Penumpang by Fee Anyau | Review Fixi

Thursday, July 30, 2020

Assalamualaikum


Now that segala assignment & final year project aku dah siap, finally aku ada masa nak baca buku hehe. Sebelum ni nak baca tapi rasa bersalah pulak sebab assignment aku berlambak tak siap lagi. Aku still ada 4 papers untuk final exams, but since kitorang buat online exam soooo bolehlah relax sikit sebab boleh bukak buku kan 😂😂


macam yang aku cakap dalam my previous review untuk nikina by nadia khan, aku dah start baca buku fixi dari e-book kaki buku! Buku lain dalam tu aku tak baca, aku baca buku fixi je hehe


and guess what?!!! AKU JUMPA LEBIH DARI 5 BUAH E-BOOK (FIXI) FREEEE! Cepat-cepat aku masukkan dalam library hahaha. Teruja + tekejut gak sebab diorang bagi free. Tapi kalau dapat free hardcopy mesti lagi best HAHAHAHA tapi bersyukur lah please 😂😂

thank you kaki buku!




" Diorang kata, hidup ni kena sabar. Diorang kata orang yang tak sabar dalam hidup ni orang yang lemah, tak cukup pegangan agama, iman tak kuat. Agak senang untuk diorang kata begitu, kan?"


Aku tak tahu lah kalau dari ayat ni korang dapat agak tak novel Penumpang ni pasal apa? Sebelum baca buku ni, I was having a hard time. I don't know how to explain this, tapi aku dalam keadaan sedih memanjang je. Mood sedih, negative thoughts aku tu semua datang balik lepas aku habiskan segala esaimen aku. Maybe sebab otak aku dah tak stress fikir pasal esaimen so bila otak aku jadi relax, then semua negative thoughts tu datang balik. But I'm okay now.


So bila baca je bab 1 dalam novel ni aku dah dapat agak novel ni pasal apa (aku tak baca sinopsis sebab terlupa nak baca hahaha). Sebelum tu, penulis novel ni orang Kuching Sarawak so aku macam dapat imagine tempat-tempat yang penulis ni senaraikan hahaha 


Kalau korang tak nak baca spoiler, then you may leave now 😂😂 sebab aku terpaksa bagi spoiler sikit in order for me to explain dengan jelas jalan cerita dalam novel ni. 


Novel ni bermula dengan tulisan journal dari Eddie. Lepas tu kita akan diperkenalkan dengan watak Jai pulak. Jai ni main character. Ada orang bagi Jai journal Eddie, dan dalam journal tu Eddie describe betapa bestnya dia menaiki bas awam tiap-tiap hari. Eddie kata dia suka jadi penumpang. Dia suka tengok penumpang lain dalam bas, belajar dari diorang, tengok macam mana diorang renung ke luar tingkap dengan pandangan yang membawa seribu erti. 

Jai nak cuba fahamkan macam mana perasaan Eddie ketika menaiki bas. Sebab apa? Sebab Eddie dah meninggal, bunuh diri. 


Sebelum Eddie bunuh diri, Jai tak sempat nak luangkan masa dengan Eddie, tak sempat nak jumpa Eddie buat terakhir kalinya, dan tak sempat nak tolong Eddie walaupun Jai tahu yang Eddie sebenarnya dah lama menderita sebab kemurungan. 


At first, aku ingatkan penulis just nak ceritakan macam mana seseorang itu menghadapi depression. Tapi rupanya ada cerita lagi di sebalik kematian Eddie. Bila aku dapat tahu sebab Eddie bunuh diri, aku rasa macam nak meraung sebab marah sangat. Aku tahu manusia macam Nina memang wujud. Banyak sebenarnya. 


Masih ada yang anggap depression is a joke. Masih ada yang anggap orang yang ada mental illness ni sebagai orang gila. Aku paling tak suka kalau orang labelkan mental illness sebagai orang gila. If you have time to scroll your socmed, then please I'm begging you pergilah luangkan masa bukak Google and cari apa maksud depression, hopelessness, mental illness etc. Tapi aku rasa dalam socmed sekarang ni pun banyak je info pasal mental illness, tapi masih ramai jugak yang buat endah tak endah. 


Ok back to the topic. Kalau nak tahu sebab Eddie mati bunuh diri korang kena baca sendiri lah ye. Sebab kalau part macam ni aku tak nak bagi spoiler sebab aku nak korang pergi baca jugak buku ni hahaha. Sorry not sorry. Aku suka semua adult characters dalam ni. Walaupun diorang tak dapat nak tolong Eddie (even mak Eddie sendiri pun tak tolong Eddie), tapi diorang try sedaya upaya untuk tolong Jai sebab diorang taknak Jai jadi macam Eddie. Aku tengok character Jai dalam ni dia memang ada simptom kemurungan. But I'm glad yang dia akhirnya putus asa and mintak tolong dari orang lain, walaupun aku tak berapa suka dengan ending novel ni. Tapi sebenarnya aku dah agak Jai akan jadi macam ni. In the end, he can't control his negative thoughts and he also tried to kill himself. 


Aku kagum yang semua pak cik pemandu bas dalam ni kenal Eddie. Small acts such as people remembering you, ask how are you that day, or even when others give you a bright smile will make that person who is depressed/hopeless happy. Aku sedih sebenarnya sebab takde siapa yang tolong Eddie. Eddie dipulau dekat universiti sebab orang ingat dia gila. He has no friends, kecuali Jai. 


" Ramai yang memujinya sebagai insan yang baik ketika masih hidup. Ramai yang tulis kata-kata sedih berserta ayat-ayat yang menyentuh hati tentang nilai persahabatan. Aku yang membaca pulak, secara diam-diam mempersoalkan tindakan mereka. Ketika rakan itu masih hidup, benarkah mereka berkawan dengannya? Ketika masih hidup, benarkah dia seorang yang baik seperti yang digambarkan? Adakah kita perlu menunggu kematian baru dapat memuji kebaikan seseorang? Ketika hayatnya, pernahkah kita menghargainya dengan kata-kata yang kita tinggalkan di profil fb nya itu? "


Tapi profil fb Eddie kosong. Takde ayat-ayat kebaikan serta menyentuh hati yang ditinggalkan di profilnya. Entah kenapa bila baca ni aku jadi macam sedih sangat. Sedih sebab kesian dekat Eddie. I know Eddie tu hanya sebuah watak dalam novel, but trust me, watak macam ni wujud di dunia realiti jugak. Ending novel ni hmmm, I don't know what should I say about this. Aku kecewa sebenarnya walaupun dah agak ending dia akan jadi macam tu. Maybe aku tak puas hati sebab Jai semakin tak boleh kembali menjadi 'normal'. But this is just my opinion.


Aku tahu aku tak cerita banyak sangat pasal jalan cerita novel ni, but basically semua yang aku nyatakan kat atas tu ada kaitan dengan jalan cerita novel ni. If you have time, pergilah baca novel ni. Lagipun free je takyah beli pun. 


If any of you ada masalah, I'm begging you, please don't ever pendam perasaan and jangan try untuk selesaikan masalah itu sendiri. Reach out for help. You are not alone. Or you can email me then I will give you my number and listen to your problems. I'm a good listener guys (sebab ramai je yang kata I'm a good listener hehehe). 




Aku doakan yang terbaik untuk korang, inshaallah everything will be okay :) 

6 comments

  1. baca buku ni buat i depress..haha tapi really a nice book to read.

    good luck for your final exam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samaaaa :') lama gak termenung lpas baca habis buku ni hahaha

      thank you awak :)

      Delete
  2. It took me so long nak habiskan this one sebab emosi dia kuat sangat, I really love how real the author makes this whole story are fuh memang antara novel fixi yg got that kick without using 'fixi'-cal language :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. i know right! sy jadi emotional gila time Jai nak terjun dari bas, sbb lepas baca part tu sy berhenti jap sbb mcm tak sanggup nak continue baca.

      Delete
  3. i love fixi too!!! thankyou bagitau ebook kaki buku ada free hahahahaha thankyou so much .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayyy samaaaa! lama dah tak baca buku fixi hehe. no problem awak! :D

      Delete