Nikina by Nadia Khan | Review Fixi

Friday, May 31, 2019

Assalamualaikum


Yey i'm back lol


Memandangkan sekarang ni tengah cuti sem (obviously nak raya kot lol), so aku pun nak luangkan masa aku dengan baca buku fixi hoho. Sebelum cuti tu lagi aku dah plan nak beli 6 pack fixi macam dulu tu but then hmm TER-nampak baju raya yang lawa gilos kat ig so i changed my mind HAHAHA

pastu boleh pulak eh aku pergi baca preview untuk novel ni. AND I DON'T EVEN KNOW YANG NADIA KHAN ADA KELUARKAN BUKU BARU. Damn it, nampak sangat assignment yang berlambak tu buat aku hilang arah jap. Ni Nadia Khan kot, come on lah memang taklah aku nak sabar ni.

Kalau nak beli buku fixi tu dalam minggu ni obviously buku tu akan sampai selepas raya, so aku buat keputusan untuk beli e-book je (setelah difikir masak2 ok). Sebab aku tak berapa suka baca dari hp or laptop. Tak ada feel gitu. Lagi best baca dari buku tu sendiri plus nanti dapatlah jugak susun buku tu atas rak. BUT, aku sejenis yang tak sabar so whatever beli je lah e-book. Lagipun kalau beli e-book lebih murah sikit gais. Jimat RM10 HAHAHA lol


oh btw, aku beli e-book tu dari https://www.kakibuku.my. Korang download je apps KakiBuku ni dari google apps. 



Harga : RM8.71 murah kan?


Sinopsis

“Apa main gabung-gabung nama macam ni? Kamu tahu tak, ini dikira zina nama! Haram buat macam ni!” Ustazah Suhaila menempik di dalam kelas ketika ternampak Kina sedang khayal menulis namanya dan nama Nik berulang-ulang dalam pelbagai corak di atas kertas contengan – NIKINA, NIKINA, NIKINA... Kata orang cinta monyet takkan berkekalan. Tapi bagaimana kalau cinta monyet kita berjaya berevolusi menjadi cinta manusia?


ok i know sinopsis buku ni nampak cliche sikit. Macam sinopsis novel cinta2 alaf 21 tu pun ada gak hahaha. 


Watak utama dalam novel ni ialah Kina & Nik. Diorang ni bercinta sejak sekolah menengah lagi. Dah habis SPM tu diorang decide nak kahwin. Kahwin lari. Kina ni anak orang kaya, Nik pula anak orang sederhana. Dua2 ada masalah dengan family,  i mean, dua2 tak rapat sangat dengan parents diorang so diorang nak kahwin lari je.

Kina ni jenis yang bersikap jujur & lantang sikit, whereas Nik pulak jenis yang calm. Ngam lah tu kan hahaha. Diorang mendirikan rumah tangga dari bawah, maksudnya diorang cari duit sendiri, tak bergantung dengan parents, hmm obviously lah kan dah namanya kahwin lari lol

diorang ni boleh tahan romantik gak, buat aku jeles je HAHAHA biasalah orang yang forever single memang gini hahaha

ada dua watak sampingan dalam novel ni, Din (partner kerja Kina) & Huda (adik perempuan Nik). Watak diorang ni korang baca sendiri lah nanti hahaha 

rumahtangga Kina & Nik bahagia je sampai lah munculnya orang yang ketiga. Ok part ni buat aku saspen sikit sebab dalam permulaan jalan cerita tu tak diterangkan sangat siapa & kenapa orang ketiga ni tiba2 muncul. 

Sampai lah munculnya watak Kak Normah hah masa ni aku try teka jalan cerita tu sendiri. Sebab dari segi gosip yang diceritakan oleh Kak Normah ni buat aku saspek yang kemungkinan besar Kina ni lesbian. Gosip pasal apa tu? Hah yang ni korang baca sendiri gak >.< 

Banyak lagi yang aku try teka sebab well novel Nadia Khan semua plot twist dia boleh tahan buat aku terkejut gak hahaha 



but you know what? 

For the first time, semua tekaan aku tu salah HAHAHAH (cehh macam hebat je tekaan kau selama ni :P)


Rupa-rupanya Kina & Nik ni ............ 

k fine aku taknak bagi spoiler. 


Banyak jugak benda yang aku belajar dalam novel ni. Nama-nama penyakit dalam ni pun aku tak pernah dengar lagi but now dah tahu dah hehe

aku baca reviews dekat goodreads ramai yang kecewa dengan novel Nadia Khan ni. I don't know why tho. Yes, memang lah novel ni tak sehebat novel Gantung but you know what? I like this novel! Bagi aku jalan cerita novel ni santai je plus romantic (let's not skip that haha sebab memang romantik pun). Sekali-sekala nak tulis novel yang santai macam ni tak salah kan? Sebab ada gak plot twist dalam novel ni, just plot twist tu tak 'besar' sangat lah.


But well done Kak Nadia Khan! You never disappoint me! 😻😻


alright, tu je yang aku nak review kan hahaha sebab tak banyak yang perlu diceritakan takut nanti terbagi spoiler pulak. 

If korang nak lebih banyak plot twist then korang boleh try baca novel Pakar by Nadia Khan jugak.




aku bagi 4/5 bintang untuk novel ni 💋


12 comments

  1. macam menarik jer? dengan kak fa, kak fa terasa nak beli e-book tu.. nak baca...tak sabar nak tau apa yang jadi sebenarnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jugak novel ni kakk. jalan cerita santai je hehe

      Delete
  2. buku2 nadia khan tk nang banyak unpredictable bah, ya nak bestnya kan, twist pun padu. hehehehe. lamak rasa sik layan buku fixi. mesti layan gk kaktok :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. agreeeee. smua buku nya byk plot twist sampei pening palak kmk baca hahaha
      kmk pn bok jak active balit layan fixi, dah lamak dah sik baca haha

      Delete
  3. this looks good. macam best je

    ReplyDelete
  4. Tak tau pun ada apps for ebook melayu! Nak download

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pun baru tahu ni hahaha! ebook dlm ni murah je so boleh lah try hehe

      Delete
  5. Haritu pun kita nakbeli jugak lepas baca preview dekat playstore! (tapi takbeli hehehehe sekarang rasa nakbeli balik lol).

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah beli je hahaha alang2 dah baca preview kan haha

      Delete
  6. Tashira memang suka baca novel fixi camni kan. Kak Nad kurang sikit. Rasa macam tak pernah baca pun novel fixi ni hahah. Tapi serious murah harga buku tu. Cuba bagi spoiler sikit memang macam takkan dapat baca buku ni hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak sbb novel fixi ni kdg2 byk plot twist haha. akak kena baca bku fixi! byk yg serious best hehe. Kan? lebih jimat lagi beli ebook ni sbb tak sampai rm10 pun >.< HAHAHA dah banyak spoiler tu kakkk. ok lain kali sy bagi spoiler utk review bku yg lain hehe

      Delete