Powered by Blogger.

Social Icons

// тняιℓℓɛяƨ.

Kitafund : Platform Untuk Mengumpul Dana --- Jom Bagi Sumbangan!

Assalamualaikum


Disclaimer : This is not a sponsored post. Saja nak share hehe


semalam tengah syok tengok insta story then tiba-tiba ternampak story kumpul dana untuk vaksin kucing-kucing jalanan. so aku pun tekan link tu. aku ingatkan owner yang tengah nak kumpul dana tu punya website tapi rupanya website tu tolong diorang kumpulkan dana. Erm, tak reti nak explain so aku harap korang faham setakat ni hahaha


Apa itu Kitafund (CrowdFunding)?

Crowdfunding adalah suatu usaha mengumpul dana yang melibatkan orang ramai.

Sebagai contoh, jika kita mampu meyakinkan 10,000 orang untuk memberi sumbangan sebanyak RM10 setiap orang, kita akan berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM100,000.

Disebabkan itu, crowdfunding yang efektif dan berkesan selalunya dijalankan secara atas talian. Melalui cara ini, info berkenaan kempen dan keperluan kecemasan perubatan boleh disebarkan secara meluas dengan lebih mudah dan pantas.

Laman ini telah ditubuhkan bagi membenarkan kita untuk bekerjasama dalam membantu mereka yang memerlukan, secara telus dan mudah.


Selain daripada Kitafund, syarikat diorang ni ada tubuhkan skolafund.com jugak di mana ia adalah sebuah laman crowdfunding yang bermatlamat untuk membantu pelajar-pelajar, terutama daripada golongan yang kurang berkemampuan, mendapat dana bagi pendidikan tinggi dan peluang-peluang yang berkait dengan pendidikan tinggi. Setakat ini (April 2019), sebanyak RM 1.6 juta telah disumbang oleh orang ramai untuk membantu hampir 300 pelajar melalui Skolafund.com.


Bagaimanakah cara untuk menyumbang?

1. Buka laman web https://kitafund.com

2. Cari kempen yang korang nak sumbangkan & tekan 'lihat kempen'. (Korang boleh baca dulu kisah or berapa banyak dana yang diorang perlukan untuk kempen tu)



3. Tekan 'sumbang' / 'sponsor'



4. Nyatakan jumlah yang korang nak sumbangkan. Or boleh tekan MYR20/50/100. 
oh ya, kalau bayar guna Molpay akan dikenakan caj 3%, paypal pulak caj 5%+RM1. yang Molpay tu caj berapa sen je dont worry.


5. pastu korang akan dibawa direct ke laman khas untuk pembayaran. Yang ni rasanya semua tahu lah kan step tu macam mana?

6. And you're done!!


Tak kisah korang nak sumbang berapa asalkan niat tu ikhlas & nak bantu je. So lepas ni boleh lah bukak website ni je kalau tiba2 rasa macam nak buat derma kan? Hehe


kat sini aku pastekan link tu besar-besar eh takut korang tak perasan pulak link yang aku letak kat atas tu


https://kitafund.com




Selamat beramal guys hehe

Friday, July 26, 2019

read more

Craving Satisfied #7

Assalamualaikum


before that,

have you ever heard about Shopback? Basically Shopback is an app yang akan bagi korang cashback setiap kali korang berbelanja online! As for now, aku dah berjaya kumpul RM132+ guys! Want to know more? You can read my previous post here 👉 Shopback | Review

______________________________________________________________________


last post untuk tajuk ni ialah tahun lepas guys! time ni aku masih dalam semester 3 lagi. hmmm cepatnya masa berlalu, macam tak percaya je dah nak habis tahun 2019 ni.

craving satisfied #6


i don't know what to post soooo ..... let's just skip the intro shall we 😂




so what do you do bila ternampak food truck tersusun kat depan fakulti korang? Obviously korang akan rasa excited kan?! Ke aku je? Ni ais kacang Swee Kang. Kalau korang tanya orang local tempat makan yang best kat kuching sarawak ni, confirm Swee Kang Ais Kacang termasuk dalam list tu. Sebab SERIOUS SEDAP! 



aku tak tahu kenapa aku suka sangat dengan ais kacang HAHAHA semester 4 ni aku banyak melantak ais kacang je. Ais kacang kat warung area kolej aku ni pun sedap jugak! Setiap kali makan sini memang order ais kacang je lah.





tengok gambar ni buat aku craving je lah huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa. fyi, location shopping mall ni ambik masa dalam 5 minit je dari kolej aku. kadang-kadang tu tak sampai 5 minit pun lol. so obviously, setiap kali lepas shopping groceries untuk topup barang asrama aku wajib singgah beli milk tea 😂 & aku order benda sama je! either hazelnut milk tea or dirty milk tea LARGE. aku tak pernah lagi order size small sebab orang tamak memang macam ni lmao. & hazelnut milk tea dia ya allah sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa



THIS!!! (abaikan ais kacang tu sebab tak sedap langsung ugh)
i cannot tahan nafsu kalau ternampak menu tomyam. Tomyam ni tak pernah mengecewakan guys! Isi ayam dalam tu pun umphhhh! HAHAHA ok aku tak tahu macam mana nak explain lagi tapi yang penting memang sedap. So siapa-siapa yang nak datang kuching sarawak tu boleh lah roger aku tanya tempat makan mana yang sedap kat sini lol



(credit to yani for this photo 👏😑)

masa ni memang teringin sangat nak makan churros although masa tu dah kenyang rasa nak muntah balik makanan dalam perut tapi aku gagahkan juga diri untuk makan ni hahaha



last month pergi sabah & masa tu teringin sangat nak kunyah something then ternampak orang ramai beratur beli aiskrim ni so why not try beli je. AND IT WAS SO GOOD!! tambah topping oreo lagi lah ughhhhh nak lagiiiiiiiiiii



yang ni aku dah review kat post tease by jases tea room | kuching hehe






again, my favorite cafe  ni 💛 masa ni result kitorang akan keluar dalam pukul 12 tengah hari tau. So kitorang gerak ke cafe ni dalam pukul 11 pagi. Aku memang tak tenang dah masa ni sebab takut nak tengok result 😭 rasa takut dia tu lain macam ok hahaha. lepas habis makan tu kitorang stay kejap kat cafe tu try check result tapi obviously tak dapat sebab ramai sangat yang check dalam satu masa so memang hang lah website tu kan. 

dah try dalam 10 kali gak masih jugak tak dapat so kitorang pun chau je lah pergi shopping mall. Dah sampai kat shopping mall pun masih takleh check jugak! Geram betul aku masa tu.

sambil jalan-jalan tu tiba-tiba kawan aku terjerit sambil tengok phone. dari expresi muka dia aku dah agak dia dapat result yang bagus so lagilahhhhhhhh aku nervous. Aku try check sekali lagi tapi masih tak boleh 💆💆 then tiba-tiba je website tu dah ok & guess what? kitorang berdua terjerit macam orang gila dalam shopping mall tu HAHAHA semua orang pandang tahu takkkkk omg malu gila but i dont care sebab alhamdulilah dekan & happy sangat-sangat tengok result! Tak sia-sia aku tak tidur buat assignment & asyik nangis sebab benda yang dibelajar tak masuk dalam otak lmao. Lepas  berbalas whatsapp dengan family & kawan2, kitorang bergerak pergi karaoke pulak HAHAHA. 




ok macam panjang pulak post ni. byeeeee






Sunday, July 21, 2019

read more
new posts old posts
Subscribe to: Posts (Atom)

OH, HI THERE ♡

Sunsets are proof that endings can be beautiful too ♡

tashira amran,

(bachelor's degree in psychology)

contact me at tashira445@gmail.com

Followers

Search

Labels

  • Korean Drama
  • Online Shop Review
  • Skincare
  • baking
  • beauty
  • book review
  • cafe hunting
  • craving
  • do it yourself
  • foods

Inspiration

  • Mazni Munawar
    Mendaki gunung Merbabu - Campsite
    2 weeks ago
  • Her Little Guilty Pleasures
    The Book That Broke Me: When Worries Turn to Hope
    11 months ago
  • Tqa London
    Hello Again, Blogger
    1 year ago
  • BudakVanilla's
    life update | second half of the year 2024
    1 year ago
  • PROUDDUCK
    untied shoelaces
    4 years ago
  • Aisyasakura
    The BTS Meal honest review | McDonald's X BTS
    5 years ago
  • Nadratul Syazwana
    Perkenalkan Anak Kucing Baru, si Koko
    6 years ago

Featured Post

Musketeers by Nadia Khan | Review Fixi

History

  • ▼  2021 (8)
    • ▼  April (3)
      • The Hash Cafe, Kuching
      • Why You Should Be Using A Night Cream
      • High Quality Products from Lover Beauty!
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2020 (16)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (24)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (7)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (10)
    • ►  December (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (22)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2016 (43)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (6)
    • ►  January (6)
  • ►  2015 (18)
    • ►  December (7)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (7)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  March (3)

Get in touch!

© // тняιℓℓɛяƨ..
Theme by Eve.