Assalamualaikum
hey. rasanya ramai je budak u yang dah habis kelas kan sekarang ni? kitorang hari rabu tu dah habis kelas hahaha banyak gila kelas yang habis awal. Assignment,presentation semua dah settle. So sekarang just tinggal final exam je. Wish me luck! Ada masa 2 minggu untuk belajar. And final exam kali ni kitorang ada 4 paper je so jyeahhhh cuti awal lah ni 😍😛
tadi belek-belek gallery tengok banyak gila gambar makanan hahaha pfff kata nak kurus. tak tercapai lagilah azam aku tu tahun ni 💁 takpe,tahun depan kan ada hahaha
yang sebelah kiri tu aiskrim gula apong 😋 setakat ni aku memang puas hati sikit dengan semua aisrim gula apong yang aku dah bedal hahaha tak pernah mengecewakan. and wajib letak topping oreo sebab aku memang hantu oreo T_T
jap aku lupa lah pulak nama mee ni 😕 yang pasti aku tak makan habis sebab kenyang minum air hahaha
kenapa eh kalau duduk kat asrama rasa lapar dia tu lain macam je? hahaha yang sebelah kiri tu aku craving nak pizza. dah lah masa tu hujan yarabi rasa craving dia tu kuat sangat hahaha so call pizza hut. Kesian kat abang delivery tu,dah lah hujan kuat :')
yang sebelah kanan tu pulak kitorang sanggup keluar pukul 9 malam untuk pergi mcdonald. Bangun tido je terus panggil housemate ajak keluar makan,aku terbayang mcflurry oreo sebenarnya masa ni hahaha
kat unimas ni ada satu cafe yang aku suka gilaaaa. tapi kalau pergi tiap2 hari ni boleh pokai aku hahaha selalunya kalau aku pergi cafe aku memang akan order latte. yang kanan tu pulak mee hailam. perghh lapar lah pulak aihhh
masa ni kitorang nak pergi temankan kawan renew lesen. dia kata nak makan kat telaga air 😑 dahlah perjalanan nak pergi sana dalam 1 jam lebih jugak wei hahaha sanggup gila. nasib baik sedapppp,kalau tak isyyy panas hati aku. Tom yam dia perghhhh sedap gilaaaa. Bihun seafood tu pun sedapppp. Lain kali nak pergi makan sini lagi haha T_T
the best drinks i have ever had! yang sebelah kiri tu aku lupa nama,hm yang pasti topping dia oreo ahahah yang sebelah kanan tu pulak oreo smoothie! my all time favorite! aku rasa kat semenanjung tak ada singapore chicken rice (rasanya lah). dekat kuching berlambak je kedai makan ni. setiap kali parents aku datang ambil aku balik confirm kitorang makan kat sini. tapi semalam boleh pulak diorang kata mesin smoothie tu rosak pfff kempunan je lah aku cisss but you must try this!
okay tu je hahaha k bai
Assalamualaikum
heyyyyy
dah
nak
final
exam
wei
ha
ha
ha
whatever hahaha 💁
siapa yang dah tengok movie ni? 🙋🙋
lepas habis kelas je pukul 4 petang tu kitorang terus naik grab pergi tengok wayang. Ingatkan nak tengok yang pukul 8 malam tu tapi kelas habis awal so tengok je lah yang pukul 6 petang tu hah
kitorang suka pergi tengok wayang kat area shopping mall unimas ni sebab tak banyak orang kan tapi semalam gila lah ramai jugak orang pergi tengok movie ni erhhh , selalunya sikit je hahah
aku kalau tengok cerita seram kan memang taklah aku nak beli popcorn hahaha tapi beli jugak lah semalam. nasib baik popcorn tak terbang dalam panggung tu 😑
sinopsis movie ni korang cari lah dalam google haha malas aku nak copy & paste.
nak kata movie ni seram tak jugak lah. Tapi banyak sangat scene yang mengejut omg boleh sakit jantung aku. and muka "ibu" dalam cerita ni seram gila hahahaha the makeup though
and jalan cerita ni tergantung tau tak?! aku memang marah gila tengok ending dia wth dah lah jalan cerita dia pun tak berapa jelas gosh buang duit je beli tiket dia ni
and then ada scene bila anak lelaki ustaz tu mati accident erhh yang part tu aku rasa paling seram haha sebab dia memang tunjuk laki tu diheret di bawah lori,dengan muka dia terbelah lah yarabi seram pulak aku bayangkan scene tu hahaha
part yang aku tak faham,boleh pulak si "ibu" tu datang kacau Rini tengah bersolat? Wth
lepas tu boleh pulak hantu pocong tu bunuh manusia eh? hahaha macam-macam jenis hantu aku tengok dalam movie ni tau tak. Ada pocong kaler putih & hitam.
scene yang terakhir tu memang gila lah. Stress aku fikir jalan cerita movie ni. Maybe ada sambungan kot nanti,ntah lah.
tapi sampai sekarang aku masih terbayang muka si ibu tu wei hahaha kawan aku asyik ulang ayat "ibu datang balikkkkkkk" isyyy kuang ajar betul lah haha
sorry lah kalau aku tak review sangat,sebab malas lah nak review panjang2. korang tengok je lah sendiri nanti 😁
overall boleh lah jugak tengok untuk buang masa kan haha orang2 dalam pawagam pun dok terjerit macam kena histeria 😱😱 dengan aku sekali yang terkejut dengar diorang isyyyy
Assalamualaikum
aku dah berapa kali nak taip entry ni tapi sekarang barulah mood tu datang xD
Rasanya aku tak ada bagitau kot dalam blog ni,actually aku habis STPM pada tahun hm 2015 rasanya. Aku rehat selama hampir 2 tahun jugak lah (maksudnya aku tak buat apa2 sepanjang habis stpm lol)
so bulan 9 haritu alhamdulilah aku dapat jugaklah tawaran masuk Unimas. Aku dari dulu memang target nak masuk Unimas sebab tak nak duduk jauh sangat tapi adalah dalam 40 minit jugak dari rumah sendiri,itupun kalau tak jem weii
Tapi aku masih ingat lagi masa nak isi upu haritu aku confuse nak pilih course yang mana satu. Serious confuse gila. Tapi last-last aku dapat course yang aku nak tapi rasa macam menyesal pulak wei ambil course ni hehhhhhhhh benda dah terjadi nak buat macam mana kan?
Course ni banyak melibatkan science! Mula-mula tu aku okay je janji tak ada maths kan cause i really really really tak suka mathematics. Kau nak cakap macam mana sekali pun aku tetap tak suka maths hahaha nampak tak betapa bencinya aku dengan maths ni? 😤😤
kau kena belajar dari sekarang sebab kalau kau belajar last minute ya allah jangan harap lah benda yang belajar tu akan masuk ke dalam otak hahaha hancuss exam
course yang aku ambil ialah Psychology. Kitorang first batch psychology ni hahaha sebab ni course baru dalam unimas.
Subjects untuk sem 1 je dah buat otak aku rasa nak pecah tau tak?
Basic helping skills, Introduction to cognitive science, Cognitive psychology, Introduction Psychology, Physiological psychology.
tu semua wajib kena ambil.
Dengan assignment lagi yarabi hahaha yang tu takyah cakap lah memang boleh jadi gila aku ni,lagi-lagi aku jenis yang suka sangat nak tangguh kerja lagilah gila aku dibuatnya.
and ni first time lah aku tinggal kat hostel hahaha selama ni tak ada pengalaman wei nak tinggal kat hostel tapi semua okey je and yang paling best,first day masuk je dapat roommate yang sama course ya allah alhamdulilah menangis2 aku malam sebelum tu sebab takut sangat tapi alhamdulilah dipermudahkan.
nak marathon drama tu jangan haraplah. List drama yang aku nak download kan dah panjang gila dah ni. Entah bila nak download. ni pun tengah nak siapkan assignment fuhhh dalam minggu ni je kena hantar 3 assignment yang berbeza sekali gus . korang doakan lah aku k? hahahaha desperate sangat dah ni
nak blogwalking tu memang susah sangat-sangat apatah lagi nak tinggalkan komen,kalau internet laju tu takpe lah jugak aihhhh
nantilah aku update lagi hahaha banyak gila rasanya benda yang aku nak ceritakan ni.
sampai sini je kot. Bye!
Assalamualaikum
Lepas balik je dari Kampung Budaya untuk buat video assignment,kitorang terus gerak ke shopping mall nak tengok wayang. Last minute plan lah jugak. Pagi tu panas giler wei,lepas tu masa kitorang keluar je dari kampung budaya tiba-tiba ribut lepas tu hujan lebat pulak.
Kitorang belum tahu lagi nak tengok movie apa tapi kitorang memang tak nak tunggu lama,so last2 kitorang decide nak tengok movie Happy death day je. Tapi movie ni dah start dalam 20+ minit macam tu jugak hahaha so cepat2 masuk dalam panggung. Baru je nak duduk tiba2 ada scene pompuan tu kena terkam cisssss boleh sakit jantung kalau macam ni haha
Tree Gelbman is a blissfully self-centered collegian who wakes up on her birthday in the bed of a student named Carter. As the morning goes on, Tree gets the eerie feeling that she's experienced the events of this day before. When a masked killer suddenly takes her life in a brutal attack, she once again magically wakes up in Carter's dorm room unharmed. Now, the frightened young woman must relive the same day over and over until she figures out who murdered her.
Tapi nasib baik kitorang faham jugak jalan cerita dia although dah terlambat dalam setengah jam hahaha. Movie ni tak adalah seram mana,aku ingatkan cerita hantu sebab aku belum baca sinopsis dia lagi,trailer pun aku tak tengok lagi masa tu hahaha tapi movie ni ada jugaklah yang part kelakar.
Baca sinopsis tu pun korang dah faham kan jalan cerita dia? At first aku ingatkan Carter pembunuh tu tapi rupanya orang lain. Tak terfikir pulak dia tu pembunuh sebenarnya.
Movie ni ada banyak life lesson yang korang dapat ambilkan hahaha tapi kan,motif pembunuh tu nak bunuh Tree memang tak masuk dek akal lah. Hanya gara-gara tu je?
Carter yang banyak bantu dia and last2 of course lah dia jadikan Carter sebagai boyfriend kan? Ada lah jugak part romance tapi tak banyak. Scene lawak lagi lah banyak hahaha
Jangan risau,movie ni happy ending.
aku tak tahu nak review apa lagi sebab kalau aku review lebih mendalam takut terbagi spoiler pulak dah. Macam mana eh? Korang tengok lah sendiri.
apa-apa pun boleh lah movie ni. Tak ada lah boring mana. Best lah jugak haha
Rate : 💥💥💥/💥💥💥💥💥
Assalamualaikum
fuhh fuhh fuhh blog ni dah berdebu dah haha
aku pernah review age of youth season 1 so boleh lah klik kalau nak baca hokay.
kalau korang belum tengok yang season 1 please lah tengok sekarang sebab tak rugi korang tengok.
ni nak review yang season 2 pulak. Aku memang tak sabar-sabar tunggu drama ni tau tak,sekarang baru keluar episode 12,padahal yang episode 13 dah keluar pun cuma subs tu aje yang lambat aihhh nak buat macam mana kan bersyukur je lah ada orang tolong subs kan hahaha
3 orang yang sebelah kanan tu cast lama,yang dua orang sebelah kiri tu pulak cast baru. Yang guna gaun hijau tu ganti watak Eun Jae. Yang tinggi tu pulak housemate baru diorang. Kang Yi Na dah tak termasuk dalam cast ni,mungkin sebab kontroversi pasal T-ara tu kot. Tapi episode 1 dia ada muncul lah.
First episode perghhhh memang best gua cakap 👍👍👍 part yang Kang Yi Na bawak kereta tu memang aku faham sangat hahaha sampai tergelak-gelak aku tengok part tu. And yang tak boleh blah boleh pulak diorang escape dari perompak tu hahaha tak masuk akal sungguh haha
setiap episode tu aku memang perhati watak pompuan yang ganti Eun Jae tu,and unfortunately aku lebih suka pompuan yang sebelum ni. Ntah lah aku tak berapa suka dengan expression muka dia 😂😂
yang watak Ye Eun tu pulak aku suka kali ni haha yelah sebab dia dah putus kan dengan ex boyfriend dia tu. Dia sekarang masih trauma lah dengan kejadian2 yang berlaku dulu so aku perhati setiap kali dia pergi kelas dia guna pakaian serba hitam tau tak hahaha dulu2 dia selalu guna skirt or dress tapi sekarang watak dia dah lain sikit.
season kali ni lebih fokus kepada watak Song Ji Won. WEI AKU SUKA LAH TENGOK DIA DENGAN SUNG MIN 💕💕 seingat aku Sung Min memang dah suka dengan Ji Won dari season 1 tu lagi kan? Cuma Ji Won tu je yang tak perasan. Ehem nak jugak lah boyfriend macam Sung Min hahaha dia sanggup gila layan kerenah Ji Won yang aneh + pelik tu. Setiap kali muncul scene diorang berdua ni confirm aku senyum sorang2 hahahaha cisss
eh lupa pulak nak share plot drama ni haha
Set one year after season 1 of "Age of Youth." Jin-Myung (Han Ye-Ri) successfully found a job after she returned from China. Ye-Eun (Han Seung-Yeon) took a year off from school due to the aftereffects of her abusive ex-boyfriend. She is now returning to her university. Ji-Won (Park Eun-Bin) has yet to find a boyfriend. Eun-Jae (Ji-Woo) broke up with her first love and she is in emotional pain. The girls have a new housemate Jo Eun (Choi A-Ra) at their sharehouse. She stays in the room previously occupied by Yi-Na (Ryu Hwa-Young).
okay macam ni. Selepas Kang Yi Na pergi,datanglah sorang lagi housemate baru diorang iaitu Jo Eun. Tapi tujuan dia nak tinggal kat rumah tu sebab dia terjumpa sepucuk surat dalam kedai buku lama. Surat tu macam surat ugut. Aku taktau macam mana nak explain so korang tengok sendiri hahaha.
Watak Eun Jae dalam season ni bagi aku annoying sikit hahaha . Dia dah break dengan boyfriend dia tapi yelah laki tu first boyfriend dia kan so dia macam tak boleh terima lah diorang dah break. Aku sakit hati je tengok dia sebab kalau masih suka cakap ajelah kat laki tu hahaha geram jugak lah aku. okay skip part dia ni hahaha
hmm Jin Myung tu pulak macam biasalah kisah dia. Tak banyak yang berubah just dia dah jumpa kerja tetap je kat company besar. Housemate diorang yang baru tu pulak boleh lah. Tinggi gila dia wei hahaha dia ada love line dengan Seo Jang Hoon tapi macam tak cun lah sebab pompuan tu tinggi lampai,laki tu pulak pendek hahaha but whatever.
plot dia kali ni lebih saspen sikit. terbaik lah penulis drama ni hahaha lagipun drama ni popular jugak sekarang. Ramai yang kata best.
Aku tak sabar nak habis tengok drama ni. Sekarang ni aku rasa macam bersalah wei nak tengok drama sebab assignment,proposal semua belum siap,rasa nak nangis je hahaha
Assalamualaikum
alkisahnya mak aku tengah bukak instagram then ternampak lah ig shop doresuwe ni,banyak gak baju-baju yang cantik so aku pun bukak website diorang dalam laptop. Ingatkan Malaysia punya rupanya Japan. Aku tanya dia betul2 nak beli ke,sebab aku tak berapa yakin nak beli barang dari negara lain takut kena tipu ke apa ke hahaha T_T
so ni rupa website doresuwe.
*please take note that this is not a sponsor post*
masa aku beli tu kalau nak free shipping kena beli over 9999 JPY. Tapi tengok sekarang dah turun harga dah >.<
so kitorang pun pilih lah barang-barang yang ada kat situ. Campur punya campur total dah dalam
10686 JPY so yeayy dapat free shipping. Jumlah barang yang kitorang beli ialah 6 and semuanya baju,ada satu je kasut.
Cara nak beli takyah ajar lah kan? Sebab sama je cara dia. Tapi payment method dia dapat guna Visa,Mastercard & Paypal je lah.
Lepas dah settle bayar,aku pergi bukak my account and view order. Kat situ dia ada tunjukkan order track korang.
then tiba2 nampak "your order has been hold". aik,apahal pulak ni? aku ingatkan ada masalah dengan payment dia tapi kat situ dah letak PAID so aku pun panik HAHAHA pastu terus bukak google cari pasal doresuwe ni,mana tahu kot2 ada orang review kan tapi malangnya tak ada.
aku check email tapi tak ada pun service stuff diorang hantar email. Pfff the next day pulak makin banyak benda tu muncul.
aku bukak email then nampak ni
sepatah haram pun aku tak faham hahaha harapkan bantuan dari google translate je lah. Rupanya ada 2 baju yang aku order tu out of stock. hmm ingatkan apa tadi. So kitorang pun berbalas lah email dalam bahasa japan okay. Nasib baik ada google translate kan.
nah baca
lamaaaa jugak aku cari sebab aku malas nak tambah bayaran tu so aku pun cari lah barang yang harga dia hampir sama dengan sebelum ni. Banyak kali jugak aku send email kat diorang tapi banyak yang kena reject sebab out of stock lagi T_T aku rasa dah lebih dari sepuluh kali aku hantar email. diorang tak update pun barang yang dah out of stock tu.
but service staff diorang memang baik lah haha so taklah aku panas hati sangat kan masa tu.
lama jugak aku nak tunggu barang tu sampai. Kalau aku tahu memang aku dah pilih express delivery but it's okay sebab tak urgent sangat. Kat order track tu nanti diorang ada bagi tracking number guna china post. Perghh orang kata china post ni lambat so memang lambat lagi lah sampai.
and diorang hantar barang tu satu persatu okayy,maybe sebab tak sama factory yang buat product tu.
aku order pada 19 august 2017,semua barang tu pulak sampai pada 27 september,esok lah kan haha sebab tadi baru je check pos laju and barang tu masih dalam delivery process tapi tak sempat hantar harini so esok lah. fuhhh lama tu. satu bulan lebih lah jugak kan.
barang semua sampai dalam keadaan yang baik and puas hati jugak lah alhamdulilah. Nak tunjuk gambar tapi aku kat asrama ni hah macam mana nak ambil gambar hahaha. aku tunjuk gambar yang aku orderkan ajelah eh. Semua barang yang sampai memang macam yang kita nampak dalam gambar tu.
barang semua sampai dalam keadaan yang baik and puas hati jugak lah alhamdulilah. Nak tunjuk gambar tapi aku kat asrama ni hah macam mana nak ambil gambar hahaha. aku tunjuk gambar yang aku orderkan ajelah eh. Semua barang yang sampai memang macam yang kita nampak dalam gambar tu.
i really love this blouse ❤ tapi nyesal pulak beli color biru hahaha sebab yang merah ni nampak cantik jugak kan?
sandal ni pulak aku beli sebab tak ada pilihan dah,semua baju yang aku pilih tu out of stock so last-last pilih ni ajelah. but i still love it though.
and ada beberapa barang lagi tu my mom punya so that's it.
kalau rasa nak shopping kat doresuwe ni hah pergi lah kat website diorang. 😊😊
p/s : stress dengan assignment oi
Assalamualaikum
eyyy whats up ✋✋
alkisahnya tadi terbaca pasal perkahwinan selebriti indon Laudya Chintya Bella tu. Tengok muka dia macam kenal je so aku pun google lah dia,bukak wikipedia tengok dia pernah berlakon sinetron apa,tapi satu pun aku tak kenal hehhh mana pulak aku pernah nampak dia ni eh . Then ternampak dia ada keluarkan single 'Let's dance together' with Melly Goeslaw,jap macam kenal je lagu ni,pastu terus bukak youtube.
O.M.G
lagu tu rupanya dari sinetron Cinderella yang pernah ditayangkan kat tv2 dulu pada tahun 2011. Aku masih ingat lagi dulu aku memang suka gila dengar lagu ni hah. Drama tu pun aku suka gak. Bila dengar balik lagu tu kat youtube tiba2 rasa sebak pulak HAHAHA i miss my childhood. Dulu-dulu aku suka gila layan sinetron indonesia. Memang dah banyak sinetron yang aku dah tengok. Yelah although jalan cerita diorang agak lembap and menyakitkan jiwa bila tengok tapi entah kenapa aku tetap nak tengok sampai habis jugak.
Macam sinetron Bawang Merah Bawang Putih, Nada Cinta (omg aku suka layan drama ni dulu gara2 Randy Pangalila & Aditya Firmansyah lah ni), Bidadari (ingat lagi tak Marshanda masih muda lagi masa ni huhu nak pari-pari jugak haha).
Aditya Firmansyah. aku siap print gambar dia banyak2 lekat dalam notebook okay 😃😂
Dulu-dulu kan astro ada channel yang khas untuk cerita indon like Pelangi kalau tak silap (hmm tak ingat), selalu bila balik sekolah je aku duduk depan tv dengan bibik dari indon tengok sinetron Kawin Gantung etc. Hahaha sambil lipat pakaian sambil tengok tv.
tiba-tiba rasa rindu pulak dengan sinetron lama2 ni huhu. Dulu boleh lah layan semua ni tapi sekarang adoi duduk depan tv pun dah tak ada sebab asyik layan drama korea dalam laptop HAHAHA dulu zaman tengok drama indonesia,sekarang pulak zaman tengok drama korea okay hahaha
kadang2 ternampak artis2 indonesia ni kat instagram,banyak yang dah berkahwin and ada anak rupanya. Tak catch up sangat dengan berita diorang.
hmm lepas ni nak try cari drama2 ni kat youtube lah kalau ada 😭😭
you feel me?? 😣😭😭😭
Assalamualaikum
well hello.
lama
tak
update
ha
ha
ha
okay. drama ni baru je habis dalam bulan august. Aku memang dah habis download drama ni tapi yelah haritu tengok episode 1 macam tak best so tengok setengah je then stop. Hari sabtu ni tadi baru start tengok balik. Woah what can i say is drama ni memang best. Nasib baik aku tak delete.
Woo Ah-Jin (Kim Hee-Sun) lives a luxurious life due to her wealthy father-in-law, but her father-in-law's finances become decimated and her husband betrays her. Woo A-Jin's life hits rock bottom. Park Bok-Ja (Kim Sun-A) is a mysterious woman and she hides her heartbreaking story. She brings about fierce hardship on Woo A-Jin.
at first,i though that Woo Ah-Jin ni yang jahat haha but nope. Woo Ah Jin ni character dia memang perfect. Dia kahwin dengan Ahn Jae Suk,anak orang kaya tapi suami dia ni bodoh sikit hahaha aku benci nak mati tengok character suami dia ni,memang sewel ah character dia.
Park Bok Ja ni pulak emm macam mana nak explain eh. Dia ni jealous dengan kehidupan Woo Ah-Jin yang serba mewah. Kira macam Woo Ah Jin ni role model dia lah. Dari kecik kehidupan dia memang miskin & susah. So dia ambil keputusan untuk jadi penjaga kepada bapa mertua (Ahn Tae Dong) Woo Ah Jin yang tengah sakit. Dia cuba pelbagai cara so that Ahn Tae Dong ni jatuh cinta & kahwin dengan dia. Maklamat dia just nak ambil harta diorang tu je sebenarnya. Tapi nak kata dia jahat sangat tu taklah,dia just teringin sangat nak jadi orang kaya je sebenarnya & dia memang ada rasa sayang jugak kat Ahn Tae Dong.
first episode tu korang akan tengok Park Bok Ja ni dibunuh oleh seseorang. Tapi episode 20 nanti barulah korang tahu siapa yang bunuh dia . Dari first episode lagi aku fokus tengok setiap character yang ada dalam drama tu. Setiap character dalam family Ahn Tae Dong tu semua penting okay. Semua diorang ada motif untuk bunuh Park Bok Ja except Woo Ah Jin and suami dia lah. Even maid yang ada dalam rumah tu pun ada motif jugak.
Ahn Tae Dong ni memang sayang dengan Park Bok Ja thats why dia bagi semua stock kat company tu kepada Park Bok Ja. Park Bok Ja pulak pergi jual company tu dekat orang lain and bawak lari semua duit yang dia dapat. Tapi although dia dah ada banyak duit,dia tetap tak rasa bahagia,well of course lah kan sebab duit tu duit orang lain bukan dia punya. Tapi aku ada rasa kesian sikit je lah kat dia ni sebab dari kecik lagi dia hidup susah tapi yelah cara dia nak cepat kaya tu yang salah.
Suami Woo Ah Jin ni pulak ada scandal dengan art teacher yang ajar anak dia. Pfff scene suami dia ni annoying sikit. Sama jugak dengan mistress dia tu hahaha sama-sama otak tak betul. Dah rampas lelaki orang tapi boleh pulak dia kata 'life is so unfair' hahaha bengong ah. Suami dia ni bila ditanya nak pilih whether isteri dia or mistress tu boleh pulak dia kata dia pilih dua-dua. Bila Woo Ah Jin minta cerai dia tak nak cerai,sayang katanya hahaha scene yang paling buat aku angin time mistress tu & mak dia mintak hak apartment yang dimiliki oleh Woo Ah Jin & suami dia. Pfff boleh gila aku tengok scene tu hahaha
anyway,character yang lain aku malas lah nak review haha sebab bagi aku cukup lah aku dah tahu siapa pembunuh Park Bok Ja. Dari first episode lagi diorang dok tayang scene Park Bok Ja kena bunuh tu berulang kali mana aku tak curious kan? and ada PLOT TWIST OKAY AND I WAS RIGHT THE WHOLE TIME HAHAHA thats why lah aku suka tengok drama yang misteri2 ni,best tau tak,memang fokus je tengok setiap episode,tak ada skip-skip. Kalau korang dapat guess siapa pembunuh dia memang terer ah korang haha . aku start syak pembunuh tu bila masuk episode 4 &5 and ada beberapa sebab lagi lah.
lakonan setiap pelakon dalam drama ni memang terbaik! and i really really like all the inspirational quotes yang ada dalam drama ni. Kalau boleh please lah tengok okay 👌
Assalamualaikum
At first aku rasa macam takyah lah review novel ni tapi lepas dah habis baca terus duduk depan laptop sekarang ni hah. Buku ni dah lama jugak lah ; tahun 2014. Actually aku tengah baca buku fixi Lari masa bulan puasa tu,tapi sampai sekarang tak sambung baca balik hehhh so aku pun ambil lah buku gelap ni and tak sampai 4 jam aku dah habis baca hahaha tahniah! lol
buku ni tak berapa tebal plus jalan cerita pun menarik thats why kot dapat habis dalam masa yang singkat je
nah sinopsis. baca sampai habis okay
permulaan cerita diorang dalam perjalanan ke tempat parti yang diaturkan oleh Adi & girlfriend dia,Maya. Penulis ada describe macam mana rupa diorang so aku pun pandai2 lah imagine rupa diorang macam mana hahaha
rules 'parti' diorang kali ni ialah tak boleh guna hp,so hp diorang dimasukkan dalam peti & diorang guna walkie talkie je. Okay skip part yang lain. Orang pertama yang kena bunuh ialah Adi. Cara pembunuhan dia memang kejam okay sampai aku pulak yang terbayang2 sekarang ni. Fyi,semua cara pembunuhan dia memang kejam yang sangat kejam(macam pelik je ayat ni 😅 )
after Adi dibunuh,aku memang dah agak salah sorang daripada diorang tu ialah pembunuh. aku cuba teka siapa pembunuh sebenar and yes tekaan aku betul hahaha rasa macam diri hebat sangat masa tu padahal dah ada banyak clue kot hahaha
lepas tu,sorang demi sorang lagi yang kena bunuh. masa tu aku rasa macam apelah lah pembunuh ni,takkan lah dia nak bunuh diorang hanya gara2 perkara sekecil tu kot? Tapi lepas baca part 'video' tu perghhhh yes,mereka memang layak mati & diseksa. Tapi bukan dengan cara yang begitu. Dia tak ada hak nak bunuh orang sesuka hati walaupun aku tau perbuatan diorang tu memang terlampau sangat2. Kita sebagai manusia tak ada hak nak ambil nyawa orang macam tu.
Hanya dua orang je yang selamat. Pembunuh tu & Dawi. Sebenarnya Dawi tak sepatutnya terlibat dalam masalah ni sebab dia baru kenal dengan geng2 ni lepas dia couple dengan Anip. Tapi nak buat macam mana kan dia dah terikut diorang jugak.
The ending is kinda weird for me hahaha tak puas hati sebenarnya 😬 boleh pulak si Dawi tu pergi tolong dia tanam mayat2 tu? hahaha Tapi bagi aku perangai macam Eva tu memang tak patut dicontohi,eh tak perangai diorang semua tu tidak sepatutnya dicontohi. Gaya hidup diorang bebas sangat and biasalah bila masuk sekolah menengah ni semua rasa nak 'up' je kan hahaha nanti dah tua baru rasa menyesal.
Aku tak dapat nak review banyak sangat takut terbagi spoiler pulak nanti. Overall boleh lah. Just jangan baca time malam,kalau korang penakut macam aku ni hah baca time siang2 je although tak ade lah seram mana cuma aku tak dapat stop terbayang cara pembunuhan tu je adoiiii especially part potong lidah tu pffff
aku bagi 💛💛💛💛 love untuk buku ni. Novel Kacau aku belum baca lagi,kalau genre buku yang seram2 ni aku memang kurang gemar sikit,nope i can't,maybe next time.
Assalamualaikum
Hari jumaat minggu lepas keluar time petang. Nasib baik cuaca mendung tak adalah panas sangat,lagipun masa tu tak ada banyak sangat orang. Plan nak pergi cari baju raya lagi although sebelum ni dah pergi beli baju raya tapi tak puas hati sebab balik cuba tengok tak cantik pulak damn it 😅😭
Oh ya masa kitorang first beli baju raya tu kalau tak silap aku sebelum hari gawai kot,akak yang jual baju kat shopping mall tu ingatkan kitorang sambut gawai so dia suruh aku pilih seluar palazzo & blouse hahaha mula-mula tu aku heran jugak kitorang nak beli baju kurung kot apasal dia tunjuk benda lain,tapi last2 aku beli jugak sebab cantik sangat hahaha time keluar dari kedai tu diorang siap ucap selamat hari gawai lagi. Maybe sebab diorang dengar kitorang bercakap dalam bahasa bidayuh kot that's why. Family kitorang kat rumah memang bercakap dalam bidayuh,sebab keluarga my mom kristian bidayuh and kitorang dari dulu tinggal dengan grandparents sebelah my mom so dah terbiasa cakap dalam bahasa bidayuh. (rasa macam dah pernah bagitau je) Okay back to the topic
Dalam pukul 3 camtu kitorang gerak pergi shopping mall,unfortunately tak ada baju kurung -.- Baju melayu banyak pulak. So kitorang singgah kat kedai2 yang lain kejap, baju kurung nanti2 lah aku fikirkan hahaha
at that time bath & body works ada buat offer sempena raya,kalau tak silap offer 50% kot,so rasa macam rugi je tak beli apa-apa masa ni
masuk tu aku memang dah target nak beli candle je. so banyak jugaklah candle yang aku buka tapi ada yang bau macam ewww,terlampau kuat sangat,sakit pulak rasa hidung aku masa tu. First choice ialah vanilla bean.
masa kat kedai tu aku hidu macam wangi tapi balik hidu lagi ya allah kuat nya bauu vanilla 😅
yang lemon ni wangi jugak. bau lemon lah kan apalagi hahaha
this is my favorite so far. dah hampir 4 kali guna. Bau dia omg memang sweet sangat,bau tu sampai ke ruang tamu tau tak, bau dia ada sikit2 macam bau mango,hm idk how to explain this haha
victoria's secret masa tu pun ada buat offer gak. Tapi tak banyak sangatlah offer dia haha
yang ni memang favorite aku. aku tak faham kenapa orang selalu kata yang coconut passion tu wangi eww not my taste kot,pelik je bau dia bagi aku
lepas tu,continue cari baju kurung. Dah habis beli then round round cissss aku ternampak ada baju kurung yang lebih cantik lagi dari yang aku beli tadi aaaaaaaaaaaaaaaaaa
Assalamualaikum
Aku ambil masa yang lama jugak nak habiskan buku ni. Asyik tertangguh je.
aku ingatkan buku ni baru diterbitkan tahun ni tapi bila aku check rupanya dah diterbitkan pada tahun lepas,tak lah lama sangat kan?
aku dah lama tak beli buku macam ni,sebelum ni asyik beli buku fixi je. Novel cinta pun aku dah jarang sangat beli,tak ada mood kot nak baca novel genre tu lagi haha dulu masa sekolah menengah boleh lah kan
honestly,bagi aku novel ni biasa-biasa je. Tapi yang bestnya sebab dapat baca banyak pengalaman L kat Ostrolia. Aku memang suka baca pengalaman2 orang macam ni. Bagi aku, L memang seorang yang berani. Selepas dapat biasiswa tu,L terus pergi ke ostrolia seorang diri untuk melanjutkan pelajaran. Jauh kot ostrolia tu. Lagi2 dia ada adik OKU and mak dia bekerja keras untuk mencari rezeki sebab parents dia dah lama tak bersama so nak tak nak mak dia yang tanggung diorang.
Perwatakan L ni macam lelaki sikit. Berani. Aku tak dapat bayangkan kalau aku kat negara orang lain seorang diri hahaha
banyak pengalaman L yang menakutkan berlaku bila dia melanjutkan pelajaran kat sana. Yelah,negara orang putih kan. Culture diorang berbeza sikit dari kita. Part yang aku tak suka bila L selalu terserempak dengan orang2 mabuk bila balik malam,allah orang mabuk ni bahaya tau tak. Tapi L ni berani although dia pun ada rasa takut sikit hahaha
and part yang paling menyampah bila kawan lelaki omputih tu ajak L makan bab*,dia memang tahu yang L ni Islam tak boleh makan bab* tapi makin galak pulak dia pujuk L. Last-last L berambus dari restoran tu.
ada beberapa ayat yang suka dalam novel ni ;
and this ;
ada satu cerita yang buat aku tergelak and rasa tak percaya,kisah yang bertajuk Miss T kalau tak silap aku,jap.
ha'ah, Miss T lah. Miss T ni kawan L jugak,dari Malaysia jugak. Tengah dalam proses ambil PHD,usia Miss T ni dalam 40-an tapi berlainan bangsa. Nak tergelak pun ada aku baca kisah ni hahaha terbayang-bayang pulak aku eh,umur dia dah tua kot tapi ada hati jugak eh nak buat perangai macam tu hahaha last2 L tak nak contact dia lagi. Aku tak nak bagitau pasal cerita ni,korang baca lah sendiri nanti 😀😀
4.0/5
Assalamualaikum
nak dekat 30 minit jugak aku fikir tajuk post ni haha,nampak sangat dah lama tak update blog. Post sebelum ni asyik pasal giveaway je.
So hello semua. Dah nak puasa dah,baju raya takyah fikir dulu sebab aku plan nak beli yang dah siap je terus,tahun lepas dah beli yang jahit punya so tahun ni lain lah. Lagipun malas doh nak pergi cari kain,erhhh. Rasa macam nak beli baju color peach je,tahun lepas color hitam okay hahahaha
haritu lepas ambil bapak dari airport,malam plan nak keluar makan,actually aku malas nak keluar,adik2 aku semua dah besar (yang bongsu tahun enam) so semua malas nak ikut jugak.
Kenapa eh semakin besar rasa macam malas je nak ikut parents keluar,dulu masa kecik2 rajin pulak siap merengek lagi sebab nak ikut hahaha . my mom memang marah kalau kitorang tak ikut,ya allah boleh tahan sakit jugak telinga dengar dia marah tau tak.
masa makan aku dok fikir2 nak beli novel ke tak eh,sebab nampak banner kat depan shopping mall tu kata semua barang 50% discount. Tapi rasa macam buang duit je,sebab guna duit sendiri of course lah kena fikir banyak kali hahaha ye tak? Lagipun G-Dragon nak comeback weiii,melayang lah duit aku nak beli album dia nanti T.T
Fikir punya fikir ah beli je lah. Tapi malangnya promosi 50% discount tu start hari jumaat ni T.T damn it.
adalah dalam 3 buah novel jugak aku beli. Pompuan tu kata kalau beli 3 buah ada 30% discount so why not?
aku dah siap listkan buku2 yang aku nak dalam memo tapi kebanyakannya tak ada dalam bookstore ni.
Ostrolia Aku Datang | aku beli sebab haritu kak bv ada post dalam blog dia hahaha plus suka tengok cover buku ni.
Lari & Gelap | Aku selalu tengok website fixi and baca sinopsis buku2 yang ada,kalau best memang aku letak dalam wishlist. Harap2 best lah. Ada siapa2 yang dah pernah baca tak? Jangan kata tak best pulak adoi nanti menyesal pulak aku beli ni hah macam buku fixi Pentas aku beli dulu tu,boring sangat -_-
kalau aku dah habis baca nanti baru review,itupun kalau tak malas lah.
then,ternampak sticker-sticker comel kat situ so ambil lah.
satu ni je RM5.20
tapi aku lebih suka yang ni,cute sikit lah kan haha (RM4.50)
Beli pun sebab nak guna untuk diary. Tak lah nampak boring sangat diary aku tu nanti.
k bai
Assalamualaikum
Tak lama lagi nak puasa so dah ready guys? Nasib baik dah habis ganti puasa,kalau tak heh memang last2 minute je lah.
******************************
The rules ;
1. Thank the person who tagged you
2. Answer their 11 questions
******************************
Questions from Amer ;
1. If you suddenly found yourself turned into woman/man. How would you spend your day?
I will go to the gym everyday hahaha sebab aku teringin nak pergi gym tapi malu lah pulak plus tak ada partner nak ikut so hell no lah nak pergi seseorang kan.
2. Tell me the most awkward moment in your life?
Dulu masa tingkatan berapa entah bapak tak ada kat rumah so tak dapat ambil balik sekolah so aku guna bas dengan kawan,then berpecah sebab lorong rumah lain kan,so masa tu ada sebuah viva or myvi ke lalu then panggil2,aku dah panik dah diorang ni nak apa eh ,2 orang lelaki pulak tu hahaha
"dik.. dik.. Nak .."
"eh,tak tak." (aku dah start fikir macam2 dah)
"eh,nak tanya,rumah orang kahwin tu kat mana eh?" (masa ni baru teringat ada orang kahwin kat area rumah aku)
" oh,masuk je kat lorong tu bla bla bla .. "
damn it. memalukan T_T aku masih ingat lagi expresi muka diorang masa tu HAHAHA TAK LAWAK EH
3. What are the best and worst purchases you have made?
the best ; IU - Palette Album
the worst : my phone case,sebab kaler lain daripada gambar yang aku bagi kat dia -.- ahh malas lah nak complain
4. If you have a chance to change your name, what will it be and why??
tak nak tukar. hehe
5. Who is the messiest person you know?
adik laki aku T_T masuk bilik dia je rasa nak muntah hehhhhhhhhhh
6. What are the most useless talent do you have?
i DON'T HAVE any talent :')
7. Who is the fourth person on your missed call list?
my aunt.
8. What is your favorite TV show? (Tell me Suri Hati Mr. Pilot, please)
sorry,tak tengok pulak suri hati mr.pilot tu hehe last drama malay yang tengok, rindu awak 200% hahaha
for now, The Promise (korean)
9. What was your first thought when you woke up this morning?
bila aku nak start bersenam ni? dah nak raya ni hah.
10. What are you completely give up and done with?
Relationship.
11. Do you think my questions are ridiculous?
Nope,i love it and thanks!
******************************
Questions from Kak Sofie ;
1. Where you will spend your first-day hari raya aidil fitri this year?
Macam biasa,kat rumah sendiri je.
2. The best hari raya in your life is when....
dapat makan banyak cookies & relax atas sofa
3. Do you already buy a baju raya? What color?
Belum hahaha . nanti last2 minute baru sibuk nak beli
4. Last thing you do before you open the blog?
bukak stats blog.
5. Tell me your meal today.
Laksa Sarawak (sikmok makan nasi konon sebab diet cehh hahaha :P)
6. Last time you take a selfie.
one month ago. (serious >.<)
7. True or false our ringtone reflect the personality?
hmm,false.
8. Percentage of your achievement for this year?
10% 😭😭😭😭😭
9. Open Instagram, whose picture on your first insta feed?
@queeryeri
10. The last song on your phone....
IU ft G-Dragon - Palette
11. Heads up, what did you see?
White ceiling haha
thank you again :)))
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons