22 Jul 2017

Gelap by Ariff Adly | Fixi Review

Assalamualaikum


At first aku rasa macam takyah lah review novel ni tapi lepas dah habis baca terus duduk depan laptop sekarang ni hah. Buku ni dah lama jugak lah ; tahun 2014. Actually aku tengah baca buku fixi Lari masa bulan puasa tu,tapi sampai sekarang tak sambung baca balik hehhh so aku pun ambil lah buku gelap ni and tak sampai 4 jam aku dah habis baca hahaha tahniah! lol



buku ni tak berapa tebal plus jalan cerita pun menarik thats why kot dapat habis dalam masa yang singkat je



nah sinopsis. baca sampai habis okay


permulaan cerita diorang dalam perjalanan ke tempat parti yang diaturkan oleh Adi & girlfriend dia,Maya. Penulis ada describe macam mana rupa diorang so aku pun pandai2 lah imagine rupa diorang macam mana hahaha


rules 'parti' diorang kali ni ialah tak boleh guna hp,so hp diorang dimasukkan dalam peti & diorang guna walkie talkie je. Okay skip part yang lain. Orang pertama yang kena bunuh ialah Adi. Cara pembunuhan dia memang kejam okay sampai aku pulak yang terbayang2 sekarang ni. Fyi,semua cara pembunuhan dia memang kejam yang sangat kejam(macam pelik je ayat ni πŸ˜… ) 

after Adi dibunuh,aku memang dah agak salah sorang daripada diorang tu ialah pembunuh. aku cuba teka siapa pembunuh sebenar  and yes tekaan aku betul hahaha rasa macam diri hebat sangat masa tu padahal dah ada banyak clue kot hahaha


lepas tu,sorang demi sorang lagi yang kena bunuh. masa tu aku rasa macam apelah lah pembunuh ni,takkan lah dia nak bunuh diorang hanya gara2 perkara sekecil tu kot? Tapi lepas baca part 'video' tu perghhhh yes,mereka memang layak mati & diseksa. Tapi bukan dengan cara yang begitu. Dia tak ada hak nak bunuh orang sesuka hati walaupun aku tau perbuatan diorang tu memang terlampau sangat2. Kita sebagai manusia tak ada hak nak ambil nyawa orang macam tu. 

Hanya dua orang je yang selamat. Pembunuh tu & Dawi. Sebenarnya Dawi tak sepatutnya terlibat dalam masalah ni sebab dia baru kenal dengan geng2 ni lepas dia couple dengan Anip. Tapi nak buat macam mana kan dia dah terikut diorang jugak.


The ending is kinda weird for me hahaha tak puas hati sebenarnya 😬  boleh pulak si Dawi tu pergi tolong dia tanam mayat2 tu? hahaha Tapi bagi aku perangai macam Eva tu memang tak patut dicontohi,eh tak perangai diorang semua tu tidak sepatutnya dicontohi. Gaya hidup diorang bebas sangat and biasalah bila masuk sekolah menengah ni semua rasa nak 'up' je kan hahaha nanti dah tua baru rasa menyesal.


Aku tak dapat nak review banyak sangat takut terbagi spoiler pulak nanti. Overall boleh lah. Just jangan baca time malam,kalau korang penakut macam aku ni hah baca time siang2 je although tak ade lah seram mana cuma aku tak dapat stop terbayang cara pembunuhan tu je adoiiii especially part potong lidah tu pffff


aku bagi πŸ’›πŸ’›πŸ’›πŸ’› love untuk buku ni. Novel Kacau aku belum baca lagi,kalau genre buku yang seram2 ni aku memang kurang gemar sikit,nope i can't,maybe next time.



18 comments:

  1. dah lama x baca fixi,tp buku tebitan dorg mostly mmg best :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah mmg semua best & byk misteri hehe

      Delete
  2. Dah lama tak nampak orang buat review pasal buku fixi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikr. tak ramai dah yg buat review.

      Delete
  3. I skipped the after reading Adi mati dulu sebab I serioously think kena baca ni so taknak spoilerss. Entah bila nak beli taktaw laaa.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry for the spoiler though >.< hehe

      Delete
  4. buku fixi ni mindblown kot, misteri. saya teringin nk baca asrama, org kata tu paling hot kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah. jalan cerita dia lain daripada yg lain hehe. asrama best jugak! sbb ending dia mmg unexpected :D

      Delete
  5. ala....cerita dia memang kena cari buku ni nak tahu ending. napa taknak kasi spoiler? heheheheh
    nice review lah tashira. sampe polah orang mok beli tok...mun polah preloved roger kamek!
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kmk dah berik spoiler sikit2 ya kak hahaha sikmaok berik byk gilak.
      preloved? inshaallah kak :)

      Delete
  6. ralit plak baca..macam nak cari jugak buku ni..ala2 macam kdrama Missing 9 je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. adalah sikit2 mcm missing 9 tapi buku ni lebih kpd nak balas dendam je sbenarnya.

      Delete
  7. Huih macam best je. Nak kena carii ni. Dah lama tak tambah koleksi buku fixi baruuu.

    ReplyDelete
  8. Memang kejam pun cara pembunuhan dia.. Ganas and psiko..

    ReplyDelete
  9. takut pulak nak habis kan baca.. haha.. misteri ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...