Random post since lama dah tak update!

Friday, July 24, 2020

Assalamualaikum


ada siapa-siapa yang masih tak biasa dengan interface baru blog ni tak? Ke aku sorang je? 😂😂 al-maklumlah dah lama tak bukak blog. Aku sebenarnya tak tahu nak update apa so ni memang post spontan lah lepas godek gallery aku hahaha sebab dah lama sangat tak post apa-apa.


Hmmm rasanya ni minggu yang ke-14 untuk sem 6 aku. Lepas habis presentation FYP je aku dok relax tengok drama sampai sekarang hahaha. FYP tak siap lagi ni. Tinggal nak edit gitu-gitu je tapi itulah, bila duduk rumah makin menjadi pulak tahap malas aku ni. Kalau duduk kat kolej ok lagi sebab semangat nak siapkan kerja tu berkobar-kobar. Ahh gituuuu hahahaha lmao.


Kes covid-19 semakin meningkat pulak dekat kuching, sarawak ni. Dah masuk red zone rasanya. Orang kampung aku dah ada sorang yang disahkan positif. Hmmm ingatkan bolehlah kembali ke rutin asal, nampaknya terpaksa lah terperap dalam rumah lagi. Stay safe everyone! 


Sepanjang PKP aku rasa macam banyak je aktiviti yang aku dah buat 😂 I have a lot of things yang aku nak update dalam blog ni tapi apakan daya, aku lebih tertarik buangkan masa aku dengan layan korean drama sekarang hehe





sorry kalau gambar tak helok, malas dah nak edit 😂😅 sepanjang pkp (sampai sekarang actually) aku asyik bukak grab food je. Dulu grab food takleh nak hantar sampai ke rumah sebab jauh sangat, tapi lepas pkp tiba-tiba berlambak pulak restoran/cafe yang available. Fuhhh nafsu sis tak kuat. Lagi-lagi aku asyik craving iced vanilla latte 😢😢 so setiap kali kalau lapar je memang grab food je lah senang! 

tu je gambar yang aku dapat share sebab mostly aku ambik boomerang je 😪😪


and obviously I cook a lot sampai dah tak tahu nak masak apa :'( boring & penat gak asyik ulang alik masuk dapur je haihhh. 


Butter prawn & salmon goreng. Yang ikan salmon tu belum letak lemon butter sauce lagi 😂😂



my favorite, spaghetti carbonara! percaya atau tidak, aku dapat habiskan 2 pinggan ni sorang-sorang hahahaha. but don't worry, aku tak setamak gitu ye. 


hmmmmm

sepanjang pkp korang buat apa je? Semua ok ke? honestly, tipulah kalau aku kata aku okay je sepanjang pkp tu. Aku rasa down sangat-sangat. Pernah dalam seminggu tu aku asyik baring je takde tenaga & mood nak buat apa-apa. Aku taktau nak explain macam mana tapi memang teruk gak apa yang aku rasa masa tu. Taktau lah sebab apa, maybe sebab asyik ulang buat benda sama je kot pastu asyik terperap dalam bilik je so masa itulah segala negative thoughts tu asyik bermain dalam kepala. 

But then again, kita kena teruskan jugak hidup ni. Aku taknak sedih lama-lama. 

Alhamdulilah, for the past few weeks Allah dah banyak permudahkan urusan aku & rezeki semakin bertambah-tambah :)  If you're feeling sad, you are not alone guys! Setiap orang ada masalah masing-masing, but its up to you nak handle rasa sedih tu macam mana. Aku tak kata tak boleh rasa sedih, of course you can cry, you can lay in your bed all day. But, jangan sedih terlalu lama. You will never be truly happy if you continuously hold onto the things that make you sad. We can get through this!


hmmm macam mana boleh masuk ke topik ni pulak eh? hehehe 


anywayyy, sampai sini je lah untuk post kalini hahaha. Thank you sangat-sangat sebab masih ada lagi yang baca post aku yang merepek ni. Sekejap masuk topik pasal makanan, sekejap pasal universiti, pastu tiba-tiba masuk topik sedih pulak alahaiiii 



apa-apa pun stay safe everyone! Jangan lupa pakai mask! Semoga virus ni cepat-cepat pergi so that kita boleh keluar tanpa rasa takut lagi hehehe 



adiós mi amor 💛💛💛

 


8 comments

  1. thank you untuk kata2 semangat.I really need that
    sememangnya kita tak boleh sedih lama2..

    okay kita pon nak kasi word.

    jangan sedih kalau Allah tak makbulkan doa kita sekarang.
    Siapa sangka, di masa akan datang doa kita dimakbulkan? insha Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for that :') sy harap siapa2 yang tgh baca ni dapat lalui smuanya dgn semangat yang kuat & inshaallah everything will be okay.

      Delete
  2. Ye, Tak salah nak sedih...tapi don't too long duduk in that situation...Kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yessss exactly! sebab kalau lama sgt 'terperangkap' dlm situasi tu akn buat kita semakin ssh nak 'bangun' semula.

      Delete
  3. Hahahaha sampai dah taktahu nak masak apa is the real definition of PKP XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha kan kakkkkkk :') smpai dah muak asyik masuk dapur je huwaaaaaaa

      Delete
  4. welcome back... i guess ? Haha, even kita yang selalu jengah n update blog ni pun rasa janggal lagi dengn interface baru blogger, take time la nak selesakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha sampai skrg hah masih awkward & terkial guna interface baru ni. tapi cantik jugaklah interface baru skrg ni hahaha

      Delete