Kitafund : Platform Untuk Mengumpul Dana --- Jom Bagi Sumbangan!

Friday, July 26, 2019

Assalamualaikum


Disclaimer : This is not a sponsored post. Saja nak share hehe


semalam tengah syok tengok insta story then tiba-tiba ternampak story kumpul dana untuk vaksin kucing-kucing jalanan. so aku pun tekan link tu. aku ingatkan owner yang tengah nak kumpul dana tu punya website tapi rupanya website tu tolong diorang kumpulkan dana. Erm, tak reti nak explain so aku harap korang faham setakat ni hahaha


Apa itu Kitafund (CrowdFunding)?

Crowdfunding adalah suatu usaha mengumpul dana yang melibatkan orang ramai.

Sebagai contoh, jika kita mampu meyakinkan 10,000 orang untuk memberi sumbangan sebanyak RM10 setiap orang, kita akan berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM100,000.

Disebabkan itu, crowdfunding yang efektif dan berkesan selalunya dijalankan secara atas talian. Melalui cara ini, info berkenaan kempen dan keperluan kecemasan perubatan boleh disebarkan secara meluas dengan lebih mudah dan pantas.

Laman ini telah ditubuhkan bagi membenarkan kita untuk bekerjasama dalam membantu mereka yang memerlukan, secara telus dan mudah.


Selain daripada Kitafund, syarikat diorang ni ada tubuhkan skolafund.com jugak di mana ia adalah sebuah laman crowdfunding yang bermatlamat untuk membantu pelajar-pelajar, terutama daripada golongan yang kurang berkemampuan, mendapat dana bagi pendidikan tinggi dan peluang-peluang yang berkait dengan pendidikan tinggi. Setakat ini (April 2019), sebanyak RM 1.6 juta telah disumbang oleh orang ramai untuk membantu hampir 300 pelajar melalui Skolafund.com.


Bagaimanakah cara untuk menyumbang?

1. Buka laman web https://kitafund.com

2. Cari kempen yang korang nak sumbangkan & tekan 'lihat kempen'. (Korang boleh baca dulu kisah or berapa banyak dana yang diorang perlukan untuk kempen tu)



3. Tekan 'sumbang' / 'sponsor'



4. Nyatakan jumlah yang korang nak sumbangkan. Or boleh tekan MYR20/50/100. 
oh ya, kalau bayar guna Molpay akan dikenakan caj 3%, paypal pulak caj 5%+RM1. yang Molpay tu caj berapa sen je dont worry.


5. pastu korang akan dibawa direct ke laman khas untuk pembayaran. Yang ni rasanya semua tahu lah kan step tu macam mana?

6. And you're done!!


Tak kisah korang nak sumbang berapa asalkan niat tu ikhlas & nak bantu je. So lepas ni boleh lah bukak website ni je kalau tiba2 rasa macam nak buat derma kan? Hehe


kat sini aku pastekan link tu besar-besar eh takut korang tak perasan pulak link yang aku letak kat atas tu






Selamat beramal guys hehe

5 comments

  1. Bagus juga ada platform camni. Better baca dulu kisah diorang. Kalau rasa betul-betul susah kita tolong la. Sebab pernah juga ada kes yang dia memerlukan bantuan tapi dia sendiri pun macam belum usaha sendiri untuk dapatkan duit. Ada pula yang mintak sponsor untuk belajar oversea. I mean macam not very critical la. Kalau tak mampu study oversea sampai perlu crowdfunding, why not study dalam negara je. Kan kan heheh.

    ReplyDelete
  2. alaa kesiannye kucing -kucing tuu

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing this darling

    ReplyDelete
  4. Oh this is like gofundme but for malaysian. This is good news! Although I mostly do all my payments through paypal (mahal sikit lah charges nya) but bila niat nak tolong, tak kisah lah berapa pun, inshaAllah sedekah kita tu membawa makna . Thanks for this post, I didn't know this website exist.

    ReplyDelete