Sebaiknya bagi terus info-info seperti jenis lori transport, berapa tan lori yang diperlukan, bilangan pekerja yang diperlukan, bilangan trip ke destinasi, lokasi pickup dan lokasi destinasi, dan juga tarikh nak sewa lori tu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons